Malaysian Cub Prix 2010 (:

11:49:00 PM


Hye Everybody!
Hari nie nak kongsi story skit.
Pasal Cub Prix 2 3 minggu lepas.
Baru nak update.
Malaysian Cub Prix round 12 nie diadakan pada 4 -5 Disember 2010 lepas.
Penutup Malaysian Cub Prix diadakan di Esplanade Padang Kota, Penang.


First Posing

2nd posing


So jalan kat area Padang Kota semua tutup.
Semua dikelilingi dengan pagar besi.
Manusia punya la ramai.
Nak balik pun kene tawaf & round 2 3 kali.


Kene tengok Cub Prix celah-celah jaring pagar.


So nie la skit pic moto beraksi :


Rakyat Pulau Pinang menang.
Yay!


Acctually tak berapa minat tengok race motor nie.
Suka tengok kete lagi.
Tapi hari tu rasa best lak plak.
Bila dengar bunyi motor.
Baik race macam nie kan dari merempit.



Terasa lapar lak. Makan time.
Makan Mee Sotong kat Padang Kota.
Mee sotong nie memang famous.
Mee goreng mamak yang dicampur dengan sambal sotong.
RM 4.00 sepinggan.
Click here fore info tambahan Mee Sotong.
Plus lak dengan Coconut Shake.
Delicious (:


Mee Sotong Hameed Pata


Coconut Shake Jalil



Dekat je dengan Padang Kota ada Fort Cornwallis.
kota lama peninggalan British.
Kat situ boleh nampak jelas Cub Prix dari atas.



Nama Fort Cornwallis yang dinamakan sempena Gabenor Charles Cornwallis yang berkuasa di Bengal di penghujung dekad 1700 merupakan sebuah tapak bersejarah yang sangat menarik di Georgetown. Kubu ini terletak berhampiran dengan Esplanade di sebelah Menara Jam Peringatan Victoria.


Okay nak kongsi skit sejarah Fort Cornwallis :-

(Taken from Wikipedia)

Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.


So kalau dulu-dulu orang cakap nak pergi Tanjung,
pergi Georgetown la tuh.



(Taken from Wikipedia)
Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.

Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.



(Taken from Wikipedia)

Kini matlamat utama kota ini adalah sebaliknya, ia kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang masyhur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.

Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu

Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920-an. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang.




So inilah semua view dari dalam Fort Cornwallis.
Cantik kan.
Banyak galeri sejarah.
Tempat photoshoot pun cantik kan.



Boleh ambik flyer & map about Penang.
The food.


My Mr. Francis Light.


Okay sudah- sudah.
Cub Prix dah habis.
Jom balik.
Tak sabar nak tunggu habis.
Sebab asyik tawaf je dalam tuh.



Is time to go back home (:


P/S : Penang is always the best (:
The food, place, people.
That why I love my Penang very much.
My lovely hometown.

You Might Also Like

10 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident (1) Activewear (2) AirAsia (1) Airport (2) Althea (2) Althea Korea (3) Aperio Natural (1) Award and Tag (40) Baju Kurung Moden (1) Basikal (1) Bateriku.com (1) BBQ (1) beautifulwithtropika (1) Beauty (14) Beauty Blogger (18) Beauty Product (22) Berrybright (1) Biscuit (1) Blog Review (64) Blogger Contest (5) Blusher (1) Body Scrub (1) Buddies Forever (77) Cafe (1) Cambodia (1) Cathay Pacific (1) Cenderahati (2) China (1) CNY (1) Coffee Srub (1) Collagen Blush Colour (1) Contest (5) Cream (1) Crew (1) Dessert (1) Dictionary (1) Dinner (1) Dragonair (1) Eating For Life (93) Ellvita (2) Emergency Triangle (1) Event (2) Femingra (1) Flamingo by The Beach (1) Flamingo Cafe (1) Flight (3) Food (14) Food Review (29) Food Reviw (1) Footlink (2) Footlink Penang (2) Forest Colour (1) Ghost Musuem (1) Glow Gelenggang (1) Great Wishes (62) Hair Product (3) Halal Food (11) Hari Raya Aidilfitri (1) Hari Raya Buffet (1) Himalaya (1) Himalaya Malaysia (1) Hong Kong (3) Hotel (6) Hotel Review (1) Hotpants (2) Ice Cafe (1) Iitalian food (1) Indonesia (16) Ipoh (2) Ipoh Bali Hotel (1) italian food (1) Johor (1) Jom Makan (1) Jonlivia (2) K-Pop (1) Kamus (1) Kebaya Moden (1) Kedai Pajak (1) Kek Lok Si Temple (1) KL Cafe (1) Klang Parade (1) Konsert (1) Korean Product (3) Krim (1) Kuala Kangsar (1) Kuala Lumpur (4) La Herballe Medi & Spa (1) Lady's Socks (1) Laksa Kuala (1) Lanafira (1) Lazada (5) Lazada Malaysia (5) Lovely Pink (3) lovetropika (1) Lunch Buffet (1) Macau (2) Makan Malam (1) Makeup (1) Malaysia (4) Marios Italian Restaurant (1) Medan (16) Medispa (1) Miscellaneous (25) Moisturising Cream (1) Movie Addicter (31) Museum (6) Nasi Lemak (1) naturalskincare (1) Nyonya (1) Nyonya Cuisine (1) Only In Penang (28) Pakaian Wanita (1) Party (1) Penang (53) Penang Cafe (12) Penang Food (27) Penang Halal Food (10) Penang Hotel (11) Penang Museum (6) Penang My Hometown (100) Penang Places (22) Penang Restaurant (8) Penang Spa (1) Peplum (1) Perak (1) Perfume (1) Personal Life (184) Phnom Penh (1) Postcard (1) Potato (1) Potato USA (1) Printcious (2) Product (15) Product Review (65) Produk (11) Produk Kecantikan (16) Produk Kesihatan (8) Projek Nasi Lemak (1) Projek Nasi Lemak Box (1) Promotion (1) Ramadan (11) Ramadan Buffet (9) Review (74) Seamless Socks (1) Selangor (4) Serum (1) Shah Alam (1) Shenzen (1) ShopBack (1) ShopBackMalaysia (1) Short Trip (4) shurahmalaysia (1) shurahmy. shurahariana (1) shurahpencerah (1) Siem Reap (1) Simply Delicious (3) Smartphone (1) Souvenir (2) Sport Attire (2) Staycation (1) Steamboat (1) Stokin (1) Stylo Shot from My Closet (12) Sunday Buffet Lunch (1) Suplemen (1) Sushivid (1) Susu Kambing (2) syampu (1) Terangganu (4) Thailand (1) Trang (1) Travel (1) Traveloka (3) TV Show (1) Vacation Trip (43) viva la pasta (1) wanitaberhijab (1) WD-40 (2) Wordless Wednesday (7) Zuhai (1)