Hikayat Merong Mahawangsa

March 23, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.



Para pelakon :-


Stephen Rahman Hughes : Merong Mahawangsa, pahlawan dan nakhoda Melayu dari Kedah. Watak utama filem.


Align Centre
Ummi Nazeera : Embok, kekasih Merong.


Khir Rahman : Kamawas, ketua lanun Garuda yang menculik Puteri Meng Li Hua


Jing Lusi : Meng Li Hua, Puteri China


Craig Robert Fong : Liu Yun, Laksamana China


Rahim Razali : Kesum, pawang Melayu yang mengenali Merong sejak merawatnya.


Eric Karl Henrik Norman : Lycius, Laksamana Rom


Gavin Stenhouse : Marcus, Putera Rom


Wan Hanafi Su : Taji, ketua puak Geruda


Mano Maniam : Warga Goa


Deborah Henry : Yesoddhra


Maya Karin : Warga Goa


Nell Ng : Ying Ying (Dayang Puteri China)


Banyak lagi watak-watak sampingan.
Umie Aida : Lang, ibu Merong Mahawangsa
Keith Chong : Maharaja China
Deborah Henry : Yesoddhra
Hafizuddin Fadzil : Raja Phra Ong Mahawangsa (nama Islamnya; Sultan Muzaffar Shah) Pencerita dan penulis hikayat. Juga merupakan keturunan Raja ke 7 Langkasuka selepas Merong Mahawangsa.



Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kamu berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.


Pantun yang diberi oleh ibu Merong, Lang (Umie Aida) kepada Merong.



Rasanya semua orang dah tengok movie nie kan.
Ada yang suka ada yang kritik.
For my opinion, filem nie amat mengagumkan.
Filem melayu yang best.
Sebelum nie susah sangat nak tengok movie melayu kat cinema.
Melainkan kawan-kawan cakap movie tu best baru nak g tengok.
takpun beli dvd, download & astro kan ada.


Filem nie memang tak macam filem Melayu.
tahniah kepada rakyat Malaysia kita sendiri bersusah payah bikin filem nie.
TAHNIAH tiga beradik Norman, Yusri & Edry Abdul Halim.
Filem nie dah sama taraf dengan filem antarabangsa.
Sepatutnya rakyat Malaysia support dan bangga.
Janganlah mengkritik.
Ada orang menganggap filem nie tak cukup itu ini.
Asal puteri Cina tak cakap bahasa Cina tapi bahasa Inggeris.
Memang la tak boleh lawan filem epik lain macam filem Troy.
tapi peningkatan dan pencapaian yang dianggap kecil ini boleh dibanggakan. betul tak?
Korang leh ke buat filem epik macam nie?


Kos untuk filem epik dan aksi nie hanya 8 juta.
25 negara dah tempah untuk edar filem nie.
Antaranya United Kingdom, Jerman, Rusia, Perancis, & negara-negara Eropah.
terdapat elemen sejarah dan mitos tentang Kerajan Melayu Langkasuka di Kedah.
Ada gabungan dari 3 tamadun Melayu, Cina & Rom.
Filem nie banyak guna tekcik CGI.



Panjang habis review pasal filem nie.
Dah jatuh hati dengan filem nie.
5 bintang kasi.
Jalan cerita yang menarik.
bahasa Melayu lama yang senang faham.
Tapi selalu movie camni hero kan mati yang last.
Lepas nie, movie KARAK dari KRU PRODUCTION.
Trailer menyeramkan.


Again,
CONGRATS KRU PRODUCTION.
;-)


You Might Also Like

6 inspiration

  1. Yang pencerita tu yang membanggakan saya tu Lia.... Hehehehe.... Siapa yer...??? Ehem2... :)

    ReplyDelete
  2. wah nama dia sama le dgn pakngah.
    kebetulan.
    hehehhe

    ReplyDelete
  3. Tak sempat tengok lagi T____T

    ReplyDelete
  4. Ailyl Rozanna,
    baik cepat g tgk.
    nnti menyesal lak.

    ReplyDelete
  5. yan,
    movie bangsa kite sendiri buat.
    mesti la best,

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community