Dress Cantik & Stylish

April 06, 2014

Salam & Hai semua.


Lia juga salah seorang dari peminat dress.
Wanita dengan dress memang tak dapat dipisahkan.
Tak kisahlah remaja atau golongan dewasa.





Dress sangat sinonim dalam dunia fesyen malah sentiasa menjadi pilihan di kalangan wanita. Dress adalah antara 'fashion piece' yang sudah menjadi kebiasaan untuk dipilih oleh golongan wanita. Fesyen di luar sana sudah menjadi trend datang dan pergi mengikut musim. Namun dress sentiasa melekat di hati pencinta fesyen di mana jua. Ianya turut menerima stail-stail dari fesyen yang lalu dan telah membuatkan dress wanita sangat sesuai untuk dipakai ke apa jua majlis sekalipun seperti majlis makan malam, parti serta ke pejabat.



Kadang-kadang terfikir juga faktor apakah populariti dress tidak pernah luntur dan ditelan dek zaman ni?
Mungkin kerana dress mempunyai nilai yang cukup tinggi di mana ia membuatkan seseorang kelihatan stylish dengan cukup mudah tanpa bersusah payah. Sekadar sarungkan sahaja dan padankan dengan segala aksesori seperti subang, rantai, gelang, tali pinggang dan apa-apa sahaja yang sesuai untuk kelihatan anggun dan menyerlah. Ikut kreativiti si pemakainya. Mix & Match sahaja.



Jika memakai dress dengan potongan yang sesuai boleh membuatkan seseorang kelihatan lebih tinggi. Warna yang lembut memberikan penampilan seseorang nampak lebih anggun dan feminin. Dress merupakan benda yang perlu ada dalam setiap almari pakaian wanita moden masa kini yang memetingkan gaya dan stail.



Dress juga sesuai untuk wanita yang bertudung dan juga yang free hair. Hanya perlu cari dress yang sesuai mengikut potongan bentuk badan. Wanita yang free hair boleh kenakan pelbagai jenis dress yang bersesuaian dan gayakan dengan aksesori. Bagi yang bertudung boleh cari dress yang sesuai mengikut syariat dan gayakan dengan lilitan tudung & warna yang bersesuaian dengan dress.




Jika nak mencari dress online dapatkan sahaja di internet. Kini terdapat banyak website online, blogshop & instagram yang menawarkan koleksi yang cukup menarik buat wanita di luar sana, Datang dengan pelbagai seleksi potongan berbeza, stail, rekaan serta warna-warna yang menarik pastikan membuat rambang mata untuk memilih dress yang bersesuaian buat diri anda.



Shopping online sudah menjadi trend. Ia adalah sangat mudah kerana menjimatkan masa dan wang. Hanya perlukan sedikit masa untuk membuat pilihan, membuat pesanan dan bayar melalui online dengan menggunakan Maybank2u, CIMB Cliks, Kad kredit dan lain-lain yang berkaitan. Tak perlu pergi ke mall untuk beratur panjang, jalan dari satu kedai ke kedai yang lain, tak payah susahkan diri untuk mencari parking, & tak perlu ke bank untuk mengambil cash. Malah shopping online adalah 'retail therapy' terbaik di kala memerlukan sedikit masa untuk diri sendiri.






Namun banyak pilihan di luar sana tiada satu pun yang dapat menandingi kepelbagaian koleksi dress menarik di zalora. Mereka menawarkan 'women dresses online' daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan. Antaranya ialah American Apparel, EZRA, Vero Moda, MANGO, Dressing Paula, Ethnic Chic Ayu, Caron Boutique, Kitschen, Niici, dan banyak lagi.




Untuk mendapatkan dress yang menarik & stylish boleh lah kunjungi website
http://www.zalora.com.my/

atau 

LIKE facebook pages ZALORA Malaysia



Zalora merupakan website shopping online yang terkemuka dan meningkat naik di Malaysia. Banyak iklan disiarkan di televisyen dan iklan-iklan di website & blog setiap kali melayari internet.
Dikenali sebagai fesyen online yang terunggul di Asia, pastinya pengalaman membeli-belah secara online dengan mereka adalah yang terbaik boleh didapati!


Apa lagi SIGN UP sekarang di Zalora!!!



Zalora juga menyediakan pelbagai jenis seleksi dress. Diantaranya :



Cut Out Dress




Evening Dress




Peplum Dress




Bodycon Dress






Mini Dress




Midi Dress



Maxi Dress





Di Zalora, banyak jenis dress mengikut seleksi pelbagai jenis warna dan jenama.
Saiz yang pelbagai dari XS, S, M, L, XL, & XXL.


Harga bermula dari RM40 hinggalah RM250 ke atas.
Dan yang semestinya FREE DELIVERY AVAILABLE.


Dengan click gambar dress digayakan model,
kita boleh lihat informasi dress dengan terperinci.
& juga gambar dress dari setiap sudut dan pandangan hadapan, sisi dan belakang dress berkenaan.



Okay sampai sini sahaja.
Selamat bershopping online di Zalora.

;)


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community