Baizura's Big Day

November 17, 2014

Salam semua.

31 October lepas, one of my bff birthday and wedding, Baizura.
Berangkatlah Lia ke Terangganu.
Lama kut tak pergi sana.
Memang dah plan lama ke wedding Bai.
Kami banyak gosip dan sembang dalam whatapp group.




Majlis Akad Nikai Bai
Sepatutnya plan awal, Bai akan nikah pagi Jumaat 31 hb November 2014.
Tapi sayang nya tarikh bertukar.
Bai nikah hari Khamis malam Jumaat.
Tak sempat nak tengok Bai diijabkabulkan.
Sedihnya. Nasib baik Zu, Bel & Liza datang awal temankan.
Sebab cuti ambik hari Jumaat sahaja.
Khamis malam baru bertolak dari Penang.



Me on that day.


Haritu baju pakai biru pink.
Tempah from my officemate.
Muka letih sebab sampai pagi jumpa kawan tak tido sembang je la.
Pastu dah lama x naik bas lama-lama
8 jam kut.



Bridesmaid 

Zu, Belle, Liezza & Me

Dalam hati kuat rindu pergi sana nak jumpa dorang ni lah.
Tersangat rindu.
Maklum lah setahun sekali.
Memang dah berpakat kenduri Bai akan pakai baju warna sama.
Design baju sendirian berhad.
Suka tengok pakaian seragam kami.
Bel yang pilihkan warna. Combine biru muda + pink.



Pengantin

Bai tersangat lah cantik.
Pengantin yang sangat cerewet.
Baju bersanding dengan nikah beli dan jahit manik sendiri.
Pagi nak kahwin pun boleh jahit manik lagi sebab tak puas hati.
Tapi serius Bai memang cantik.



Instax film kenangan


Pergi sana mestilah Lia bawa Instax Mini 8 Pink.
Tapi film x sempat beli.
Ada satu film sahaja tinggal.
Snap satu semua berebut nak.
Pastu mintak tolong photog snap kan pic kami semua tapi 5 kali.
Sorang satu dapat.
Fair & square kan.



Guest book


Kata-kata ni sangat sedih.
Satu pic instax bridesmaid 4 orang lekat kat situ.
Nak bagi Bai ingat kami selalu.
Guestbook pun Bai buat sendiri.
Huhu


BFF


Bella | Zu 


Liezza | Lia (me) 



Nasi kenduri



Setiap negeri mesti hidangan nasi dan lauk kenduri berbeza kan
Suka pergi wedding lain negeri sebab nak rasa makanan dorang.
Memang x kisah bab makan.
Bagi la apa pun.
Lapar punya pasal makan je sebab jadi orang penting untuk pengantin haritu.

First time makan ikan patin.
Ikan patin bapa Bai bela sendiri kolam tepi rumah.
Lauk memang lain dari kenduri kat Penang.
Sedap lauk sebab masak rewang.
Masakan kampung Kg Ajil.



Pengapit



Pengapit Ekpress.
Last minit Bai cakap Ya tolong jadi pengapit aku.
Alamak segan lah taknak sebab segan.
tapi sebab belah laki pun xde pengapit.
Nasib baik Zu pun ada.
Kite orang tolong kasi bunga telur lepas orang tepung tawar.



Hantaran


Hantaran dari pihak perempuan | Hantaran dari pihak lelaki



Hadiah


Hadiah pengantin banyak nya. Jeles.
Takpe sempena Majlis Hari Jadi Bai sekali.
termasuk hadiah dari kami berempat.


Majlis kenal menantu



First time dengar majlis macam ini sebenarnya.
Pengantin akan duduk bersila depan pelamin.
Ada satu bakul.
Pihak keluarga dari majlis lelaki akan bersalaman dengan pengantin perempuan.
Then akan masukkan duit dalam bakul.
Best kan.



Gambar kenangan


Pic famili semua masuk.
Yang single, kahwin, anak & emak.



Bridesmaid & pengantin


Liezza, Zu, Bai, Lia & Liezza.



Suka sangat pic semua kat atas.


Pic banyak dari camera sendiri & ambik dari photog.
Rindu semua bila tengok pic ni balik.


Doorgift


Bai terima kasih semua doorgift ni.
Banyak betul bawa balik sampai ke Penang.



Nak wish sekali lagi.

Selamat Pengantin Baru Bai.
Semoga bahagia hingga ke anak cucu.

=)




You Might Also Like

2 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community