Medan Part 1 | Ayam Penyet Cindelaras

3:58:00 AM


Salam dan Hai ;)

Kat sini Lia kongsikan cerita short vacation Lia bersama kawan-kawan Lia ke Medan, Indonesia. Trip selama 3 hari 2 malam di sana. Plan yang tak dijangka. Sebab terasa banyak stress dan tekanan dengan masalah. Tiba-tiba salah seorang kawan ada ajak ke sana. Mula-mula rasa 50-50 nak pergi ke tidak. Tapi ikutkan lama tak pergi holiday & niat di hati nak tenangkan fikiran. Dah lama nak pergi holiday dah rancang 2 @ 3 tahun lepas, tapi hajat tak kesampaian. Banyak sangat halangan dengan kerja, orang sekeliling dan lain-lain. Tapi kali ni Lia start vacation/travel/holiday Lia dengan Medan, Indonesia.


Pernerbangan kami kali ke Medan dengan menaiki Firefly. First time ni naik Firefly. Sebelum ni naik MAS dengan Malindo Air sahaja. Flight kami dapat pergi balik PenangMedan berharga RM170 sahaja. Tapi kami ada masalah di saat akhir dimana Firefly nak batalkan penerbangan kami dari Penang ke Medan dan mahu pulangkan duit. Huhu Sedihnya baru nak pergi sana kan. Sebabnya Firefly dan tamatkan penerbangan direct Penang ke Medan dan penerbangan akhir last masa Tahun Baru China hari tu. Nasib baik lepas berbincang dengan pihak Firefly, kami kena naik flight Penang - KL then KL ke Medan dan sebaliknya. Kami kena transit KL. Tak kisah janji dapat pergi kan. After this kalau korang nak pergi Medan dari Penang boleh pilih Air Asia okay!





Kami dihidangkan dengan air Guava atau Soya dan boleh pilih nak kacang atau kek untuk kudapan.




Penerbangan kami Penang ke KL selama 45 minit dan KL ke Medan hampir 1 jam 15 minit. Semua berjalan lancar walaupun pagi tu kami terlepas flight sebab sorang member overslept. Tapi dapat juga naik flight yang seterusnya.



Sampai sahaja di airport Kuala Namu, Medan, ada Bapak Supir atau pun tour guide bernama Bapa Arifan kami menunggu. Siap buat list nama kami bertiga. Rasa bangga lak orang tunggu kita di airport kan. Bapa Arifan terus bawa kami ke Parapat. Sebab malam tu kami akan bermalam di Pulau Sumasir, Lake Toba.






Sepanjang perjalanan kami ke Parapat, kami sempat singgah beli dodol sorang satu. Bentuk sama macam dodol Malaysia. Rasa lain skit. Ada banyak flavour : Asli, Vanilla, Durian dan macam-macam lagi.



Ayam Penyet Cindelaras


Kami lapar sangat sebab perjalanan yang lama. Bapa Arifan bawakan kami makan Ayam Penyet Halal di sana. Ayam Penyet Cindelaras.





Nasi Ayam Penyet

Mestilah Ayam Penyet masakan asal Indonesia paling sedap. Nasi dihidangkan bersama Ayam Goreng, Tempe Goreng, Sayur kobis dan timun, dan sambal. Kat Malaysia pun ada tapi tak sama cam kat sana. Memang sedap dan terbaik! Harga tak berpa ingat. Lebih kurang 24 ribu rupiah = RM 6.00




Tumis Kangkung

Kangkung goreng ni pun sedap gak. Kat sana panggil Tumis Kangkung. 





Sambal

Yang paling best Nasi Ayam Penyet mesti ada sambal. Memang pedas tapi bapa Arifan siap minta extra lagi. 


Bapa Arifan bersama one of my friend, Hisyam



My drink.

Ais kosong dengan Ice Lemon Tea. Tak habis pun Ice Lemon Tea tu sebab terlalu manis. Tak boleh nk habiskan.




Restoran ni sangat besar. Boleh muat ramai orang. Banyak meja dan tempat sangat luas.










Bahagian luar sediakan tempat parking kereta, tandas dan surau. Banyak kemudahan disediakan, Tak payah risau lepas makan terus boleh solat kat surau.


Lepas makan kami teruskan perjalanan kami ke Parapat. 4 jam kut nak kesana. Tunggu next update okay! ;)



You Might Also Like

0 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Google+ Followers