Medan Part 13 | Istana Maimun

March 13, 2015

Salam dan Hai.

Selepas destinasi kami ke Pajak Ikan, kami terus ke Istana Maimum. Masa agak terhad kami terpaksa singgah banyak tempat. Setibanya kami di sana, kawasan dalam istana dah tutup. Tak sempat nak meninjau kawasan dalam Istana. Tak sempat juga nak merasa memakai baju 


Istana Maimum, Kota Medan


Istana Maimum juga merupakan salah satu mercu tanda di Medan. Ia merupakan istana kebesaran Kesultanan Deli yang berwarna kuning (warna kerajaan Melayu) dan seni khas gaya pesisir timur. Istana ini teleh direka oleh arkitek Itali dan disiapkan pada tahun 1888 semasa pemerintahan Sultan Makmum Al Rasyid Perkasa Alamsyah. Keluasan sebanyak 2772 meter persegi dan mempunyai 30 bilik. Binaannya menarik minat ramai pelancong kerana mempengaruhi pelbagai kebudayaan seperti Melayu, Islam, Sepanyol, India dan Itali.





Suasana di sekitar Istana Maimum. Orang ramai duduk bersantai lepak di padang depan Istana.





Sempat bergambar kenangan di depan Istana Maimum. Sayang nya dah tutup. Kalau awal sikit sempat cuba baju pengantin dan snap picture.









Istana di masih digunakan sekiranya ada majlis kerabat diraja dan ada sejarah peninggalannya.







Ada juga beberapa kedai yang menjual souvenir baju, beg, keychain, dan sebagainya. Harganya lagi murah dari Pajak Ikan. Kalau tahu sini murah terus beli tshirt kat sini. Walaupun tak banyak pilihan dan barang tak banyak seperti di pajak Ikan.


Destinasi berikutnya ke Zulaikha Cake House.


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community