Medan Part 16 | Pulang ke Malaysia, Kuala Namu International Airport

2:03:00 PM

Hari terakhir kami di Medan. Bangun bersiap dan terus ke lapang terbang Kuala Namu. Masa yang terhad dengan masalah flight kami. Hari ketiga tak sempat nak singgah di mana-mana. Terus ke airport check in dan tunggu flight kami ke Kuala Lumpur. Transit sebentar di KL sementara nak tunggu flight balik ke Penang. Percutian yang singkat tetapi sangat menarik dan puas hati.



Pagi-pagi dah baca surat khabar Indonesia.




Balik je mesti barang banyak. Taktau apa yang beli.




Nasi goreng yang memang tak sedap dari hotel kami. Lupa apa nama hotel yang stay malam tu. Makan juga sebab dah include dengan hotel.



Request Bapa Supir kami untuk bergmabar di signboard Kuala Namu International Airport.



Sampai di Kuala Namu International Airport, menunggu turn nak check in luggage. Bergambar dahulu dengan Siti.



Bapa Supir belanja kami roti boy dan air botol sementara tunggu check in luggage.




Yang ni luggage untuk 3 orang okay. Memang banyak. Firefly sediakan 20 kilogram untuk setiap seorang okay. Kalay 3 orang jadi 60 kg. So kalau barang banyak boleh tumpang luggage kawan yang tak banyak barang,




Peringatan : Sediakan 200,00 ribu rupiah = RM 60.00 untuk bayar tax ketika check in sebelum pulang ke Malaysia. Indonesia sahaja yang ada tax macam ini. Tapi sekarang rasanya kita kena bayar dulu di Malaysia tak perlu bayar di airport Indonesia.




Okay beg Lia paling berat dalam semua. Tak tahu apa yang Lia beli kan. tapi luggage sahaja dah 14 kg. Hahah




Bergambar dengan kasut baru. Malam tu sakit kaki sangat sempat singgah pasar malam di sana, Tengok dari jauh dah cantik terus tanya saiz. Cuba dan pakai rasa selesa dan cantik. Tanya harga pulak memang murah 35,000 rupiah sahaja.






Flight firefly kami dah sampai.




Pakai seatbelt duduk diam-diam.




Siti tengok apa tuh.




Bestnya bila Firefly hidangkan air Guava dan Soya, berserta kudapan muffin dan kacang.




Dalam flight firefly, flight attendant akan datang bertanya setiap seorang jika kita nak beli merchandise dari Firefly. Lia sempat grab satu fridge magnet dari Firefly. Hanya RM8.00 sahaja. Boleh buat koleksi peti ais. 



Goodbye Medan. Jumpa lagi nanti ya!






Air Coke 

Yang ni permintaan ramai dari officemates sebab dorang suka kumpul air coke merata negara. Hobi dorang memang menarik for me. Sampai Lia terikut sekali. Yang ni yang berat sebenarnya sumbat terus masuk dalam luggage.



Itulah cerita percutian Lia di Medan bersama kawan-kawan. Percutian yang singkat tetapi menarik dan tak boleh dilupakan. Terima kasih sudi baca walau tips tak seberapa. Atleast boeh kongsikan sedikit sebanyak mengenai Medan. Boleh memberi gambaran supaya anda semua boleh melawat Medan suatu hari nanti. Selepas ini Lia akan kongsikan vacation Lia lagi untuk semua. Sekian sahaja untuk kali ni


You Might Also Like

0 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Google+ Followers