Aiskrim Tempurung Kelapa sedap di Pulau Pinang!

1:46:00 PM

Salam dan Hai ;)




Aiskrim tempurung kelapa hangat diperkatakan sekarang ini selain aiskrim pasu. Benda yang menjadi trending selalu menarik minat semua orang untuk mencuba. Betul tak? Termasuklah diri saya sendiri. One of my favorite dessert is ice cream. Hari minggu adalah hari terbaik untuk mencuba !




Di Penang sekarang ni popular dengan aiskrim tempurung kelapa dari Mama-miya Coconut Ice Cream. Di facebook dan instagram menjadi viral aiskrim tempurung kelapa. Populariti aiskrim tempurung kelapa ni membuatkan majoriti penduduk Pulau Pinang kerap memuat naik gambar di laman sosial dan juga orang luar Pulau Pinang. Malah ia juga menarik minat semua golongan tak kira tua atau pun muda untuk mencuba!






Rakyat Pulau Pinang mesti ramai dah tahu kewujudan aiskrim tempurung kelapa dan berpusu-pusu membanjiri kedai Mama-miya Coconut Ice Cream. Lokasi terletak di Lebuh Cannon berhampiran dengan Lebuh Acheh





Buah kelapa dibelah kepada dua bahagian. Kemudian isi buah kelapa akan dikorek untuk memudahkan kita makan isinya.




Aiskrim tempurung kelapa mempunyai keunikannya sendiri. Dekorasi warna aiskrim kelapa turut dihiasi dengan isi kelapa, jagung, jeli, kacang merah dan kacang panggang.




Harga untuk satu aiskrim ialah RM6.00. For me, harganya sangat berpatutan sebab disediakan dalam tempurung kelapa sendiri dan membuatkan ia nampak unik, menarik dan special. Gerai juga dihiasi dengan pokok hiasan pokok kelapa seolah-olah berada di tepi pantai.





Aiskrim tempurung kelapa yang menyelerakan dan sesuai dimakan dalam cuaca panas. Untuk menikmati aiskrim kelapa sendiri boleh datang seawal 10 pagi tanpa perlu beratur panjang. Waktu kemuncak ialah waktu petang dimana orang ramai akan beratur panjang untuk membeli aiskrim tempurung kelapa.




Rasa aiskrim kelapa ni terlalu berlemak. Tapi sedap bila dimakan dengan isi kelapa, jagung, jeli, kacang merah dan kacang panggang. Kombinasi menarik membuatkan aiskrim ini sedap.




Kalau dah makan sekali lagi rasa nak cuba sekali lagi!




Air kelapa disediakan percuma untuk setiap pelanggan untuk membasahkan tekak sebelum ataupun selepas menikmati aiskrim tempurung kelapa.



Map lokasi Mama-miya Coconut Ice Cream :



Terdapat dua cawangan Mama-miya Coconut Ice Cream :

1) No. 143, Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
2) No. 6, Lebuh Cannon, 10200 Pulau Pinang.


Lokasi utama selalunya di Lebuh Cannon. Tetapi ada lagi satu cawangan di Lebuh Pantai.


Waktu beroperasi : 10 pagi hingga 6.30 petang setiap hari


Boleh kunjungi laman sosial :

Facebook : Mama-miya Icecream


Selamat mencuba!

:)



You Might Also Like

1 inspiration

  1. Sedapnya... boleh cuba nnti kot2 travel ke Penang kan..

    ReplyDelete

APDM SAPS

Search This Blog

Google+ Followers