Happy birthday to me! Surprise birthday celebration!

June 22, 2015


Hai dan Salam Ramadhan semua,


22 Jun 2015 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1436 merupakan hari lahir saya!



Happy birthday to Me!
Happy birthday Lia Hasty!
Happy birthday Harmielia!


I'm getting old. Umur semakin meningkat.
Harap tak pernah putus asa dan menjadikan angka sebagai alasan untuk terus maju.
Semoga menjadi seorang yang semakin bersemangat.
Semoga menjadi seorang yang makin tabah.
Semoga berubah menjadi insan yang terbaik.
Semoga mencapai semua benda yang diingini.
Semoga menjadi wanita berjaya dan bekerjaya.
Semoga menjadi orang yang disayangi dan dikenangi.
Semoga tabah dan bersedia menghadapi segala kebahagian, kesusahan, kemanisan dan kesulitan pada masa akan datang.
Jangan pernah giveup.
Jangan pernah patah semangat.
Ini semuanya titik permulaan.
Jatuh bangun semula.
Kita tak sentiasa di atas, kadang-kadang kita ada di bawah.
Bila kita ada di bawah, jangan terlalu lama down, bangun balik usaha dan tawakal
Saya, Lia Hasty seorang insan yang lemah. 
Saya bukan lah seorang yang berperangai baik dan berakhlak mulia.
Saya insan hina yang sentiasa buat salah dan mencari jalan untuk membaiki kesalahan dan cuba menjadi yang terbaik.
Ya, thats me!






Kadang-kadang Allah tak berikan KUANTITI kawan yang ramai, tapi cukuplah KUALITI kawan.
Allah hadirkan manusia dalam hidup datang dan pergi.
Apa yang ada sekarang memang Lia sangat hargai.
Dalam hidup tak pernah sangka dari stranger menjadi kawan baik
Walaupun umur kami berbeza, Allah jadikan kami kawan.
Siti dan Nor, semoga Allah balas segalanya.
Kami happy dengan cara kami.
Kami tak kisah orang benci atau pedulikan kami.
Kami update picture di facebook dan instagram tanpa perlu mengira berapa banyak LIKE yang ada.
Perlukah LIKE yang banyak kalau hati tak tenang & hati tak gembira.
Biarlah kami yang SYOK SENDIRI, setiap orang update benda yang sama, antara kami yang LIKE dan COMMENT.
Yang tu dah memadai. Dah cukup!
Yang penting relationship power di antara kami.
Apa yang kami buat, kami sendiri yang tahu.
Kegembiraan kami kongsi bersama.



Besarnya kuasa Allah, ada rencana baik yang Allah buat.
Lia yang selalu bersangka tak baik.
Betul Siti cakap Tuhan tak kejam
Diri sendiri yang tidak menerima dan belajar redha,
Dugaan datang pelbagai jenis tak sama dengan orang lain.
Diri sendiri kena bersedia dari pelbagai aspek.



Ceritera birthday celebration



Minggu lepas, Siti & Nor (my BFF) nak iftar berbuka puasa di Nurul Ikan Bakar, Batu Uban, Orang Penang kebanyakkannya tahu tempat ni. Makanan kat sini memang sedap gila! Berbaloi dengan harga! Rindu nak jumpa 2 orang ni sebab lama tak jumpa. Kami pun plan nak makan kat sini.







Punya sedap duk merantah Ikan Siakap 3 Rasa. Tiba-tiba Siti cakap nak pi toilet. Nak termuntah apa la, tiba dia mai bawa kek & semua nyanyi lagu birthday. Happy gila rasa nak keluar air mata sebab tak sangka benda dorang nak buat. Sebab semua cakap duit tak cukup lah, gaji dah habis la, nak tunggu gaji ja. Terharu sangat-sangat & tak tau nak cakap apa. Yang boleh lia tulus ikhlas dari hati, TERIMA KASIH NUR & SITI.


For me, ada banyak hari yang istimewa dalam hidup. Tapi yang teristimewa sekali ialah hari ulang tahun saya. Maybe, bagi orang lain birthday sesuatu yang biasa. Untuk Lia, hari lahir Lia merupakan hari yang penting. Tarikh ulangtahun hari lahir setahun sekali. Terlepas sekali, dah rasa tak bermakna. Kita tak tahu masa akan datang apa jadi, kalau dipanjangkan umur dapat lah merasai ulang tahun. Lia tak minta celebrate birthday besar-besaran di hotel mewah, kek bertingkat-tingkat, hadiah berguni dan sebagainya.

Apa yang Lia nak, birthday Lia bersama dengan orang yang Lia sayang. Itu hadiah yang cukup bermakna buat Lia & paling BAHAGIA!


KUALITI BUKAN KUANTITI


Cukuplah bebelan merapu untuk hari ini,
Terima kasih.


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community