Salam dan Hai,
Kini Pulau Pinang dipenuhi dengan pelbagai kafe dengan hidangan kopi dan kek yang lazat. Di samping dekorasi kafe yang 'cool', 'style' and menarik. Anda hanya perlu pilih kafe kesukaan anda di luar sana dan luangkan sedikit masa bersama kawan-kawan. Sesetengah pihak yang sukakan suasana tenang untuk menyiapkan tugasan, kafe lah tempat yang sesuai untuk anda. Rakyat Pulau Pinang sudah pandai memilih kafe untuk bersantai dan menghabiskan masa di sana.
Salah satu kafe menarik yang bertapak di Pulau Pinang, iaitu kafe 'Coffea Coffee' yang terletak di Pesiaran Karpal Singh, Sungai Pinang. Berasal dari francais asalnya dari Korea dan juga merupakan salah satu outlet baru yang dibuka di Pulau Pinang setelah lama menapak di Kuala Lumpur. Coffea Coffee ialah campuran Kacang kopi mereka sendiri dan menerima beberapa beberapa anugerah di seluruh dunia (Brazil, Guatemala, Kenya, Ethiopia, Sumatera, colombia, Costa Rica, Honduras, El Salvador, Nicaragua, Rwanda dan Yemen). Coffea Coffee merupakan pakar dalam Kopi Specialty yang dihasilkan dari dua belas ladang di seluruh dunia dan dikenali dengan proses pemanggangan dan pengadunan dengan gaya tersendiri,