Coffea Coffee @ Automall, Pesiaran Karpal Singh

9:42:00 AM

Salam dan Hai,


Kini Pulau Pinang dipenuhi dengan pelbagai kafe dengan hidangan kopi dan kek yang lazat. Di samping dekorasi kafe yang 'cool', 'style' and menarik. Anda hanya perlu pilih kafe kesukaan anda di luar sana dan luangkan sedikit masa bersama kawan-kawan. Sesetengah pihak yang sukakan suasana tenang untuk menyiapkan tugasan, kafe lah tempat yang sesuai untuk anda. Rakyat Pulau Pinang sudah pandai memilih kafe untuk bersantai dan menghabiskan masa di sana.





Salah satu kafe menarik yang bertapak di Pulau Pinang, iaitu kafe 'Coffea Coffee' yang terletak di Pesiaran Karpal Singh, Sungai Pinang. Berasal dari francais asalnya dari Korea dan juga merupakan salah satu outlet baru yang dibuka di Pulau Pinang setelah lama menapak di Kuala Lumpur. Coffea Coffee ialah campuran Kacang kopi mereka sendiri dan menerima beberapa beberapa anugerah di seluruh dunia (Brazil, Guatemala, Kenya, Ethiopia, Sumatera, colombia, Costa Rica, Honduras, El Salvador, Nicaragua, Rwanda dan Yemen). Coffea Coffee merupakan pakar dalam Kopi Specialty yang dihasilkan dari dua belas ladang di seluruh dunia dan dikenali dengan proses pemanggangan dan pengadunan dengan gaya tersendiri,












Anda boleh memilih untuk lepak santai di luar kafe atau pun di dalam kafe. Suasana di luar kafe Coffea Coffee sangat lah santai dan tenang dimana tempat nya jauh sedikit dari jalan besar. Tidak kedengaran bunyi bising kenderaan membuatkan anda selesa sambil menikmati panorama angin laut berdekatan. Tiada gangguan jika berborak atau berbincang. Sesuai untuk dijadikan tempat lepak bersama teman atau tempat perbincangan bersama klien. Kombinasi warna hitam dan putih dan dekorasi susunan kerusi kayu dan meja berwarna coklat sangat menarik, bersesuaian dan berpadanan. 




Salah sebuah buaian kerusi kayu yang menarik minat Lia untuk bersantai di sini.




Coffea Coffee mempunyai pilihan menu yang banyak dan harga yang berpatutan. Anda boleh bertanya menu yang selalu menjadi tarikan dan menepati dengan selera anda. Tarikan kafe ini adalah menyediakan pelbagai quiche, skon, kek dan sandwich homemade. Kafe ini tidak hanya menyediakan pastri, kek dan dessert tetapi mempunyai hidangan kopi nya yang tersendiri.


Menu Coffea Coffee terbahagi kepada kopi, teh organik, smoothie, coolist, makanan dan minuman.




Lia memilih hidangan secawan Peanut Butter Latte dan bersama sepinggan kek Lemon Cheese Cake with Oat Crumble.




Lemon Cheese Cake with Oat Crumble @ RM14.00

Jika anda peminat kek seperti Lia, boleh mencuba salah satu hidangan kek di sana. Satu potong kek boleh dimakan dua atau tiga orang. Portion yang banyak dan boleh kongsi bersama teman.




Peanut Butter Latte @ RM 12.50

Ini merupakan salah satu 'signature drinks' di Coffea Coffee.




Lambda @ RM8.90




Mineral Water @ RM 3.50





Di sini anda perlulah membuat pesanan dan pembayaran terlebih dahulu. Pilih tempat duduk dan kemudian pesanan anda akan dihantar ke tempat duduk anda.









Suasana dan dekorasi di dalam kedai juga sangat menarik. Sesuai untuk anda yang memerlukan sedikit privacy dan memerlukan udara dari penghawa dingin.




Masa untuk pulang. Selamat tinggal Coffea Coffee semoga berjumpa lagi ;)



Coffea Coffee

Alamat : 29C-02-17& 29C-03-17 Maritime, Karpal Singh Drive 2, Lebuh Sungai Pinang 5, 11600 Pulau Pinang


Tel. No : 04 - 376 2055


Waktu Operasi :

Ahad hingga Khamis : 9am - 1 am
Sabtu & Cuti Umum : 9am - 2am


Price Range : RM 10 - RM100


Boleh kunjungi laman sosial :


Facebook : Coffea Coffee My
Instagram : @coffeacoffeemy
Twitter : @coffeacoffee
Website : www.coffea.my


You Might Also Like

0 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

#shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia #shurahpencerah #syampu #wanitaberhijab Accident Airport Althea Althea Korea Award and Tag Baju Kurung Moden Basikal BBQ Beauty Beauty Blogger Blog Review Blogger Contest Buddies Forever Cafe Cathay Pacific Cenderahati China Coffee Srub Contest Cream Crew Dessert Dictionary Dinner Dragonair Eating For Life Emergency Triangle Event Flamingo by The Beach Flamingo Cafe Flight Food Food Review Food Reviw Footlink Footlink Penang Great Wishes Halal Food Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Buffet Himalaya Himalaya Malaysia Hong Kong Hotel Indonesia Ipoh Ipoh Bali Hotel Johor Jom Makan Kamus Kebaya Moden Kedai Pajak KL Cafe Klang Parade Korean Product Krim Kuala Kangsar Kuala Lumpur La Herballe Medi & Spa Lady's Socks Laksa Kuala Lanafira Lazada Lazada Malaysia Lovely Pink Macau Makan Malam Makeup Malaysia Medan Medispa Miscellaneous Moisturising Cream Movie Addicter Museum Nasi Lemak Nyonya Nyonya Cuisine Only In Penang Pakaian Wanita Penang Penang Cafe Penang Food Penang Halal Food Penang Hotel Penang Museum Penang My Hometown Penang Places Penang Restaurant Penang Spa Peplum Perak Personal Life Postcard Potato Potato USA Printcious Product Product Review Produk Produk Kecantikan Produk Kesihatan Projek Nasi Lemak Projek Nasi Lemak Box Promotion Ramadan Ramadan Buffet Review Seamless Socks Selangor Shah Alam Shenzen ShopBack ShopBackMalaysia Short Trip Simply Delicious Souvenir Steamboat Stokin Stylo Shot from My Closet Suplemen Terangganu Thailand Trang TV Show Vacation Trip WD-40 Wordless Wednesday Zuhai