Nasi Kandar Tajuddin Hussain

July 03, 2015

Salam dan Hai semua ;)

Pulau Pinang terkenal dengan syurga makanan. Salah satu makanan istimewa yang menjadi trademark di Pulau Pinang semestinya nasi kandar! Kedai nasi kandar memang banyak di Pulau Pinang. Salah satu yang tempat Lia nak kongsi ialah salah sebuah kedai nasi kandar yang agak popular iaitu Nasi Kandar Tajuddin Hussain.




Nasi Kandar Tajuddin Hussain terletak di Queen Street berhampiran Little India, Georgetown, Pulau Pinang. Restoran ini terletak di tingkat bawah dua rumah kedai yang bersebelahan. Lokasi kedai ini mudah untuk dicari, akan nampak signboard kedai tersebut. Kalau yang tak tahu boleh Google sahaja atau pun Waze.


Kawasan parkir di sini agak terhad dan agak susah. Jika anda memandu kereta boleh meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran dan berjalan kaki ke restoran tersebut. Untuk pengguna motosikal dan basikal, sangat mudah hanya perlu parking di kawasan hadapan kedai.


Nasi Kandar Tajuddin Hussain mempunyai menu yang tersendiri dengan rasa yang sedap dan menarik minat pelanggan. Banyak menu yang dihidangkan di sini, antaranya :

Kari kambing, Kurma daging dan dalca, Ayam Rose (best in town), Ayam masak merah, Kari Angsa, Sambal Kelapa, Gulai Anak Ikan, Sambal kelapa,






Menu yang selalu Lia ambil setiap singgah restoran ini.


 Menu berkuah untuk lauk di Nasi Kandar Tajuddin Hussain mempunyai campuran "kuah" atau sos kari yang berbeza. Nasi Kandar Tajuddin Hussain  menyediakan tiga jenis nasi iaitu nasi putih, nasi tomato dan nasi beriani




Nasi putih yang dihidangkan bersama sambal nyiur (sambal kepala). 




Pilihan Lia selalunya nasi putih bersama Ayam Rose. This is my favorite menu!




Ayam rose merupakan menu yang popular kat sini. Ayam ini akan dihidangkan bahagian dari atas paha dan paha.




Sayur kobis goreng kunyit merupakan salah satu menu sayuran di sini. Banyak juga sayur lain di restoran ini.



Kurma daging kambing salah satu menu menarik juga dan kuahnya yang sangat sedap.




Salah satu menu tambahan mestilah, papadom. Penambah rasa! Sambil makan gigit papadom rangup.



Makan sehingga menjilat jari ;) Makanan yang dihidangkan memang sedap dan akan buat kita akan datang berulang kali.




Ramai yang tertanya-tanya apakah yang berada di dalam jug air yang terletak di atas setiap meja. Ia adalah Rassam, merupakan 'sup' dan tuang ke atas nasi sebagai perasa tambahan. Kacau dahulu sebelum tuang. Jika tidak, minta pelayan kedai untuk membantu.








Customer di sini tidak pernah putus dan sentiasa ramai. Bersilang ganti. Selalunya customer akan datang pesan makanan, menjamu selera dan kemudian bayar dan balik. Datang makan di sini selalunya akan dilayan oleh pelayan restoran.


Map :



Koordinat GPS :   5°25'1.76"N 100°20'18.96"E


Alamat : Restoran Tajuddin Hussain, 49 & 51, Queen Street, 10200 Gerogetown, Pulau Pinang.

Contact No : 04-262 5367

Waktu beroperasi : 

Isnin hingga Sabtu
Ahad : TUTUP

Tengahari : 11.00am - 3.30pm
Malam : 6.30pm - 10.00pm

Peek Hour : Tengah hari

Halal


Selamat mencuba !

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community