Salam dan Hai,
Syurga makanan merupakan gelaran yang tidak asing lagi bagi tanah Pulau Pinang. Pelbagai jenis makanan yang disediakan, yang penting sekali mesti sedap! Selain dipenuhi dengan kedai nasi kandar dan juga kafe yang dihiasi dengan deko menarik, Pulau Pinang juga mempunyai hidangan lain untuk memenuhi citarasa penduduk Pulau Pinang.
Mikki Western Food
Sekiranya sudah bosan dengan hidangan nasi kandar dan ingin berubah selera kepada makanan barat, kepada peminat makanan barat bolehlah mencuba hidangan menu di Mikki Western Food yang terletak di Pantai Jerjak, Pulau Pinang.