Pink Elephant Ice Cream @ Queensbay Mall, Penang

December 17, 2015




Fenomena aiskrim gulung menjadi trend sejak kebelakangan ini dan menyerang Pulau Pinang. Aiskrim gulung merupakan pencuci mulut yang dibawa dari negara jiran iaitu Thailand.




Kini di Queensbay Mall, terdapat 1 kedai baru iaitu "PINK ELEPHANT" yang baru dibuka. Terletak di tingkat 3 iaitu sama level dengan cinema Golden Screen Cinema. (GSC)




Dari jauh akan nampak banner besar PINK ELEPHANT yang menarik perhatian. Pink Elephant menjual "Thai Fried Ice Cream" dan Teh Susu Thai.






Thai Fried Ice Cream dari Pink Elephant mempunyai beberapa perisa aiskrim seperti Vanilla, Teh Thai, Yam, Coklat dan Teh Hijau. Setelah memilih perisa aiskrim, and boleh memilih bahan-bahan campuran yang lain seperti buah-buahan, biskut, serta pelbagai jenis kekacang, cereal dan lain-lain.


Buah-buahan : Pisang, Mangga, Kiwi, Strawberi, dll 
Biskut : Oreo, dll
Kekacang : Red bean, Almond, Cashew Nut, dll
Cereal : Corn flakes, Koko Krunch, dll


Perisa Vanilla , V1 Durian D4 dan V2 Wild Bee Honey Comb yang berharga RM13.80 merupakan perisa aiskrim gulung yang kerap ditempah di sini.




 Teh Susu Thai dari Pink Elephant pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu Teh, Kopi dan lain-lain. Harga untuk Teh Susu Thai hanya RM4.90 sahaja. Semuanya diimport dari Thailand.



Setelah membuat pembayaran, resit kan diberikan beserta nombor giliran (Queue No). Menu yang telah siap kan dipanggil mengikut nombor giliran. Tiada GST & Service tax.









Anda terpaksa menunggu 3 - 5 minit untuk setiap pesanan. "Aiskrim gulung" ini akan "digoreng", disediakan atau disiapkan di hadapan anda. Anda boleh melihat sendiri pekerja tersebut menyiapkan aiskrim di hadapan anda.







Setelah aiskrim siap dan no giliran dipanggil, anda boleh memilih topping untuk aiskrim. Aiskrim gulung berharga RM10.00 ke bawah akan diberikan 1 topping sahaja. Untuk harga RM10.00 ke atas, akan dapat extra 1 topping lagi seperti dalam gambar.




Salah seorang staff Pink Elephant yang sangat ramah.




Thai Koko Milk Tea @ RM 4.90
Sangat berbaloi dan sedap.



Here, our Aiskrim gulung.



G2 Greentea Orea Almond @ RM 11.80



V14 Vanilla , M&M ; Koko Krunch @ RM 8.80



Our selfie on that day!



Ruang di sini agak terhad kerana Pink Elephant tidak menyediakan ruang makan untuk kuantiti pelanggan yang ramai. Hanya muat untuk menempatkan customer dengan 2 buah meja. Kebanyakkan pelanggan akan take-away aiskrim gulung yang dibeli.


Selamat Mencuba!



Pink Elephant

Alamat : 3F-39 Queensbay Mall, 100 Pesiaran Bayan Indah, Bayan lepas, 11900 Penang, Malaysia


Waktu Operasi :
Setiap hari : Isnin hingga Jumaat (10.30am - 10.30pm)

Email : pinkelephanticecream@hotmail.com


Boleh kunjungi laman sosial :

Facebook : Pink Elephant 



You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community