Kacang Pool Haji, Larkin, makanan tradisional Johor

4:18:00 PM

Salam dan Hai semua,



Johor mempunyai beberapa makanan tradisionalnya yang tersendiri. Antaranya mee rebus, kacang pool, tauhu bakar, otak-otak dan banyak lagi. Kalau datang bercuti ke selatan tanah air, jangan lupa untuk mencuba beberapa makanan menarik negeri ini. 



Kalau ingin mencuba menu kacang pool, jangan lupa singgah ke Restoran Kacang Pool Haji, Larkin, Johor Bahru. Merupakan salah satu restoran yang popular menyediakan juadah tradisional makanan Johor.



Ini merupakan cawangan kedua Restoran Kacang Pool Haji di No. 12, Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, berdekatan dengan cawangan asal beralamat di No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, sebelah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor. Jarak antara kedua-dua arah ini hanya 750 meter selama 10 minit.




Menu utama Restoran Kacang Pool Haji mestilah kacang pool yang merupakan ilham dari tuan restoran sendiri.  Merupakan makanan santai dan juadah ringan yang boleh dimakan bila-bila masa. Kacang Pool dihidangkan satu set lengkap dengan roti bakar lembut, telur mata lembu, dan semangkuk kuah pekat kacang pool.


Cara memakannya pula dengan mencicah roti dengan telur mata lembu dan gaul bersama kacang pool yang diperahkan sedikit limau nipis, hirisan bawang merah dan cili untuk menambahkan selera.


Roti bakar @ RM 1.50 

 Roti bakar yang tebal, lembut dan dibuat sendiri lazat dihidangkan sekali set bersama semangkuk kacang pool. Jika ingin menambah hidangan roti bakar, hanya perlu tambah RM 1.50 sahaja.


Kacang Pool (daging lembu) = RM 6.00/set
Kacang Pool (daging kambing) = RM 9.00/set

Kacang pool sebenarnya campuran kacang pool dan daging.


Selain kacang pool, Restoran Kacang Pool Haji juga menyediakan menu lain .

Mee Rebus @ RM 5.00

Sekali tengok mee rebus, warna kuah nya tak ubah seperti mee bandung. Tapi mee rebus mempunyai kelainannya sendiri dan rasa yang berbeza. Mee rebus Johor dihidangkan dengan berkuah, berbeza dengan utara Malaysia yang dihidangkan bersup terutamanya Pulau Pinang dan Kedah.

Mee Rebus Johor berkuah pekat dan dihidangkan bersama telur rebus, tauhu, limau kasturi serta tepung goreng berperisa udang.


Tauhu Bakar @ RM 5.00

Jangan lepaskan peluang juga untuk mencuba keenakan tauhu bakar yang dihidangkan bersama sengkuang cincang dan kuah serta taburan kacang di atasnya.




Menu lain : Nasi Lemak Biasa, Lontong Basah, Rojak Buah, Telur Mata Lembu, Telur Dadar, Telur Separuh Masak, Roti Bakar, Lempeng Pisang, Lempeng Kelapa, hidangan goreng untuk nasi, mee dan bihun.


Cawangan kedua restoran ini menyediakan lebih banyak menu berbanding dengan cawangan asal.










Cawangan kedua Restoran Kacang Pool Haji menyediakan ruang yang besar dan mampu menampung pelanggan yang ramai. Pelanggan boleh memilih untuk duduk di bahagian dalam atau luar restoran.


Selamat Mencuba !


Restoran Kacang Pool Haji

Alamat :
i) Cawangan Pertama - No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak,  Larkin 80350 Johor Bahru
(Waktu Operasi : 7.00 am - 10.00 pm - Setiap Hari)

ii) Cawangan Kedua - No. 12, Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Larkin 80350 Johor Bahru
(Waktu Operasi : 7.00 am - 12.00 pm - Setiap Hari)


Boleh kunjungi laman sosial :


You Might Also Like

0 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

#shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia #shurahpencerah #syampu #wanitaberhijab Accident Airport Althea Althea Korea Award and Tag Baju Kurung Moden Basikal BBQ Beauty Beauty Blogger Blog Review Blogger Contest Buddies Forever Cafe Cathay Pacific Cenderahati China Coffee Srub Contest Cream Crew Dessert Dictionary Dinner Dragonair Eating For Life Emergency Triangle Event Flamingo by The Beach Flamingo Cafe Flight Food Food Review Food Reviw Footlink Footlink Penang Great Wishes Halal Food Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Buffet Himalaya Himalaya Malaysia Hong Kong Hotel Indonesia Ipoh Ipoh Bali Hotel Johor Jom Makan Kamus Kebaya Moden Kedai Pajak KL Cafe Klang Parade Korean Product Krim Kuala Kangsar Kuala Lumpur La Herballe Medi & Spa Lady's Socks Laksa Kuala Lanafira Lazada Lazada Malaysia Lovely Pink Macau Makan Malam Makeup Malaysia Medan Medispa Miscellaneous Moisturising Cream Movie Addicter Museum Nasi Lemak Nyonya Nyonya Cuisine Only In Penang Pakaian Wanita Penang Penang Cafe Penang Food Penang Halal Food Penang Hotel Penang Museum Penang My Hometown Penang Places Penang Restaurant Penang Spa Peplum Perak Personal Life Postcard Potato Potato USA Printcious Product Product Review Produk Produk Kecantikan Produk Kesihatan Projek Nasi Lemak Projek Nasi Lemak Box Promotion Ramadan Ramadan Buffet Review Seamless Socks Selangor Shah Alam Shenzen ShopBack ShopBackMalaysia Short Trip Simply Delicious Souvenir Steamboat Stokin Stylo Shot from My Closet Suplemen Terangganu Thailand Trang TV Show Vacation Trip WD-40 Wordless Wednesday Zuhai