Macau | Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Macau

November 12, 2016


Salam dan hai semua.


Selepas percutian ke Hong Kong, Lia sambung percutian ke Macau pula. Boleh lihat entry lepas


Macau juga destinasi popular dan berdekatan untuk dilawati selepas Hong Kong . Macau merupakan negara jajahan Portugis satu ketika dahulu dan mempunyai banyak peninggalan sejarah yang boleh ditinjau. Macau terbahagi kepada tiga wilayah: Semenanjung Macau, Pulau Taipa dan Pulau Coloane. Di sini Lia akan berkongsi beberapa tempat yang sempat Lia lawati sepanjang berada di Macau.

Cuaca di Macau

Cuaca di Macau tidak jauh beza dengan Hong Kong. Macau juga mempunyai iklim sub tropika dengan empat musim

Musim bunga (Mac ke Mei); Suhu purata ; 12 - 26 C
Musim Panas (Jun ke Ogos); Suhu purata : 26 - 31 C
Musim Luruh (September ke November); Suhu purata : 19 - 28 C
Musim Sejuk (Disember ke Februari); Suhu purata : 12 - 20 C

Bawa baju yang bersesuaian dengan iklim di sana.

Mata wang

RM 1 = 1.88 MOP (Macanese Pataca)
RM 1 = 1.80 HKD (Hong Kong Dollar)

Macau juga menerima mata wang Hong Kong Dollar dalam urusan perniagaan dan jual beli. Untuk short trip, tidak perlu tukar mata wang ke Macanese Pataca. Hanya menggunakan HKD dalam setiap penggunaan anda.

Masa

Malaysia dan Macau tiada perbezaan masa. Sama seperti waktu di Hong Kong.

Komunikasi

Bahasa Kantonis, Mandarin dan English

Pengangkutan

Jika anda berada di Hong Kong dan mahu ke Macau, anda boleh pilih melalui udara ataupun laut. Menaiki pesawat dari Hong Kong International Airport terus ke Macau International Airport. Ataupun boleh menaiki feri dari Hong Kong terus ke Macau.


Cotai Water Jet menyediakan perkhidmatan feri dari Hong Kong Macau Ferry Terminal terus ke Macau Taipa Ferry Terminal. Harga tiket dari 165 HKD bersamaan dengan RM93.00.


Cotai Water Jet merupakan perkhidmatan feri berkelajuan tinggi antara Hong Kong dan Macau. Ia juga menyerupai feri di Malaysia jika mahu ke Pulau Langkawi atau Pulau Tioman. Boleh muat hingga 400 orang penumpang.


Situasi beratur menunggu ketibaan feri.

Lia menaiki feri di kelas perkhidmatan Cotai Class. Jangan risau perjalanan sangat selesa dan boleh berehat seketika. Seat penumpang feri ini lebih kurang sama dengan seat penumbang kapal terbang,
Penumpang juga mempunyai pilihan 3 kelas perkhidmatan iaitu : Cotai VIP Cabin, Cotal First atau pun Cotai Class. Penumpang juga boleh memilih pelabuhan mana untuk naik dan turun antaranya Macau, Taipa, Hong Kong, Kowloon ataupun HK International Airport.



Masa yang diambil dari Hong Kong Macau Ferry Terminal terus ke Macau Taipa Ferry Terminal lebih kurang 1 jam 30 minit. Selepas sampai, akan melalui imigresen Macau terlebih dahulu. Sama juga situasi seperti di Hong Kong tiada cop passport. Hanya tunjukkan passport untuk diimbas dan diberikan kertas kecil sebagai resit bukti tanda masuk ke Macau.


Bas membawa penumpang untuk jalan-jalan sekitar area Macau sudah menanti ketibaan kami di Macau Taipa Ferry Terminal.


Tempat-tempat menarik yang Lia kunjungi sepanjang berada di sana :


Biskut Kacang Badam (Almond Cookies) terkenal di Macau




Macau juga terkenal dengan biskut kacang badam (Almond Cookies). Salah satu signature items dan kuih tradisional di sini. Boleh beli untuk makan atau pun dibuat souvenir. Anda boleh cuba dahulu sebelum membeli,


The Venetian Macau


Venetian Macao adalah sebuah resort hotel mewah dan kasino di Macau yang dimiliki oleh syarikat  Amerika Las Vegas Sands. Venetian Macao dimodelkan oleh resort kasino kembarnya The Venetian Las Vegas, dan merupakan bangunan yang ketujuh terbesar di dunia dengan keluasan lantai. Venetian Macao juga kasino terbesar di dunia, dan bangunan hotel struktur tunggal yang terbesar di Asia.



Selain hotel, Venetian Macau mempunyai pusat membeli belah, restoran, teater, kasino, dewan pameran, bilik mesyuarat dan macam-macam lagi.



Salah satu tarikan di Venetian Macao ialah menaiki gondola dengan nyanyian dari pandayung gondola sepanjang pelayaran dan mengambil gambar kenangan bersama. Harga tiket MOP128 (RM70) untuk Dewasa, MOP98 (RM53) untuk Kanak-kanak dan MOP512 (RM280) untuk Private Gondola.


Jangan lepaskan peluang bergambar setiap sudut di dalam Venetian Macao.


Daya tarikan lain Venetian Macao, ialah pusat membeli belah dengan semua jenama dunia seperti H&M, Uniqlo dan banyak lagi. 




Salah satu kasino popular di Venetian Macao.


Ruins of St Pall's Catheral


Ruins of St. Paul merupakan tempat wajib dan peninggalan sejarah yang wajib kunjungi. Di sini boleh bergambar dengan runtuhan struktur dan arkitek yang menarik.




Ruins of St. Paul adalah runtuhan sebuah kompleks abad ke-16 dalam Santo António, Macau, China. Ia termasuk apa yang asalnya Kolej St. Paul dan Gereja St. Paul juga dikenali sebagai "Mater Dei", sebuah gereja Portugis abad ke-17 khusus untuk Saint Paul the Apostle. Hasil dari runtuhan ini adalah salah satu mercu tanda Macau terkenal.  Pada tahun 2005, mereka secara rasmi disenaraikan sebagai sebahagian daripada Pusat Bersejarah Macau, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Di sini juga terdapat gerai-gerai kecil yang menjual barangan souvenir seperti keychain, fridge magnet, beg, ukiran dan macam-macam lagi dengan harga yang murah dan berpatutan. Jika bertuah, anda akan berjumpa dengan peniaga yang fasih berbahasa Indonesia.



Lotus Square



 The Lotus Square atau Golden Lotus Square adalah sebuah persegi terbuka di Macau. Kawasan ini memiliki patung gangsa yang besar Lotus Flower In Full Bloom dan agak serupa dengan Golden Bauhinia di negara jiran Hong Kong.

 Tugu Jorge Alvares





Jorge Álvares (meninggal dunia 8 Julai 1521) adalah seorang penjelajah Portugis. Dia dikreditkan sebagai Eropah pertama yang telah mencapai China melalui laut semasa Zaman Discovery. 




Bangunan di sekitar Lotus Square.



Antara tempat-tempat menarik di Macau yang patut dikunjungi :

Kum Lam Statue

Largo Do Senado (Senado Square)

AJ Hackett Macau Tower

A Ma Temple 

The Taipa Houses Museum

City of Dreams

Grand Prix Museum

Wine Museum

Roman Amphitheatre

Rua Da Felicicade

Coloane

Instituto Para Os Assuntos Civicos E Municipais

Macau Sciene Center

Tak Seng on Pawnshop

Sam Kai Vui Kun Temple 

Museum of Taipa and Coloane History

Museu De Macau

St Dominic Square

Rua Do Cunha



Lia berharap dapat bercuti ke sana lagi suatu hari nanti! Tak puas satu hari di sana,





You Might Also Like

1 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community