Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan di Seksyen 13, Shah Alam

3:09:00 PM

Salam dan Hai.

Anda di luar sana penggemar Steamboat BBQ seperti saya? Kini anda boleh menikmatinya dengan pelbagai pilihan di restoran Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Penduduk Kuala Lumpur dan Shah Alam jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini.


Restoran Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menyajikan sajian istimewa dan sudah pasti ia memenuhi selera masyarakat tempatan terutamanya masyarakat Melayu.


Konsep Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan

Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan berkonsepkan 2 dalam 1 iaitu Steamboat & Grill  dan masakan panas yang disediakan secara buffet (all you can eat). Keistimewaan yang terdapat di sini ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ. Bagi penggemar daging kambing pula, restoran ini turut menyediakan kambing panggang setiap hati dan sangat lazat serta menyelerakan.



Menu di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan

Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang agak santai, restoran ini menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.










Menu utama di sini untuk grill, bbq & steamboat. Pelbagai pilihan perapan ayam dan daging, seafood seperti udang, sotong, kerang, lala, fishball, fishcakes, isi ketam, jagung, dan macam-macam lagi.





Menu lain juga disediakan hidangan buffet seperti nasi goreng, kuey teow goreng, mee goreng, rendang ayam dan keropok goreng.





 Pelbagai pilihan mee dan bihun untuk dimakan bersama ketika bersteambiat. Jangan lupa juga ada telur ayam dan telur burung puyuh. 




 Sayuran-sayuran yang disediakan juga segar dan pelbagai pilihan.


Pilihan sos yang menarik.



Anda boleh refill sebanyak mana air yang anda suka. Terdapat pilihan air panas dan sejuk untuk dinikmati.


Ais kacang layan diri juga penambah selera untuk tetamu.



Pencuci mulut dengan hidangan buah-buahan serta kuah rojak.


Sup Daging

Jagung Steam

 Pencuci mulut denga hidangan kek.

Aiskrim dengan pelbagai 6 flavour


Ice Sherbet dengan 6 flavour





Kambing Panggang juga turut disediakan dan menjadi pilihan pelanggan yang berkungjung. Daging kambing ini dipanggang menggunakan arang mampu membangkitkan lagi aroma dan rasa kambung panggang tersebut. Dihidangkan bersama sos lada hitam dan sos cendawan resepi yang disediakan khas oleh chef bagi menambahkan lagi kelazatam kambing panggang tersebut.


Beberapa menu menarik juga ditambah di dalam buffet seperti hirisan ikan segar bersama sos air asam, Ikan Pari Assam Nyinya yang diperap di dalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga produk baru Icy Moonster sebagai pencuci mulut. Dan semestinya pelbagai kuih-muih tempatam, puding, aneka kek, aiskrim yang memang menjadi kegemaran ramai dan tidak ketinggalan air batu campur turut disajikan.


Makanan di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan

Anda akan disediakan segala peralatan memasak dan juga sedikit mentega untuk grill dan BBQ.


Lia memilih kuah tomyan untuk steamboat.


Anda boleh BBQ dan Grill dalam masa yang sama anda juga boleh bersteamboat.


Sayur Pilihan : Salad, tomato, cendawan, jagung dan lobak merah.

Air pilihan : Air masak, Teh Tarik dan Air Oren


Pilihan daging sebelum dimasak dan selepas masak.


Daging kambing wajib cuba!

Pilihan sos dan cili potong makan bersama daging bakar.

Jagung ni sedap dimakan bersahaja.

Rojak buah.

Kuah tomyam seafood.

Aiskrim pencuci mulut pilihan terakhir.

Dekorasi di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan













Harga di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan

Setiap hari
Dewasa = RM 33.00+
Kanak-kanak (5 hingga 11 tahun) = RM18.00+

Setiap hari Ahad sahaja

Sunday Family Day
Dewasa = RM 22.90+
Kanak-kanak (5 hingga 11 tahun) = RM9.90+




Daya tarikan Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan

- Setiap hari Lebih 200 jenis makan dihidangkan setiap hari 
- Menjadi pilihan korporat dan hari jadi
- Kambing golek setiap
- Konsep 2 dalam 1 menggunakan hotpot & grill
- Pelbagai campuran rempah ratus diperapkan di dalam menu
- Ruang parkir lebih daripada 300
- Ruang duduk yang luas dan selesa
- Kemudahan surau disediakan



Terima kasih Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan atas jemputan food review dan juga doorgift ini.


Selamat Mencuba :

Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan

Alamat : 
Sri Acappela Service Apartment, No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam, 40100 Selangor Darul Ehsan

Telefon :
012 - 297 1091 / 017 - 507 6274 / 03 - 5523 4979

Waktu Operasi :
Isnin hingga Sabtu : 5pm - 1am
Ahad :12pm - 12am

Media Social
Instagram : dkayangansteamboat




You Might Also Like

19 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident activewear Airport Althea Althea Korea Aperio Natural Award and Tag Baju Kurung Moden Basikal BBQ beautifulwithtropika Beauty Beauty Blogger Beauty Product Blog Review Blogger Contest blogreview Buddies Forever Cafe Cathay Pacific Cenderahati China Coffee Srub Contest Cream Crew Dessert Dictionary Dinner Dragonair Eating For Life Emergency Triangle Event Flamingo by The Beach Flamingo Cafe Flight Food Food Review Food Reviw Footlink Footlink Penang Ghost Musuem Great Wishes Hair Product Halal Food Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Buffet Himalaya Himalaya Malaysia Hong Kong Hotel hotpants Ice Cafe Iitalian food Indonesia Ipoh Ipoh Bali Hotel italian food Johor Jom Makan jonlivia Kamus Kebaya Moden Kedai Pajak KL Cafe Klang Parade Korean Product Krim Kuala Kangsar Kuala Lumpur La Herballe Medi & Spa Lady's Socks Laksa Kuala Lanafira Lazada Lazada Malaysia Lovely Pink lovetropika Macau Makan Malam Makeup Malaysia Marios Italian Restaurant Medan Medispa Miscellaneous Moisturising Cream Movie Addicter Museum Nasi Lemak naturalskincare Nyonya Nyonya Cuisine Only In Penang Pakaian Wanita Penang Penang Cafe Penang Food Penang Halal Food Penang Hotel Penang Museum Penang My Hometown Penang Places Penang Restaurant Penang Spa Peplum Perak Personal Life Postcard Potato Potato USA Printcious Product Product Review productreview Produk Produk Kecantikan Produk Kesihatan Projek Nasi Lemak Projek Nasi Lemak Box Promotion Ramadan Ramadan Buffet Review Seamless Socks Selangor Shah Alam Shenzen ShopBack ShopBackMalaysia Short Trip shurahmalaysia shurahmy. shurahariana shurahpencerah Simply Delicious Souvenir sport Steamboat Stokin styleperformanceandyou Stylo Shot from My Closet Suplemen syampu Terangganu Thailand Trang Traveloka TV Show Vacation Trip viva la pasta wanitaberhijab WD-40 Wordless Wednesday Zuhai