Aboong, Aiskrim Yogurt bersama Wafel Ikan di Queensbay Mall, Pulau Pinang

11:28:00 PM

Salam dan Hai semua.



Setiap kali ke Queensbay Mall, Lia selalu akan berjalan hadapan restoran aiskrim yogurt Aboong. Tapi tak pernah ada kesempatan untuk beratur dan membeli. Setiap kali terasa nak membeli, nampak orang ramai bersesak beratur panjang dan mengambil nombor giliran. Finally, dapat juga peluang membeli aiskrim unik ni!

Restoran aiskrim yogurt Aboong ini terletak di tingkat 3, Queensbay Mall, Penang. Aboong juga merupakan kedai aiskrim popular daripada Korea. Cawangan Pertama di SS15, Subang Jaya. Cawangan di Pulau Pinang juga terdapat di Gurney Plaza.


Apakah keistimewaan Restoran aiskrim yogurt Aboong?

Aboong mempunyai signature dessert nya yang tersendiri iaitu waffle berbentuk ikan dan juga Aiskrim Yogurt Beku. Selain penyediaan aiskrim yogurt di dalam waffle ikan, pelanggan juga boleh membeli aiskrim yogurt di dalam cup (cawan kecil). 



Restoran aiskirim yogurt Aboong adalah "Self Service di mana pelanggan hendaklah beratur dan menempah sendiri pesanan, membuat bayaran dan dapat nombor giliran masing-masing di setiap resit pembelian. Pelanggan akan mengambil aiskrim yogurt yang ditempah melalui nombor giliran di skrin hadapan kaunter.

Jika membuat pesanan "Customize Aboong", pelanggan hendaklah memilih :

1) Waffle
- Original
- Red Velvet
- Chocolate

2) Filling
- Redbean
- Custard
- Cream cheese
- Nuttella

3) Icecream
- Original Frozen Yogurt
- Special Icecream

+ free Skewer - marshmallow bersalut coklat



Penyediaan waffle Ikan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Setiap pelanggan diberikan nombor giliran dan menunggu mengikut nombor giliran masing-masing.





Original Flavour waffle dengan Filling Nuttella dan Yogurt serta skewer marshmallow bersalut chocolate  @ RM 11.90 . Rasa yogurt yang sangat sedap, segar dan menyelerakan.


Packaging Aboong yang juga simple dan unik.


Waffle Ikan juga sedap dengan filling nutella di bawahnya,



Aboong menyediakan ruang makan (meja dan kerusi) untuk pelanggan. Tetapi ruangnya agak kecil dan terhad. Ikut nasib anda jika dapat makan sekiranya tidak ramai pelanggan. Kebanyakkan pelanggan akan 'take-away' setelah membuat pesanan.



Selamat Mencuba!

Aboong

Alamat :
Lot 3F-09, Queensbay Mall

Waktu Operasi : 
Setiap hari, 10am hingga 10pm

Boleh kunjungi laman sosial :


Instagram : Aboong.my

You Might Also Like

6 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident Activewear AirAsia Airport Althea Althea Korea Aperio Natural Award and Tag Baju Kurung Moden Basikal Bateriku.com BBQ beautifulwithtropika Beauty Beauty Blogger Beauty Product Berrybright Biscuit Blog Review Blogger Contest Blusher Body Scrub Buddies Forever Cafe Cambodia Cathay Pacific Cenderahati China CNY Coffee Srub Collagen Blush Colour Contest Cream Crew Dessert Dictionary Dinner Dragonair Eating For Life Ellvita Emergency Triangle Event Femingra Flamingo by The Beach Flamingo Cafe Flight Food Food Review Food Reviw Footlink Footlink Penang Forest Colour Ghost Musuem Glow Gelenggang Great Wishes Hair Product Halal Food Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Buffet Himalaya Himalaya Malaysia Hong Kong Hotel Hotel Review Hotpants Ice Cafe Iitalian food Indonesia Ipoh Ipoh Bali Hotel italian food Johor Jom Makan Jonlivia K-Pop Kamus Kebaya Moden Kedai Pajak Kek Lok Si Temple KL Cafe Klang Parade Konsert Korean Product Krim Kuala Kangsar Kuala Lumpur La Herballe Medi & Spa Lady's Socks Laksa Kuala Lanafira Lazada Lazada Malaysia Lovely Pink lovetropika Macau Makan Malam Makeup Malaysia Marios Italian Restaurant Medan Medispa Miscellaneous Moisturising Cream Movie Addicter Museum Nasi Lemak naturalskincare Nyonya Nyonya Cuisine Only In Penang Pakaian Wanita Party Penang Penang Cafe Penang Food Penang Halal Food Penang Hotel Penang Museum Penang My Hometown Penang Places Penang Restaurant Penang Spa Peplum Perak Personal Life Phnom Penh Postcard Potato Potato USA Printcious Product Product Review Produk Produk Kecantikan Produk Kesihatan Projek Nasi Lemak Projek Nasi Lemak Box Promotion Ramadan Ramadan Buffet Review Seamless Socks Selangor Serum Shah Alam Shenzen ShopBack ShopBackMalaysia Short Trip shurahmalaysia shurahmy. shurahariana shurahpencerah Siem Reap Simply Delicious Smartphone Souvenir Sport Attire Staycation Steamboat Stokin Stylo Shot from My Closet Suplemen Sushivid Susu Kambing syampu Terangganu Thailand Trang Travel Traveloka TV Show Vacation Trip viva la pasta wanitaberhijab WD-40 Wordless Wednesday Zuhai