Aboong, Aiskrim Yogurt bersama Wafel Ikan di Queensbay Mall, Pulau Pinang

February 18, 2017

Salam dan Hai semua.



Setiap kali ke Queensbay Mall, Lia selalu akan berjalan hadapan restoran aiskrim yogurt Aboong. Tapi tak pernah ada kesempatan untuk beratur dan membeli. Setiap kali terasa nak membeli, nampak orang ramai bersesak beratur panjang dan mengambil nombor giliran. Finally, dapat juga peluang membeli aiskrim unik ni!

Restoran aiskrim yogurt Aboong ini terletak di tingkat 3, Queensbay Mall, Penang. Aboong juga merupakan kedai aiskrim popular daripada Korea. Cawangan Pertama di SS15, Subang Jaya. Cawangan di Pulau Pinang juga terdapat di Gurney Plaza.


Apakah keistimewaan Restoran aiskrim yogurt Aboong?

Aboong mempunyai signature dessert nya yang tersendiri iaitu waffle berbentuk ikan dan juga Aiskrim Yogurt Beku. Selain penyediaan aiskrim yogurt di dalam waffle ikan, pelanggan juga boleh membeli aiskrim yogurt di dalam cup (cawan kecil). 



Restoran aiskirim yogurt Aboong adalah "Self Service di mana pelanggan hendaklah beratur dan menempah sendiri pesanan, membuat bayaran dan dapat nombor giliran masing-masing di setiap resit pembelian. Pelanggan akan mengambil aiskrim yogurt yang ditempah melalui nombor giliran di skrin hadapan kaunter.

Jika membuat pesanan "Customize Aboong", pelanggan hendaklah memilih :

1) Waffle
- Original
- Red Velvet
- Chocolate

2) Filling
- Redbean
- Custard
- Cream cheese
- Nuttella

3) Icecream
- Original Frozen Yogurt
- Special Icecream

+ free Skewer - marshmallow bersalut coklat



Penyediaan waffle Ikan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Setiap pelanggan diberikan nombor giliran dan menunggu mengikut nombor giliran masing-masing.





Original Flavour waffle dengan Filling Nuttella dan Yogurt serta skewer marshmallow bersalut chocolate  @ RM 11.90 . Rasa yogurt yang sangat sedap, segar dan menyelerakan.


Packaging Aboong yang juga simple dan unik.


Waffle Ikan juga sedap dengan filling nutella di bawahnya,



Aboong menyediakan ruang makan (meja dan kerusi) untuk pelanggan. Tetapi ruangnya agak kecil dan terhad. Ikut nasib anda jika dapat makan sekiranya tidak ramai pelanggan. Kebanyakkan pelanggan akan 'take-away' setelah membuat pesanan.



Selamat Mencuba!

Aboong

Alamat :
Lot 3F-09, Queensbay Mall

Waktu Operasi : 
Setiap hari, 10am hingga 10pm

Boleh kunjungi laman sosial :


Instagram : Aboong.my

You Might Also Like

6 inspiration

  1. 1st time tgk brand aiskrim aboong ni..okey, agak jakun di situ..hehe
    Menarik la bentuk aiskrim dia...

    ReplyDelete
  2. Jeles la dengan Lia...asyik jalan je...bila nak ajak akak?

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa.time pegi queensbay xprasn pulak

    ReplyDelete
  4. wow nmpk sdptnya bila2 p leh cuba ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community