Koleksi Poskad menarik di The Postcard Shop, Gat Lebuh Chulia, Pulau Pinang

6:25:00 PM

Salam dan Hai semua.

Anda peminat dan pengumpul poskad seperti saya? Ataupun ingin membelikan poskad sebagai hadiah kepada kawan-kawan anda? Atau juga ingin membawa kawan-kawan luar Pulau Pinang melihat sendiri kedai poskad ini?

Apa itu poskad?

Poskad atau pos kad adalah sekeping segiempat kertas tebal atau kadbod nipis bertujuan untuk menulis dan surat-menyurat tanpa sampul surat. Di sesetengah tempat, ia adalah mungkin untuk menghantar mereka dengan bayaran yang lebih rendah daripada surat.

The Postcard Shop

The Postcard Shop ini terletak di Gat Lebuh Chulia, Pulau Pinang.

Berhadapan dengan Container Hotel.


The Postcard Shop merupakan kedai menarik untuk pengumpul poskad dan juga pengunjung setempat serta luar.



Misi The Postcard Shop
Hanya untuk mempromosikan keindahan George Town, Pulau Pinang.


The Postcard Shop mempunyai lebih daripada 200 jenis poskad semua mengenai George Town, Pulau Pinang, seni dawai, street art, facade rumah kedai, dan lain-lain

Pemilihan poskad sukar dibuat dengan pilihan yang pelbagai. Anda boleh memilih poskad yang jenis moden, poskad yang berunsurkan street art di Pulau Pinang atau pun poskad yang jenis vintaj. Susunan poskad juga menarik dan teratur disusun di atas rak. 

The Postcard Shop juga mempunyai kertas bertulis bernama 'Aerogramme' di mana digunakan untuk menulis yang lebih panjang untuk orang yang tersayang,

Jika anda seorang yang artistik, anda boleh mereka sendiri poskad anda! Dengan cara anda melukis, mewarna atau stamp on atas poskad kosong.


Jika anda tidak menggemari poskad, anda juga boleh melihat di salah satu sudut terdapat 'ink stamp' dan 'ink pad' yang boleh digunakan pada poskad atau hasil seni kraftangan yang lain.



The Postcard Shop juga mempunyai dekorasi dan konsep yang unik, vintaj dan sangat menarik bersesuaian dengan ciri-ciri poskad yang dijual.




Anda boleh membeli poskad secara individu ataupun set. Ini koleksi poskad yang Lia beli dari The Postcard Shop berharga RM2.00 sekeping.

Harga poskad bergantung kepeda jenis poskad. 
Poskad - RM2.00 hingga RM12.00
Aerogramme - RM10


Salah satu benda menarik di sini anda boleh membeli, menulis dan terus menghantar poskad anda. Jika anda membeli poskad dari kedai ini, anda boleh menggunakan 'ink stamp' secara percuma. Pilih sahaja poskad yang anda suka, isikan details anda, tampal setem yang turut dijual disini dan terus letakkan dalam peti surat berhadapan kedai.


Mungkin hobi mengumpul poskad bunyinya agak old-school bukan? 

Disebabkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah aktiviti ini.  Tetapi sebenarnya menarik dan banyak kebaikannya di samping anda mempunyai hobi yang sangat unik. Setiap kali anda travel anda akan membeli poskad dan anda kumpul sebagai koleksi. Setiap negara atau negeri mempunyai adat dan kebudayaan masing-masing.

Begitulah juga dengan negeri Pulau Pinang yang mempunyai sejarah, kebudayaan, ekonomi, tempat menarik untuk dilawati dan keenakan makanan yang memukau hati rakyat Pulau Pinang dan luar Pulau Pinang.


Kepada warga Pulau Pinang, jangan lupa singgah dan melawat The Postcard Shop untuk melihat sendiri koleksi 200 jenis poskad!


The Postcard Shop

Alamat : 57, Gat Lebuh Chulia, George Town, 10200 Pulau Pinang, Malaysia
7.30am to 7.30pm

Untuk pertanyaan sila hubungi:
016-444 7179 [dickieten]
012-453 9440 [sharonten]

Email : thepostcardshopgt@gmail.com

Media Sosial :
Facebook : The Postcard Shop

You Might Also Like

18 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident (1) Activewear (2) AirAsia (1) Airport (2) Althea (2) Althea Korea (3) Aperio Natural (1) Award and Tag (40) Baju Kurung Moden (1) Basikal (1) Bateriku.com (1) BBQ (1) beautifulwithtropika (1) Beauty (13) Beauty Blogger (17) Beauty Product (20) Berrybright (1) Biscuit (1) Blog Review (60) Blogger Contest (5) Blusher (1) Body Scrub (1) Buddies Forever (77) Cafe (1) Cambodia (1) Cathay Pacific (1) Cenderahati (2) China (1) CNY (1) Coffee Srub (1) Collagen Blush Colour (1) Contest (5) Cream (1) Crew (1) Dessert (1) Dictionary (1) Dinner (1) Dragonair (1) Eating For Life (93) Ellvita (2) Emergency Triangle (1) Event (2) Femingra (1) Flamingo by The Beach (1) Flamingo Cafe (1) Flight (3) Food (13) Food Review (28) Food Reviw (1) Footlink (2) Footlink Penang (2) Forest Colour (1) Ghost Musuem (1) Glow Gelenggang (1) Great Wishes (62) Hair Product (3) Halal Food (11) Hari Raya Aidilfitri (1) Hari Raya Buffet (1) Himalaya (1) Himalaya Malaysia (1) Hong Kong (3) Hotel (6) Hotel Review (1) Hotpants (2) Ice Cafe (1) Iitalian food (1) Indonesia (16) Ipoh (2) Ipoh Bali Hotel (1) italian food (1) Johor (1) Jom Makan (1) Jonlivia (2) K-Pop (1) Kamus (1) Kebaya Moden (1) Kedai Pajak (1) Kek Lok Si Temple (1) KL Cafe (1) Klang Parade (1) Konsert (1) Korean Product (3) Krim (1) Kuala Kangsar (1) Kuala Lumpur (4) La Herballe Medi & Spa (1) Lady's Socks (1) Laksa Kuala (1) Lanafira (1) Lazada (5) Lazada Malaysia (5) Lovely Pink (3) lovetropika (1) Lunch Buffet (1) Macau (2) Makan Malam (1) Makeup (1) Malaysia (4) Marios Italian Restaurant (1) Medan (16) Medispa (1) Miscellaneous (25) Moisturising Cream (1) Movie Addicter (31) Museum (6) Nasi Lemak (1) naturalskincare (1) Nyonya (1) Nyonya Cuisine (1) Only In Penang (27) Pakaian Wanita (1) Party (1) Penang (52) Penang Cafe (12) Penang Food (26) Penang Halal Food (10) Penang Hotel (11) Penang Museum (6) Penang My Hometown (100) Penang Places (21) Penang Restaurant (8) Penang Spa (1) Peplum (1) Perak (1) Personal Life (184) Phnom Penh (1) Postcard (1) Potato (1) Potato USA (1) Printcious (2) Product (14) Product Review (61) Produk (11) Produk Kecantikan (16) Produk Kesihatan (8) Projek Nasi Lemak (1) Projek Nasi Lemak Box (1) Promotion (1) Ramadan (11) Ramadan Buffet (9) Review (70) Seamless Socks (1) Selangor (4) Serum (1) Shah Alam (1) Shenzen (1) ShopBack (1) ShopBackMalaysia (1) Short Trip (4) shurahmalaysia (1) shurahmy. shurahariana (1) shurahpencerah (1) Siem Reap (1) Simply Delicious (3) Smartphone (1) Souvenir (2) Sport Attire (2) Staycation (1) Steamboat (1) Stokin (1) Stylo Shot from My Closet (12) Sunday Buffet Lunch (1) Suplemen (1) Sushivid (1) Susu Kambing (2) syampu (1) Terangganu (4) Thailand (1) Trang (1) Travel (1) Traveloka (3) TV Show (1) Vacation Trip (43) viva la pasta (1) wanitaberhijab (1) WD-40 (2) Wordless Wednesday (7) Zuhai (1)