Koleksi Poskad menarik di The Postcard Shop, Gat Lebuh Chulia, Pulau Pinang

May 27, 2017

Salam dan Hai semua.

Anda peminat dan pengumpul poskad seperti saya? Ataupun ingin membelikan poskad sebagai hadiah kepada kawan-kawan anda? Atau juga ingin membawa kawan-kawan luar Pulau Pinang melihat sendiri kedai poskad ini?

Apa itu poskad?

Poskad atau pos kad adalah sekeping segiempat kertas tebal atau kadbod nipis bertujuan untuk menulis dan surat-menyurat tanpa sampul surat. Di sesetengah tempat, ia adalah mungkin untuk menghantar mereka dengan bayaran yang lebih rendah daripada surat.

The Postcard Shop

The Postcard Shop ini terletak di Gat Lebuh Chulia, Pulau Pinang.

Berhadapan dengan Container Hotel.


The Postcard Shop merupakan kedai menarik untuk pengumpul poskad dan juga pengunjung setempat serta luar.



Misi The Postcard Shop
Hanya untuk mempromosikan keindahan George Town, Pulau Pinang.


The Postcard Shop mempunyai lebih daripada 200 jenis poskad semua mengenai George Town, Pulau Pinang, seni dawai, street art, facade rumah kedai, dan lain-lain

Pemilihan poskad sukar dibuat dengan pilihan yang pelbagai. Anda boleh memilih poskad yang jenis moden, poskad yang berunsurkan street art di Pulau Pinang atau pun poskad yang jenis vintaj. Susunan poskad juga menarik dan teratur disusun di atas rak. 

The Postcard Shop juga mempunyai kertas bertulis bernama 'Aerogramme' di mana digunakan untuk menulis yang lebih panjang untuk orang yang tersayang,

Jika anda seorang yang artistik, anda boleh mereka sendiri poskad anda! Dengan cara anda melukis, mewarna atau stamp on atas poskad kosong.


Jika anda tidak menggemari poskad, anda juga boleh melihat di salah satu sudut terdapat 'ink stamp' dan 'ink pad' yang boleh digunakan pada poskad atau hasil seni kraftangan yang lain.



The Postcard Shop juga mempunyai dekorasi dan konsep yang unik, vintaj dan sangat menarik bersesuaian dengan ciri-ciri poskad yang dijual.




Anda boleh membeli poskad secara individu ataupun set. Ini koleksi poskad yang Lia beli dari The Postcard Shop berharga RM2.00 sekeping.

Harga poskad bergantung kepeda jenis poskad. 
Poskad - RM2.00 hingga RM12.00
Aerogramme - RM10


Salah satu benda menarik di sini anda boleh membeli, menulis dan terus menghantar poskad anda. Jika anda membeli poskad dari kedai ini, anda boleh menggunakan 'ink stamp' secara percuma. Pilih sahaja poskad yang anda suka, isikan details anda, tampal setem yang turut dijual disini dan terus letakkan dalam peti surat berhadapan kedai.


Mungkin hobi mengumpul poskad bunyinya agak old-school bukan? 

Disebabkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah aktiviti ini.  Tetapi sebenarnya menarik dan banyak kebaikannya di samping anda mempunyai hobi yang sangat unik. Setiap kali anda travel anda akan membeli poskad dan anda kumpul sebagai koleksi. Setiap negara atau negeri mempunyai adat dan kebudayaan masing-masing.

Begitulah juga dengan negeri Pulau Pinang yang mempunyai sejarah, kebudayaan, ekonomi, tempat menarik untuk dilawati dan keenakan makanan yang memukau hati rakyat Pulau Pinang dan luar Pulau Pinang.


Kepada warga Pulau Pinang, jangan lupa singgah dan melawat The Postcard Shop untuk melihat sendiri koleksi 200 jenis poskad!


The Postcard Shop

Alamat : 57, Gat Lebuh Chulia, George Town, 10200 Pulau Pinang, Malaysia
7.30am to 7.30pm

Untuk pertanyaan sila hubungi:
016-444 7179 [dickieten]
012-453 9440 [sharonten]

Email : thepostcardshopgt@gmail.com

Media Sosial :
Facebook : The Postcard Shop

You Might Also Like

18 inspiration

  1. rare shop ni..betul zaman skrg orang dah kurang minat kumpul poskad macamni..

    ReplyDelete
  2. Comel tempat ni, lain kali pergi penang mesti nk pergi lawat~

    ReplyDelete
  3. Those were the days when we use to write on post cards to our penpals

    ReplyDelete
  4. What a quaint little shop this is. I wished I had discovered it when I was in Penang. Could have send out some cards to friends.

    ReplyDelete
  5. Koleksi yang sangat bagus Dan menarik . Mungkin saat ini Tidak banyan yang punya hoby jadi poskard collector .

    ReplyDelete
  6. this is one of the best place to visit! - Racheal

    ReplyDelete
  7. Saya pernah sampai kat The Postcard Shop dan saya sangat suka deko serta bangunan itu sendiri - sangat insta-worthy!

    ReplyDelete
  8. This is interesting, I'll definitely pay then a visit when I'm in Penang.

    ReplyDelete
  9. Postcard are losing its appeal, which should not be happening. I have a blogget friend who collects postcards around the world, and its her most prized possession.

    ReplyDelete
  10. nice postcard shop! So unique I must visit it soon too

    ReplyDelete
  11. Their postcard so creative. Never thought of buying postcard in Penang. If I have chance, will grab one as souvenir.

    ReplyDelete
  12. Wah ak tahu pun ada kedai poskad! Dah lama x tulis poskad dan pos kepada kawan2.
    www.unlimitedbeautysecret.com

    ReplyDelete
  13. Omg omg... i love this vintage place, going back to Penang again soon

    ReplyDelete
  14. Banyaknya koleksi poskad.. I likey~ Great place!

    ReplyDelete
  15. Cantiknya all the collection kat sini!! I love collect postcard too, maybe we can create our own postcard one day too =)

    ReplyDelete
  16. awww! I have passed by when I went to one of the mural art nearby! Doesn't know there is such Postcard shop! Should dropby next time when I go Penang!!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community