Trang, Thailand | Teroka, Bercuti dan Melawat Tempat Menarik di Trang

May 13, 2017

Salam dan Hai semua.

Di sini Lia akan berkongsi dan ceritakan short trip dan pengalaman kami ke Trang, Thailand.


Trang adalah ibu kota Wilayah Trang, Thailand. Bandar ini mempunyai penduduk 59,637 dan meliputi seluruh Thap Thiang daerah Mueang Trang. Trang 839 km selatan Bangkok. 
sumber dari Wikipedia

Kebanyakan pelawat ke Trang berada dalam transit ke pulau-pulau berdekatan, tetapi jika anda seorang yang tertarik dengan budaya atau makanan Thai, boleh tinggal sehari atau lebih. Trang adalah sebuah bandar easy to manage, sebuah bandar Thai yang old-school, di mana anda boleh hilang dalam pasar basah, pasar penjaja dan lewat malam kedai-kedai kopi Cina. Sepanjang tahun, akan ada beberapa festival kecil yang menyinari bandar ini.

Kebanyakan kemudahan pelancongan terletak di sepanjang Th Praram VI, antara menara jam dan stesen kereta api.
sumber dari www.lonelyplanet.com/

Cuaca
Musim panas dan lembap, berhampiran khatulistiswa seperti Malaysia

Mata Wang
RM 1 = 7.91 Thai Baht

Masa
Trang, Thailand beza awal 1 jam dari Malaysia

Komunikasi
Bahasa Thailand, English dan Melayu

Kebanyakkan penduduk Thai kurang fasih berbahasa Inggeris. Hanya segelintir yang mengetahui asas bahasa Inggeris. Bahasa Melayu kerap digunakan jika berkomunikasi dengan penduduk muslim Thai yang kebanyakkan berasal dari Pattani. Anda yang mengetahui bahasa Thai adalah bonus.

Wifi/Data Internet
Kemudahan WIFI kebanyakkan terdapat di hotel penginapan. Jika anda memerlukan data atau untuk membuat panggilan, anda boleh terus ke kedai telco, kedai handphone atau Seven Eleven berdekatan untuk membeli travel sim card. 

Satu (1) No Sim card : 150 Baht
Top up Data untuk membuat panggilan/data : 150 Baht


Pengangkutan

Ada banyak cara untuk perjalanan anda ke Trang. Anda boleh menaiki kemudahan awam seperti bas atau van, atau memandu kenderaan sendiri seperti kereta atau motorsikal anda ke sana.

Insurans kereta


Jika anda travel ke Trang/Krabi/Phuket atau mana-mana lokasi dalam Thailand dengan memandu kenderaan sendiri seperti kereta, anda perlu singgah untuk insurans kereta. Bawa geran kereta sekali. Sepanjang perjalanan ke Bukit Kayu Hitam, banyak kedai-kedai insurans di tepi-tepi jalan. Boleh pilih dan singgah mana-mana kedai sahaja untuk menyiapkan insurans dan dokumen perjalanan. Boleh klik link sini untuk tips Nak Masuk Thailand Dengan Kenderaan Sendiri.

Bawa passport, jangan lupa isi "Thailand Immigration Bureau", bayar RM1, scan muka di kaunter imigresen.

Buah mangga Thailand dengan serbuk asam pedas, 40 Baht

Breakfast di Rohana Tomyam Muslim Halal Food, Hatyai


Perjalanan ke Trang, singgah makan di Hatyai dahulu, Restoran Rohana Tomyam Muslim Halal Food

Breakfast : 
Nasi Kerabu Daging, 60 Baht
Daging Bakar, 80 Baht
Roti Canai, 30 Baht 
Teh Ais, 30 Baht
Mineral Water, 20 Baht. 

Hotel Maison De Cheer

Hotel yang Lia menginap di Trang ialah Hotel Maison De Cheer, salah satu hotel yang disyorkan oleh tour guide kami dan juga lokasi yang sangat strategik.


Hotel Maison De Cheer Terletak di Pusat Bandar Trang, Maison de Cheer adalah tempat yang sesuai untuk memulakan pengalaman di Trang dan kawasan sekitarnya. Hotel ini tidak terlalu jauh dari pusat bandar hanya 1 km jauhnya, dan ia biasanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke lapangan terbang. Pelawat yang datang ke hotel boleh melawat tarikan utama di bandar ini mesti dilihat menawarkan.


59 bilik terdapat di 5 tingkat menyediakan suasana yang hangat dan menyenangkan jauh dari rumah. dengan pelbagai kemudahan seperti televisyen LCD / skrin plasma, akses internet - wayarles, akses internet - wireless (percuma), bilik tidak merokok, pendingin hawa boleh didapati di beberapa bilik. Sepanjang hari anda boleh menikmati suasana yang santai dengan taman. Dengan lokasi yang ideal dan kemudahan sepadan, Maison de Cheer merupakan pilihan yang terbaik bagi penginapan anda di Trang.


Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Maison de Cheer memastikan penginapan yang menyenangkan bagi para tetamu. Tetamu hotel boleh menikmati laman web dalam kemudahan seperti Wi-Fi percuma dalam semua bilik, kawalan keselamatan 24 jam, mesin faks, fotokopi, pencetak.


Jika anda ingin membuat aktiviti snokeling ataupun Island Hopping, hanya perlu memberitahu agen supaya mengambil anda di hadapan hotel dan dibawa terus dengan van ke Jeti Pak Meng.

Lia menetap di Hotel Maison De Cheer sepanjang 2 malam berada di Trang. Hotel Maison De Cheer juga berhadapan dengan Trang Railway Station dan juga hanya perlu lintas rel keretapi untuk ke Chan Cala Night Market

Harga untuk 1 malam : Deluxe Twin Bed (880 Baht)
Alamat : 160 elevenths Rd., Tambin Nong Yuan, Thapthiang, Muang, Trang, Thailand
Phone : +66 75 215 900

Chan Cala Night Market




Trang Chan-Chala Pasar Malam yang terletak di dataran di hadapan Stesen Kereta Api Trang, ia adalah satu jalan membeli-belah cenderamata buatan tangan, makanan dan pencuci mulut tempatan, dengan persembahan kebudayaan dan muzik.

Waktu Operasi: Buka setiap hari Jumaat - Ahad, 5:30 - 10.00 pm.

Lay Cave @ Le Khaokob Trang


Tham Le Khao Kob merupakan eko-pelancongan dan pelancongan pengembaraan tarikan, disembunyikan di bawah gunung batu kapur tunggal yang besar di mana dikelilingi oleh sungai disekelilingnya. Di dalam gua Tham Le Khao Kob, terdapat stalagmit dan stalaktit yang ketara yang ada di sepanjang perjalanan semasa mengambil bot ke dalamnya. 


Salah satu tempat menarik di Trang, Lay Cave @ Le Khaokob.




Pengalaman menarik anda menaiki boat, memasuki gua, dalam masa yang sama anda kena berbaring di atas boat sambil menikmati dan meneroka suasana gua yang dalam keadaan gelap.




Anda boleh berhenti mengambil gambar di dalam satu gua bersama stalagmit dan stalaktit.




Anda juga boleh membeli cenderahati jika ada gambar muka anda!

Entry Fee : 100 Baht seorang

Pak Meng Beach


Salah satu pantai yang terkenal di Trang ialah Pak Meng Beach, pantai paling sibuk di Trang. Pak Meng masih merupakan tempat yang santai untuk menikmati minuman sejuk di pinggir air dari salah satu bar di tepi pantai.



Pak Meng adalah pantai yang paling maju di Trang. Ia jalur sempit yang panjang pasir dengan pemandangan indah ke lautan yang tenang rata dan menyeberang ke pulau-pulau Koh Ngai dan Koh Muk. Tidak hairanlah terdapat banyak pantai pondok bar dan restoran berhampiran, yang direka untuk pelancong untuk menikmati pemandangan sambil menghirup yang sejuk di bawah naungan pelbagai pokok-pokok yang beratur pantai.


Di belakang pokok-pokok berjalan jalan Pak Meng, selari dengan pantai dan pesisiran pantai. Ada puluhan kedai restoran di seberang jalan di mana anda sukar untuk membuat pilihan. Jangan risau makanan halal ada.

Makanan wajib ketika berada di Thailand, Somtam 50 Baht. 
My favorite food ;)


Hilangkan dahaga bersama air Coke Thailand, 20 Baht

 Trang Island Hopping Tour

Aktiviti laut yang menarik di Trang ialah menaiki bot besar, Island Hopping, & Snorkeling. Pakej Snorkeling dan Island Hopping kali ini kami ambil dari Andaman Island Tour & Travel hanya 730 Baht seorang termasuk lunch dan teatime!


Pakai Jaket Keselamatan.

Sunblock jangan lupa!

Sumber air bersih untuk bersihkan badan selepas mandi air masin

Snorkel mask disediakan untuk setiap pelanggan.


Pakej dari Andaman Island Tour & Travel sangat berbaloi sebab makanan yang disediakan sangat sedap dan layanan yang mesra. Siap boleh tambah nasi lagi ya! Kami dihidangkan dengan makanan tengahari nasi berlauk untuk tengah hari, hidangan air dah buah, hidangan kek dan air panas, dan minuman yang boleh sentiasa refill bila dahaga. 

The Emerald Cave @ Marakot Cave

Berenang melalui terowong bawah air yang menuju ke dalam lagun rahsia tersembunyi di dalam pulau Koh Mook.

Bot besar yang bawa penumpang ke island hopping dan snorkeling.

Koh Mook, Koh Chueak, Koh Waen & Koh Kradan

Kami juga dibawa ke pulau-pulau lain antaranya : Koh Mook, Koh Chueak, Kok Waen & Koh Kradan dalam masa sehari. Di sini juga boleh berhenti melalukan aktivit laut seperti snorkeling dan sesi mengambil gambar. Jangan ketinggalan untuk snorkeling sebab boleh lihat sendiri ikan dan terumbu karang di dasar laut. Boleh lihat-lihat gambar di bawah.





Trip kali ni sangat puas hati dengan hidangan air laut biru dan jernih, keindahan pulau yang tidak tercemar, pulau-pulau yang cantik, & pemandangan yang sangat indah.

 Jeti Pak Meng




Semua penumpang akan naik dan turun di Jeti Pak Meng. Terdapat kedai-kedai yang menjual cenderahati untuk dibeli buat kenangan.

Pakej mengandungi :
- Tanah dan Pengangkutan bot
- Bahasa Inggeris panduan bercakap
- bufet makan tengah hari Thai
- Minuman ringan dan air
- Buah-buahan
- Kopi dan kek
- Peralatan Snorkel
- Jaket keselamatan

Andaman Islands Tour and Packages

Lia memang mengesyorkan Andaman Islands Tour and Packages, sebab harga pakej yang ditawarkan berpatutan, layan mesra dari tour guide, dan hospitaliti yang terbaik.

Trang Railway Station




Trang Railway Station ialah sebuah stesen keretapi yang terletak di Thap Thiang Kecamatan Trang City, Trang. Stesen ini adalah stesen keretapi kelas 1 dan terletak 829,28 km (515,3 batu) dari Stesen Kereta Api Thon Buri. Stesen ini dibuka pada April 1913 pada bahagian Line Southern Kantang-Huai Yot. Trang Station adalah tempat turunnya untuk akses lebih mudah ke pulau-pulau di Laut Andaman.
sumber dari Wikipedia

Pulut Ayam & Daging Bakar Danok

Sebelum berangkat pulang ke Pulau Pinang, Lia akan beli bungkus makanan favorite terutamanya Pulut Ayam, Daging Bakar, Somtan dan lain-lain,

Sekitar Danok, terdapat banyak muslim food yang menjual pulut bersama ayam goreng. Harga RM6 hingga RM10.

& jangan lupa juga Daging Bakar yang menjadi tarikan depan CIMB Danok. Harga RM7 hingga RM10.

Kalau bermalam di Trang, aktiviti malam agak kurang berbanding dengan Hatyai ataupun Krabi. Hanya banyak kedai makan dibuka pada waktu malam. Aktiviti seperti Night Market, Massage, Hair Braid, dan lain-lain sudah nak didapati di Trang.


Antara tempat-tempat menarik di sekitar Trang :

Phraya Ratsadanupradit Mahison Phakdi Monument
Sa Kraphang Surin Park
Khao Chong Wildlife Development and Conservation Promotion Station
Khuan Tamnak Chan Public Park
Hat Chao Mai National Park
Chao Mai Cave
Hat Yong Ling and Hat San
Kuan Khang Hot Spring
Chang Lang Beach
Chao Mai Beach 
Peninsular Botanic Garden (Thung Khai)
Thale Song Hong (Lake of Two Rooms)
Rajamangala Aquarium
Na Muen Sri Weaving Group (Ban Na Muen Sri)
The First Rubber Tree in Thailand


Waiting for my next vacation !

You Might Also Like

26 inspiration

  1. menarik lia.. selalu la tulis bloq.. pak non dah kurang bahan bacaan ni

    ReplyDelete
  2. Menariknya kawasan Trang...julia pernah ke Hatyai beberapa thn lepas...mmg makanan Thailand sedap2 belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan Thai lah favorite food. sedap & menarik bukan.

      Delete
  3. Wah seru! Walaupun perjalanan panjang, tapi enak diliatnya. \(w)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjalanannya berbaloi dengan keindahan laut ;)

      Delete
  4. lawanya pantai... teringgin nak jejak thai tpi rezeki tak ada lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe boleh je pergi nanti. thai dekat je negara jiran.

      Delete
  5. Cantik tempat ni. The food look delicious too.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya nampak! Makanan tu nampak sedap

    ReplyDelete
  7. Wow! Thanks for sharing. Boleh saya jadikan panduan jika saya nak ke Trang kelak. Cantik pix awak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. yes boleh lah ambik skit panduan ni jika nak travel ke sana .

      Delete
  8. wahh syok2. lepas ni lela pulak p naa

    ReplyDelete
  9. thanks for your sharing, very detailed =)

    ReplyDelete
  10. Wow didn't know about this place before. time to plan holiday there

    ReplyDelete
  11. Not been to Trang before but have underestimated the number of sights and food to take it. Need to plan to go one day!!

    ReplyDelete
  12. wah.. bila baca entri awak, TB rasa nak ke Thailand aje.. nasib baik di bulan puasa.. kalau tak.. hahaha.. ajak family pergi sekarang.. haha

    ReplyDelete
  13. Pertama kali dengar tempat nama Trand kat Thailand. Berapa kos total semua? So sad sebab matawang Malaysia jatuh teruk, RM1 dapat tak sampai 800Bath.

    ReplyDelete
  14. Thanks for introducing this place to me. I have not been to trang yet.

    ReplyDelete
  15. Wow what a beautiful place, wish to visit there in the near future :)

    ReplyDelete
  16. Pernah sampai Krabi & Hatyai, mmg best..Yang lagi best makanan dorang murah2...

    ReplyDelete
  17. Pernah sampai Krabi & Hatyai, mmg best..Yang lagi best makanan dorang murah2...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community