Penang 3D Trick Art Museum, muzium seni ilusi 3D yang menarik di Pulau Pinang

July 09, 2017

Salam dan Hai semua.


Untuk maklumah semua, Pulau Pinang terdapat pelbagai muzium untuk dilawati. Sebelum ini Lia pernah update entry mengenai salah satu muzim di Pulau Pinang iaitu, Phantamania Crazy World. Kali ini Lia akan update salah sebuah muzium ilusi 3D menarik yang boleh di lawati ketika melancong di Pulau Pinang iaitu Penang 3D Trick Art Museum.

Penang 3D Trick Art Museum terletak di Lebuh Penang, Georgetown, Pulau Pinang. Georgetown juga dikenal sebagai tapak warisan dunia UNESCO.


Penang 3D Trick Art Museum ialah seni dan ilusi teknik yang mengubah lukisan 2 dimensi menjadi imej 3-dimensi. Dengan lukisan 2D di dinding, lantai dan siling kelihatan muncul di permukaan dan seolah-olah hidup. Muzium ini menempatkan 40 karya seni termasuk lukisan ilusi optik dan patung.  Pulau Pinang adalah negeri pertama di Malaysia yang menawarkan muzium seni yang unik ini.

Penang 3D Trick Art Museum adalah muzium interaktif dengan konsep yang merangsang kreativiti dan imaginasi anda. Terdapat 2 tema di pameran muzium kami, iaitu 'All about Penang Life' dan 'Modern Classic'. Tema ini pasti menggambarkan kehidupan harian orang Pulau Pinang dan membawa cerita-cerita yang hadir dalam warisan itu kepada kumpulan pelawat yang lebih luas.


Harga tiket :

Malaysia (Mykad holder only)
- Adult - RM 15
- Children - RM 10
- Student/Senior - RM 10

Foreigner (Non MyKad)
- Adult - RM 25
- Children - RM 15
- Student/Senior - RM 15

Tiket masuk juga boleh dibeli secara online di laman web rasmi Penang 3D Trick Art Museum. Klik sini.

Peta lukisan 3D di Penang 3D Trick Art Museum


Penang 3D Trick Art Museum terdiri daripada 2 tingkat yang dipenuhi dengan seni ilusi 3D.

Icon of Penang
Lukisan 3D ini terdapat di bahagian pintu masuk kaunter.

Ground Floor

Di tingkat 'Ground Floor' terdapat seni ilusi 3D seperti : Rickshaw, Tradisional Village, Trishaw, Clan Jetty, Bird Park, Bullock Cart, Tram, Trolley Bus, Flying Carpet, Butterfly Farm, Penang Hill, Botanical Garden, Ames Room, Booby Trap, Great White Shark & Teh Tarik.


Tradisional Village




Clan Jetty

Rickshaw

Butterfly Farm

Bird Park

Penang Hill

 Botanical Garden

Trishaw

 Bullock Cart

Tram

Flying Carpet

 Ames Room

Teh Tarik

Great White Shark

Booby Trap


1st Floor
Di tingkat 'Ground Floor' terdapat seni ilusi 3D seperti : Red Carpet Award, Genie, Giant Palm, Lost World, Journey to The West, ET, Panda, Orang Utan, Anaconda, Owl, Anubis Attack, Snow Ball, Avalanche, Centipede, Wrecked Bridge, Sky Diving, Slamdunk, Pool, Sadoka, Levitation illusion,  Human Dart, & Zig Zag Illusion.

Red Carpet Award

ET 

Journey to The West

 Lost World

Giant Palm

Genie

Panda

Orang Utan

Anaconda

Centipede

Anubis Attack

Wrecked Bridge 

Owl

 Sky Diving

Avalanche




Tandas
Kemudahan tandas ada di setiap tingkat, Ground Floor dan 1st Floor

Cenderahati di Penang 3D Art Museum









Anda boleh memberi cenderahati gambar anda sendiri di sini. Anda boleh pilih sendiri gambar yang telah diambil dari beberapa orang kakitangan yang bekerja di sini. Terdapat pilihan gambar untuk dipilih dan dibeli. Lia beli 2 keping gambar saiz 4R bersama sampul khas hanya RM20 sahaja. 


Penang 3D Trick Art Museum mempunyai daya tarikan yang tersendiri kerana sebagian lukisan seni ilusi 3D adalah berkaitan dengan tempat-tempat menarik dan sejarah terdahulu yang berada di Pulau Pinang. Lukisan seni 3D agak menonjol bila di dalam gambar dan sangat cantik.

Penang 3D Trick Art Museum sesuai datang bersama pasangan, keluarga atau pun kawan-kawan. Bawa kamera bersama! Jangan risau jika hendak mengambil gambar bersama. Kakitangan yang bekerja disini peramah dan ringan tulang untuk memberi panduan dan bantuan & akan memberi arahan di samping setiap karya ilusi seni 3D. Kakitangan di sini akan memastikan pengunjung mengambil gambar terbaik!

Jangan lepaskan peluang melawat Penang 3D Trick Art Museum ya!

[Blog Updated] . Penang 3D Trick Art Museum, Muzium Seni Ilusi 3D yang menarik di Pulau Pinang . Kalau ke Pulau Pinang, jangan lupa muzium seni ilusi 3D menarik 'Penang 3D Trick Art Museum' terletak di Lebuh Penang Georgetown. Terdapat lebih 40 karya. Entry Fee : RM15 per person. . Boleh klik sini untuk baca entry di blog Lia ➡http://www.liahasty.com/2017/07/penang-3d-art-museum-muzium-seni.html . Facebook : Penang 3D Trick Art Museum Instagram : @penangtrickart Laman Web : http://3d.penangtrickart.com/ . #penang3dtrickartmuseum #trickartmuseum #penangmuseum #museum #penang3dmuseum #penang #penangites #penangmyhometown #productreview #blogreview #review #liahasty #liahastydotcom #bloggermalaysia #bloggermy #malaysiablogger #malayblogger #lifestyleblogger #skincareblogger #beautyblogger #travelblogger #penangblogger #klblogger
A post shared by Lia Hasty (@liahasty) on


Penang 3D Trick Art Museum

Alamat : 10, Lebuh Penang, 10300 Georgetown, Penang

Tel : 04 - 263 1628

Email : info@penangtrickart.com

Waktu Operasi : 10 am - 7 pm (Setiap hari)


Boleh kunjungi laman sosial :


Instagram : @penangtrickart

Art is beautiful, art is pleasure, art is understandable, art is inspiration for new art. Art is available, everywhere… for everyone.

You Might Also Like

24 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community