La Herballe Medi & Spa, medispa dengan produk semulajadi di Pulau Pinang

12:33:00 AM

 Salam & Hai semua,

Terdapat banyak medispa di sekitar Pulau Pinang tetapi tidak semua yang menggunakan produk atau bahan semulajadi atau juga tidak menyediakan pakej perkhidmatan yang banyak dan lengkap. Untuk warga Pulau Pinang di luar sana, terutamanya kaum wanita, anda mesti tercari-cari medispa yang selesa dan sesuai dengan kehendak anda. Jangan risau, La Herballe Medi & Spa ialah jawapanya.

La Herballe Medi & Spa adalah medispa pertama di Pulau Pinang yang menggunakan bahan semulajadi. Mereka menyediakan rawatan berasaskan Asli & Estetik. Semua produk keluaran La-herballe Medi & Spa adalah 100% asli, dipatenkan, Halal dan diluluskan oleh KKM.


Pada 6 Ogos 2017 yang lepas, La Herballe Medi & Spa telah mengadakan upacara 'Grand Opening' sempena pembukaan cawangan baru di Pulau Pinang. Lokasi nya terletak di Krystal Point 1, Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas. 


'Your Beauty Is Our Priority' merupakan slogan La Herballe Medi & Spa. Mereka menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan yang boleh anda pilih dengan cara tradisional atau menggunakan mesin.















Upacara 'Grand Opening' La Herballe Medi & Spa telah berjalan dengan lancar dan berjaya. Sempena upacara ini, pelanggan utama, sahabat handal, saudara mara, dan juga blogger dijemput untuk memeriahkan lagi suasana. 



Lia bersama kawan-kawan blogger Pulau Pinang.

La Herballe Medi & Spa juga menyediakan perkhidmatan 'Cash Back' di atas setiap pembelian produk atau menggunakan servis mana-mana pakej yang disediakan.


Setiap kali pembelian, anda akan menerima cashback di dalam account anda, Anda boleh redeem untuk pembelian produk dan perkhidmatan seterusnya pula di medispa ini. Anda hanya boleh redeem untuk pembelian barang tetapi bukanlah untuk wang tunai (cash).


Salah seorang kakitangan di sini yang menerangkan terperinci mengenai Cashback dan membantu anda untuk berdaftar melalui nombor telefon bimbit anda. 




Selepas anda didaftarkan, anda akan menerima sms dan anda perlu 'Sign Up' di laman web Marchbig.com untuk redemption. 

Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah yang disediakan :

1. Go to Marchbig.com & click on Sign Up
2. Sign up with email or Login with Facebook
3. If sign up with email, please check your email account for verification
4. Fill up your particular
5. Verify your mobile number with Verification Code sent to you via SMS
6. Create your 6 digit Redemption PIN which will be used for approving your redemptions


Waktu Operasi La Herballe Medi & Spa dibuka setiap hari, Isnin hingga Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.







Jenis -jenis produk semulajadi yang digunakan di La Herballe Medi & Spa. Harga produk bermula dengan harga minimum RM20 iaitu krim jerawat. Terdapat pelbagai jenis produk untuk kulit muka dan tangan dan didatangi dengan pelbagai size. Jika ingin mencuba produk ini, anda boleh membeli 'trial set' terlebih dahulu untuk mengetahui keberkesanan dan kesesuaian produk dengan kulit anda. Jika tidak sesuai anda boleh mendapatkan semula wang anda di sini.



Di sini anda juga boleh mencuba dahulu setiap produk di kulit sendiri. Anda boleh merasai sendiri dan bau setiap produk semulajadi di sini.



Kakitangan di sini akan menerangkan dengan terperinci setiap penggunaan produk mengikut kesesuaian jenis kulit anda. Jangan risau kakitangan di sini sangat peramah dan baik. Mereka akan memberikan layanan terbaik dan tak pernah loket untuk memberi senyuman.


Setiap pelanggan yang datang sini perlu berjumpa dengan perunding terlebih dahulu untuk mengetahui jenis kulit anda dan akan dinasihati oleh perunding mengenai pakej yang sesuai dengan kulit anda. 





 Di sini menyediakan banyak bilik untuk setiap perkhidmatan dan juga keselesaan pelanggan medispa ini. Katil dan suasana sangat menenangkan fikiran jika anda setiap kali berada di sini.

Setiap bilik dan ruang sangat bersih, simple dan cantik. Anda jangan risau mengenai isu kebersihan di sini. Kemudahan tandas juga disediakan untuk pelanggan.



Terdapat juga tab mandi untuk rawatan Body Spa.




Segala peralatan dan mesin yang diguanakan.


Jenis perkhidmatan yang disediakan oleh La Herballe Medi & Spa :

Rawatan Muka (Face)
Natural Facial
Skin Rejuvenation, Whitening, Glowing, Soothing
Anti-Ageing
Wrinkle
Fine Line
Facial Lifting
Face Shaping
Acne & Scar Problem
Melasma & Pigmentation & Freakles & Age Sport
Dark Circle, Eyes Bag,
Sagging, Fine Wrinkles
Face Hair Removal

Rawatan Badan (Body)
Slimming, Body re-shaping
Cellulite Removal
Body Contour
Body Lifting
Body Hair Removal
Body Whitening/Glowing
Body Sauna
Body Spa


Rawatan muka (Face) di sini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Manakala Rawatan Badan (Body) hanya untuk wanita sahaja. Anda boleh datang bersama pasangan masing-masing ke sini.


Rawatan Natural Facial




Di sini juga Lia ingin berkongsikan pengalaman menggunakan perkhidmatan 'Natural Facial' di medispa ini. Anda hanya perlu meluangkan masa selama 1 jam di sini. Setiap produk yang digunakan di wajah anda adalah produk semulajadi keluaran La Herballe Medi & Spa. Kakitangan di sini akan mengenakan produk langkah demi langkah di muka anda. Antaranya seperti membuat urutan lembut di wajah, dan membuang segala whitehead & blackhead di wajah anda. Suasana yang tenang bersesuaian dengan lagu/muzik yang dipasang sepanjang proses. Anda akan lupa seketika mengenai tekanan kerja dan hampir tertidur. Memang puas hati sepanjang proses facial ini. Wajah akan kelihatan segar dan ringan dari segala whitehead & blackhead.

Produk Face/Body Wash (2 in 1)





Di sini juga lia hendak memperkenalkan salah satu produk keluaran La Herballe Medi & Spa iaitu Face/Body Wash (2 in 1). Produk serbaguna yang boleh diaplikasi di wajah dan badan. Sesuai di bawa ke mana-mana sahaja dan juga untuk travel. Tak perlu bersusah payah-payah memikirkan untuk bawa produk muka dan badan yang berbeza.

Warga Pulau Pinang, jangan lupa kunjungi sekarang! 

La Herballe Medi & Spa

Alamat :
303-01-30, Jalan Sultan Azlan shah, Bayan baru
Penang, Malaysia

No Tel : 012-921 2672





You Might Also Like

20 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident (1) Activewear (2) AirAsia (1) Airport (2) Althea (3) Althea Korea (5) Aperio Natural (1) Award and Tag (40) Baju Kurung Moden (1) Basikal (1) Bateriku.com (1) BBQ (1) beautifulwithtropika (1) Beauty (20) Beauty Blogger (25) Beauty Product (32) Berrybright (1) Biscuit (1) Blog Review (78) Blogger Contest (5) Blusher (1) Body Scrub (1) Buddies Forever (77) Cafe (1) Cambodia (1) Cathay Pacific (1) Cenderahati (2) China (1) CNY (1) Coffee Srub (1) Collagen Blush Colour (1) Contest (5) Cream (1) Crew (1) Dessert (1) Dictionary (1) Dinner (1) Dragonair (1) Eating For Life (98) Ellvita (2) Emergency Triangle (1) Event (4) Event Review (8) Femingra (1) Flamingo by The Beach (1) Flamingo Cafe (1) Flight (3) Food (16) Food Review (37) Food Reviw (1) Footlink (2) Footlink Penang (2) Forest Colour (1) Ghost Musuem (1) Glow Gelenggang (1) Great Wishes (62) Hair Product (4) Halal Food (13) Hari Raya Aidilfitri (1) Hari Raya Buffet (1) Himalaya (1) Himalaya Malaysia (1) Hong Kong (3) Hotel (6) Hotel Review (3) Hotpants (2) Ice Cafe (1) Iitalian food (1) Indonesia (16) Ipoh (2) Ipoh Bali Hotel (1) italian food (1) Johor (1) Jom Makan (1) Jonlivia (2) K-Pop (1) Kamus (1) Kebaya Moden (1) Kedai Pajak (1) Kek Lok Si Temple (1) KL Cafe (1) Klang Parade (1) Konsert (1) Korean Product (5) Krim (1) Kuala Kangsar (1) Kuala Lumpur (4) La Herballe Medi & Spa (1) Lady's Socks (1) Laksa Kuala (1) Lanafira (1) Lazada (6) Lazada Malaysia (6) Lovely Pink (3) lovetropika (1) Lunch Buffet (2) Macau (2) Makan Malam (1) Makeup (1) Malaysia (4) Marios Italian Restaurant (1) Medan (16) Medispa (1) Miscellaneous (25) Moisturising Cream (1) Movie Addicter (31) Museum (6) Nasi Lemak (1) naturalskincare (1) Nyonya (1) Nyonya Cuisine (1) Only In Penang (32) Pakaian Wanita (1) Party (1) Penang (55) Penang Cafe (14) Penang Food (31) Penang Halal Food (13) Penang Hotel (12) Penang Museum (6) Penang My Hometown (102) Penang Places (24) Penang Restaurant (9) Penang Spa (1) Peplum (1) Perak (1) Perfume (1) Personal Life (184) Phnom Penh (1) Postcard (1) Potato (1) Potato USA (1) Printcious (2) Product (19) Product Review (79) Produk (13) Produk Kecantikan (20) Produk Kesihatan (9) Projek Nasi Lemak (1) Projek Nasi Lemak Box (1) Promotion (1) Ramadan (11) Ramadan Buffet (9) Review (90) Seamless Socks (1) Selangor (4) Serum (1) Shah Alam (1) Shenzen (1) ShopBack (1) ShopBackMalaysia (1) Short Trip (5) shurahmalaysia (1) shurahmy. shurahariana (1) shurahpencerah (1) Siem Reap (1) Simply Delicious (3) Smartphone (1) Souvenir (2) Sport Attire (2) Staycation (2) Steamboat (1) Stokin (1) Stylo Shot from My Closet (12) Sunday Buffet Lunch (1) Suplemen (1) Sushivid (1) Susu Kambing (2) syampu (1) Terangganu (4) Thailand (1) Trang (1) Travel (2) Traveloka (4) TV Show (1) Vacation Trip (44) viva la pasta (1) wanitaberhijab (1) WD-40 (2) Wordless Wednesday (7) Zuhai (1)