Khasiat Ubi Kentang dan Hidangan Sihat dan Berkhasiat bersama Potatoes USA

September 03, 2017

Salam dan Hai semua.


Potatoes USA ialah organisasi pemasaran untuk 2,500 penanam kentang komersial yang beroperasi di Amerika Syarikat. Kami mempromosikan lima produk kentang utama: kentang sajian segar, kentang kerepek segar, kentang benih, produk kentang sejuk beku dan produk kentang nyahhidrat.



Potatoes USA tidak menjual kentang atau produk kentang tetapi menawarkan perkhidmatan yang membantu pelanggan kami dari seluruh dunia meningkatkan keuntungan mereka. Potatoes USA telah membuat pelaburan besar dalam pemasaran, produk pengurusan, dan penyelidikan untuk membawakan maklumat yang boleh mengembangkan perniagaan anda.

Fakta mengenai Potatoes USA

Kualiti

1. Suhu pertumbuhan yang ideal, kekayaan hasil tanah yang membantu, pemprosesan terkini dan generasi kepakaran menjadikan kentang A.S. terbaik di dunia.

2. Ubi kentang (potato) A.S yang segar yang segar mengandungi 'solid' yang tinggi dan kandungan gula rendah yang menghasilkan produk siap dengan penampilan, rasa dan tekstur yang wajar.

3. Petani A.S terkenal dengan sikap dedikasi mereka dalam menghasilkan kentang terkemuka untuk pemproses kentang beku.

4. Standard industri A.S. yang teguh yang memenuhi semua spesifikasi makanan dan ubat Administratin dan USDA, menjamin produk kentang beku yang berkualiti tinggi dan selamat.


Keajaiban ubi kentang (Potato)

Ubi kentang (Potato) bukan sahaja elok untuk dimakan tetapi juga baik untuk kesihatan. Ia juga makanan yang serasi dan sesuai untuk semua jenis kategori umur dan budaya, makanan untuk bayi, mempunyai ramuan yang hebat dan sesuai untuk semua jenis masakan seperti membakar, merebus atau menggoreng.

Kita tidak mengetahui bahawa Ubi kentang (Potato) mempunyai 110 kalori sahaja. Satu potato bersaiz sederhana mempunyai 30% vitamin C dalam nilai harian anda dan lebih potasium daripada sebiji pisang. 


Kebaikan ubi kentang (Potato)

- mengandungi karbohidrat, potasium, dan tenaga yang diperlukan 

-  karbohidrat kompleks yang padat dengan nutrien

- mempunyai potasium yang tinggi daripada pisang

- membekalkan tenaga penuh selain sayuran yang lain


Kategori Potatoes USA

Potatoes USA terbahagi kepada tiga kategori :

1) U.S. Fresh Potatoes
2) U.S. Frozen Potatoes
3) U.S. Dehydrated Potatoes

Contoh U.S. Fresh Potatoes adalah seperti gambar di bawah. Terdapat beberapa jenis, antaranya:

1) Russet Potatoes
2) Red Potatoes
3) White Potatoes
4) Yellow Potatoes
5) Purple/Blue Potatoes
6) Fingerling Potatoes
7) Petite Potatoes
Sumber dari laman web http://www.potatoesusa.com


Contoh U.S. Frozen Potatoes adalah seperti gambar di bawah. Terdapat beberapa jenis, antaranya:




1) Frozen Straight-cut Fries
2) Tater Drums
3) Crinkle-Cut Fries
4) Loop or curly fries
5) Frozen Wedges
6) Lattice or Basket-Weave Cuts
7) IQF Hash Brown Patties


Mengapa kena beli Potatoes USA?

1. Bermutu Tinggi dalam pengeluaran dan pemrosesan kentang dan boleh membekalkan produk terbaik

2. Hasil konsisten dalam pemprosesan serba canggih dan piawaian Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA)

3. Pilihan yang pelbagai dalam menawarkan rangkaian kentang bermutu tinggi

4. Perkhidmatan yang terbaik menyediakan latihan program untuk memaksimumkan untung dan meningkatkan jualan



26 Ogos 2017 lepas, Lia telah dijemput sebagai blogger untuk menghadiri acara 'Healty Deliciuous Dishes with USA Potatoes' di The Wembley - St Giles Hotel, Pulau Pinang.









Sebelum acara bermula, semua tetamu seperti media, blogger, dan lain-lain perlu berdaftar dahulu dan mendapatkan tag. Sementara menunggu kedatangan tetamu yang lain, makanan dan minuman bertemakan ubi kentang ataupun potato dihidangkan untuk tetamu yang lain. Dekorasi potato bersama produk frozen food juga dipersembahkan kepada hadirin untuk melihat sendiri bentuk dan rupa.


Salah seorang kakitangan bergambar di bersama backdrop Potatoes USA.


Para tetamu menjamu selera semantara menunggu kedatangan tetamu yang lain







'
Antara makanan yang dihidang ialah kepak ayam, karipap, kentang goreng, dan buah-buahan. Selepas menikmati makanan yang disajikan , kami di jemput ke Function Ballroom Wembley 10 untuk mendengan penerangan dengan lebih terperinci.




Kami juga diberi penerangan dengan lebih lanjut mengenai Potatoes USA dengan tayangan video pendek oleh US Potato Board, short talk oleh ceramah ringkas oleh dietician dan juga sesi soal jawab mengenai potato. Selepas mendengar semua penerangan, barulah Lia mengetahui khasiat potato di dalam pemakanan dan kehidupan seharian.


Tanpa berlengah masa, demontrasi memasak menggunakan Potatoes USA oleh Chef Audee Cheah.





Chef Audee Cheah menunjukkan demonstrasi memasak menggunakan 2 produk kentang segar dan 2 beku yang mudah dan berkhasiat di mana kita sendiri akan boleh mencuba sendiri di rumah. Demonstrasi ini sangat berguna sebab kita melihat sendiri cara memasak dan bahan-bahan yang digunakan di mana kita boleh dapatkan di pasaran.


Chef Audee Cheah merupakan pemenang anugerah antarabangsa dan juga Presiden kepada 'Penang Chefs Association' yang berpengalaman selama 28 tahun  dalam bidang masakan. Chef Audee Cheah juga berpengalaman dalam masakan Eropah, Cina, Melayu, Nyonya, Thai dan beberapa masakan negara asia yang lain.

Chef Audee Cheah dibantu bersama seorang blogger jemputan.



Tetamu yang hadir juga diberikan buku resepi sempena hidangan yang di masak di sini. Boleh cuba sendiri memasak di rumah.

4 hidangan lazat yang dimasak oleh Chef Audee Cheah sempena demonstrasi memasak.

2 menu masakan mengunakan produk kentang segar :


U.S Potato & Prawn Kerabu




Curry Chicken Stuffed U.S. Potatoes



2 menu masakan mengunakan produk kentang beku :

Kimchi Seaweed U.S Lattice Cut Fries




Chili FLavored U.S. Potato Wedges in Lettuce Cup




Akhir sekali, jamuan hi-tea disediakan dan para para tetamu juga dapat merasa sendiri hidangan yang lazat.

Sepinggan hidangan menarik 4 menu masakan.

Para tetamu diberikan goodies bag setiap seorang untuk kenangan sempena acara 'Healty Deliciuous Dishes with USA Potatoes'





Untuk mengetahui khasiat atau penerangan dengan lebih lanjut mengenai Potatoes USA boleh layari laman web : http://www.potatoesusa-malaysia.com/


Potatoes USA Malaysia
No. 3-G, Jalan OP 1/6, Pusat Perdagangan One Puchong,
 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel : +6 03 8070 7216

Faks : +6 03 8076 3825

Email : eddie.saw@totalms.com.my

You Might Also Like

12 inspiration

  1. yummy potatoes and I like them all. Great pics you taken here, using camera or cell phone?

    ReplyDelete
  2. Kentang memang sedap, tapi tak elok juga makan banyak sangat sbb kandungan karbohidrat dia banyak.

    ReplyDelete
  3. my daughter loves potatoes.... this is great and will check it out further....

    ReplyDelete
  4. Eh french fries kerkhasiat juga ke? Haha

    XOXO:
    Stepheny Siew

    ReplyDelete
  5. us potatoes memang my choice! memang sedap! - racheal

    ReplyDelete
  6. I love potatoes as my substitute to rice. And I cant get tired eating it because its delicious and healthy.

    ReplyDelete
  7. I love to eat chips. Last time eat potatoes every day. Then got bored and didn't touch even one anymore, unless eat outside. LOL

    ReplyDelete
  8. I love to eat chips!! hahaha so is good to know which potatoes are good for our healthy! Thanks for the write up!

    ReplyDelete
  9. I love to eat potatoes. Good to know potatoes are healthy.

    ReplyDelete
  10. Now i know the benefits of taking potatoes! Thanks for sharing.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community