Rahsia saya menyingkirkan bulu roma tanpa bercukur bersama Veet Hair Removal Cream

10:10:00 PM

Salam dan Hai semua,


Hari ini Lia nak berkongsi sedikit rahsia dengan semua. Adakah anda menghadapi masalah setiap kali bercukur? Sering mengalami luka kecil apabila menggunakan pencukur? Berhabis wang membeli pisau cukur? Mengambil masa yang agak lama setiap kali bercukur? Bulu cepat tumbuh selepas dicukur dan perlu cukur semula? 

Jangan risau wahai kaum wanita di luar sana.

Kini anda tak perlu risau lagi untuk bercukur dan mendapatkan hasil yang memuaskan. Tak perlu bersusah payah membeli segala pencukur di luar sana. Kini anda hanya perlu meluangkan masa selama 3 minit sahaja. Diulangi 3 minit sahaja!


Veet Hair Removal Cream kini menjawab semua persoalan anda!

Veet Hair Removal Cream sesuai untuk kulit normal. Ianya berhasil sehingga ke akar walaupun pada bulu yang pendek, dan berkesan hingga seminggu. Formula diperkaya dengan Susu Teratai, yang dikenali dengan ciri-ciri lembutkan, dan wangi dengan wangian bunga Melati (Jasmine). Oleh itu, kulit anda bukan sahaja licin malah kulit yang lembut dan menyihatkan. Petumbuhan semula bulu juga turut lembut.


Kandungan Kotak Veet Hair Removal Cream




1 x 100ml tiub
1 x Spatula
(Boleh didapati dalam 200ml)


Teksturnya yang ringan dan bau yang menyegarkan.

Saiznya yang mudah dipegang.


Bahan-bahan (Ingredients)

Aqua, Urea, Potassium Thioglycolate, Paraffinum Liquidum, Alkohol Cetearyl, Calcium Hydroxide, Talc, Ceteareth-20, Gliserin, Sorbitol, Potassium Hydroxide, Magnesium Trisilicate, Parfum, Propylene Glycol, Lithium Magnesium Sodium Silicate, Sodium Gluconate, Acrylates

Copolymer, Linalool, Silika Terhidrat, Propylene Glycol Dicaprylate / Dicaprate, Ekstrak Bunga Nelumbo Nucifera, Phenoxyethanol, Potassium Sorbate, Xanthan Gum, CI 77891, CI 45380 (3)


Kulit yang licin dengan hanya 3 langkah




Sebelum menggunakan, sila baca dahulu langkah berjaga-jaga. Boleh rujuk di sebelah sisi kotak.

1. Menggunakan bahagian lengkung spatula, ratakan Veet Hair Removal Cream di kawasan yang diingini.

2. Biarkan Veet Hair Removal Cream  pada kulit anda selama 3 minit, dan gunakan spatula untuk menanggalkannya. Sekiranya bulu keluar dengan mudah, gunakan hujung spatula yang lebih luas atau lebih sempit bergantung kepada bahagian badan, untuk menghapuskan selebihnya. 

Sekiranya ada sisa yang tidak tertanggal, anda boleh meninggalkan krim selama 6 minit lagi - tetapi jangan tinggalkan terlalu lama.

3. Bilas kulit anda dengan air untuk dan keringkan.

Jenis Kulit
Normal

Masa Persediaan
3 - 6 minit

Tempoh
Keputusan yang agak pantas

Kawasan badan yang sesuai
Kaki
Garisan bikini
Di bawah lengan
Lengan

Langkah berjaga-jaga (Precautions)

Baca dan ikuti semua arahan sebelum digunakan.

1. Jangan melebihi 6 minit masa yang ditetapkan.

2. Sesuai digunakan pada kaki, lengan, ketiak & garis bikini. TIDAK sesuai untuk digunakan pada kepala, muka, mata, hidung, telinga, sekitar dubur, alat kelamin dan puting atau bahagian badan yang lain.

3. Jangan gunakan pada urat, parut, tahi lalat, jerawat, pecah, jengkel, kulit terbakar atau kulit yang mempunyai reaksi yang sensitif.

4. Periksa dahulu dengan doktor anda sebelum menggunakan jika anda mempunyai sebarang ubat yang boleh menjejaskan kulit, jika anda mengalami sebarang penyakit yang berkaitan dengan kulit, atau jika anda mempunyai keadaan yang boleh memudaratkan kulit.

5. Sebelum setiap penggunaan, UJI REAKSI KULIT ANDA dengan memcuba produk tersebut ke bahagian kecil kawasan yang anda ingin merawat, mengikut arahan untuk digunakan. Jika selepas 24 JAM tidak ada tindakbalas yang buruk, teruskan penggunaan

6. Jika anda mengalami sebarang kecacatan / kesakitan semasa digunakan, elakkan penggunaan produk dengan serta-merta dan bilas dengan air sejuk. Jika rasa seperti kulit terbakar, dapatkan nasihat dari pakar perubatan.

7. Kulit mungkin lebih sensitif untuk masa yang singkat selepas digunakan, jadi elakkan daripada menggaru. 

8. Selepas penggunaan, tunggu 24 jam sebelum menggunakan produk anti-peluh, sebarang produk wangian lain, dan produk-produk lain.

9. JAUHI DARI KANAK-KANAK.

10. Sebelum pengambilan, dapatkan nasihat perubatan dengan segera dan tunjukkan pek luar.

11. Elakkan bersentuhan dengan mata. Sekiranya bersentuhan dengan mata, bilas segera dengan banyak air dan dapatkan nasihat perubatan.

12. Mengandungi alkali dan thioglycolate.

13. Produk boleh menyebabkan permukaan menjadi licin.

14. Hindari tumpahan pada permaidani, pakaian dan lantai.


Kebaikkan menggunakan Veet Removal Cream

1) Harga berpatutan

2) Saiznya yang mudah dibawa ke mana sahaja mahupun travel

3) Menjimatkan masa

4) Tidak menyakitkan atau melukakan

5) Boleh buat di rumah atau di mana-mana sahaja

6) Senang dipakai

7) Hasil yang memberansangkan

8) Tidak perlu membeli pencukur lagi

9) Bulu yang dibuang akan lambat tumbuh



Anda boleh tonton video ini untuk lebih memahami cara penggunaan!




Harga

100ml - RM20.50


Dapatkan segera produk ini Veet Hair Removal Cream segera di pasaran atau kedai-kedai berdekatan. Ataupun boleh secara atas talian di Lazada, 11Street atau pun Lelong MY.

Laman web : http://www.veet.com.my/

Instagram : @veetmalaysia

Facebook : Veet Malaysia

Selamat Mencuba!



You Might Also Like

12 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident activewear Airport Althea Althea Korea Aperio Natural Award and Tag Baju Kurung Moden Basikal BBQ beautifulwithtropika Beauty Beauty Blogger Beauty Product Blog Review Blogger Contest blogreview Buddies Forever Cafe Cathay Pacific Cenderahati China Coffee Srub Contest Cream Crew Dessert Dictionary Dinner Dragonair Eating For Life Emergency Triangle Event Flamingo by The Beach Flamingo Cafe Flight Food Food Review Food Reviw Footlink Footlink Penang Ghost Musuem Great Wishes Hair Product Halal Food Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Buffet Himalaya Himalaya Malaysia Hong Kong Hotel hotpants Ice Cafe Iitalian food Indonesia Ipoh Ipoh Bali Hotel italian food Johor Jom Makan jonlivia Kamus Kebaya Moden Kedai Pajak KL Cafe Klang Parade Korean Product Krim Kuala Kangsar Kuala Lumpur La Herballe Medi & Spa Lady's Socks Laksa Kuala Lanafira Lazada Lazada Malaysia Lovely Pink lovetropika Macau Makan Malam Makeup Malaysia Marios Italian Restaurant Medan Medispa Miscellaneous Moisturising Cream Movie Addicter Museum Nasi Lemak naturalskincare Nyonya Nyonya Cuisine Only In Penang Pakaian Wanita Penang Penang Cafe Penang Food Penang Halal Food Penang Hotel Penang Museum Penang My Hometown Penang Places Penang Restaurant Penang Spa Peplum Perak Personal Life Postcard Potato Potato USA Printcious Product Product Review productreview Produk Produk Kecantikan Produk Kesihatan Projek Nasi Lemak Projek Nasi Lemak Box Promotion Ramadan Ramadan Buffet Review Seamless Socks Selangor Shah Alam Shenzen ShopBack ShopBackMalaysia Short Trip shurahmalaysia shurahmy. shurahariana shurahpencerah Simply Delicious Souvenir sport Steamboat Stokin styleperformanceandyou Stylo Shot from My Closet Suplemen syampu Terangganu Thailand Trang Traveloka TV Show Vacation Trip viva la pasta wanitaberhijab WD-40 Wordless Wednesday Zuhai