Restoran Masakan Nyonya yang Halal di Kota Dine & Coffee, When Francis meet rempah

7:03:00 PM

Salam dan Hai semua,


Anda teringin merasai masakan Nyonya? Tetapi mencari restoran yang halal?

Jangan khuatir warga Pulau Pinang. Jom ubah selera anda dan merasai sendiri makanan masakan Nyonya di Kota Dine & Coffee, When Francis Meet Rempah di Fort Cornwallis, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Asal usul Masakan Nyonya?

Masakan Nyonya ialah masakan dari Orang Peranakkan yang merupakan keturunan migran asal Tiongkok yang awal menetap di Pulau Pinang, Melaka, Indonesia dan Singapura, dan berkahwin dengan masyarakat Melayu. Dalam bahasa melayu kuno menyebut nonya (juga dieja nyonya), istilah penghormatan dan kasih sayang bagi perempuan dari status sosial yang menonjol telah menjadi rujukan masakan dari Peranakan.


Patung Peringatan Kapten Francis Light


Kapten Francis Light (1740-1794) adalah pengasas petempatan British di Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga pengasas bandar George Town, Pulau Pinang pada tahun 1786. Francis Light diangkat sebagai pengasas Pulau Pinang. Oleh itu, pihak British mendirikan satu patung peringatan Francis Light yang kini terdapat di Muzium Pulau Pinang. Di dalam restoran ini, juga terdapat patung peringatan Francis Light mengikut konsep Fort Cornwallis itu sendiri. Anda juga boleh bergambar kenangan bersama patung ini.


Dekorasi







Lokasinya betul-betul berada di dalam kawasan Fort Cornwallis. Sebelum singgah ke Kota Dine & Coffee, When Francis Meet Rempah, anda boleh melawat dan mempelajari sejarah Francis Light & Fort Cornwallis terlebih dahulu. Selepas kepenatan, anda boleh boleh menikmati hidangan di sini. Anda hanya perlu meletakkan kereta anda di kawasan parkir berdekatan sahaja. 

Anda boleh memilih untuk duduk di ruang dalam atau luar restoran. Rekabentuk restoran kedai dari tingkap kaca sangat menarik. Anda boleh menikmati pemandangan luar dari dalam restoran. Restoran ini sangat cantik, menarik dengan gaya tersendiri dan konsepnya menepati dengan tempat tinggalan sejarah Fort Cornwallis ini.










Dekorasi, penataan cahaya, susunan dan pengayaan perabot di ruang dalaman juga cantik dan juga bersesuaian dengan padanan warna coklat dan berlatarbelakangkan dinding putih. Kota Dine & Coffee, When Francis Meet Rempah dapat memuatkan 60 hingga 80 orang dalam satu masa.

Di sini anda juga boleh menempah ruang luar dan dalaman ini untuk mengadakan apa-apa acara (event) seperti ulangtahun hari jadi, ulangtahun perkahwinan, majlis perkahwinan, makan malam tahunan syarikat, makan malam bersama jabatan dan lain-lain lagi. Pelanggan boleh memilih hidangan secara bufet ataupun course by course style


VIP Room

Anda juga boleh menempah VIP Room jika memerlukan suasana tenang dan privasi.


Waktu Operasi


Kota Dine & Coffee, When Francis meet rempah beroperasi SETIAP HARI bermula seawal 10.30 pagi hingga 10.30 malam.


Berapa bayaran masuk ke Fort Cornwallis (Harga 2017):

Non Mykad/Non Malaysian
Dewasa: RM20.00
Kanak-kanak: RM10.00

Mykad/Malaysia
Dewasa: RM10.00
Kanak-kanak: RM5.00

Pelanggan perlu membayar untuk memasuki Fort Cornwallis tetapi mereka akan mendapat rebat apabila mereka menikmati hidangan di sini dengan kadar minimum RM20 di Kota Dine & Coffee, When Francis Meet Rempah.


Minuman 


Kota Dine & Coffee, When Francis Meet Rempah menyediakan pelbagai jenis minuman untuk para pelanggan. Antara pilihan yang ada ialah Kota Flavour, Ice Blended, Refreshing Fruit Tea, Fruit Juice, Coffea & Tea dan juga Water (air mineral/minuman)


Kota Flavour

Kota Flavour merupakan menu air yang terbaru di sini. Terdapat 3 jenis pilihan untuk minuman ini.


Signature @ RM16
Menggabungkan serai, limau kasturi, pudina, cili, halia, bunga kantan dan air sprite.


Sunrise @ RM16
Menggabungkan buah delima, oren, limau kasturi, pudina, mangga dan air sprite.



Sunset @ RM16
Menggabungkan laici, tembikai, pudina, limau kasturi dan air sprite.

Ice Blended

Ice Blended merupakan menu air yang terbaru di sini. Terdapat 4 jenis pilihan untuk minuman ini.

Honey dew @ RM16
Menggabungkan sago, tembikai susu dan krim.

Cendol @ RM16
Menggabungkan gula melaka, santan, cendol, kacang merah (red bean ) dan screw pine juice.

Sunset @ RM16
Menggabungkan laici, tembikai, pudina, limau kasturi dan air sprite.


Ang Da Kar @ RM16
Menggabungkan kacang merah (red bean) dan santan.


Seterusnya pula ke hidangan makanan masakan Nyonya.


Kota Dine & Coffee, When Francis Meet Rempah mempunyai keunikan makanan dan masakan yang tersendiri, lain dari restoran lain di Pulau Pinang. Menu makanan di sini terbahagi kepada pembuka selera (appetizer) atau hidangan utama (Main Course). Kepelbagaian pilihan di sini memudahkan pelanggan untuk memilih sama ada makanan berunsurkan nasi, roti, mee, masakan barat, berkuah dan lain-lain lagi.


Pembuka Selera (Appetizer)

Jumbo Platter @ RM38
Dihidangkan beberapa jenis pilihan seperti pie tee, ayam masak kunyit. chinese bun, dumpling yam, samosa, tandoori & kerabu mangga,

Hidangan ini sesuai untuk pelanggan yang datang bersama keluarga. Di mana setiap orang dapat merasai serba sedikit hidangan ini. Satu set hidangan ini mempunyai pelbagai jenis makanan. 

Menu hidangan pembuka selera (appetizer) yang lain :

Samosa @ RM15
Deep Fried Yam Dumpling @ RM15
Stir Fried Sweet Turnip with Shredded Cuttlefish @ RM22
Mango Kerabu @ RM22


 Hidangan Utama (Main Course). 

Nyonya @ RM25
Mengandungi ayam rendang, bunga butterfly pea, nasi bersantan, achar dan otak-otak.

Merupakan 'signature' di restoran ini, Nasi Nyonya Biru.

Kari @ RM25
Mengandungi ayam, rempah ratus, santan, ubi kentang dan puff pastry.

Hokkien @ RM25
 Mengandungi udang biru, bawang merah, cili, bisque dan sambal udang,


Satay @ RM25
Mengandungi rempah ratus, kacang, gula perang, serai, halia, nasi, kunyit dan ayam

Kota Asam Pedas @ RM32
Mengandungi udang, salmon, cili, lengkuas dan bunga kantan.

Crab Patty Burger

Menu hidangan utama (main course) yang lain :

Laksa @ RM25
Tandoori @ RM28
Kota Cannonball @ RM25
Sesame Noodle @ RM25
Kids Meal- Chicken Patty with Spaghetti @ RM25


Pencuci Mulut (Dessert)



 Makan akan rasa tak lengkap tanpa hidangan pencuci mulut (dessert). Kota Dine & Coffee, When Francis Meet Rempah ada hidangan pencuci mulut yang merupakan 'signature' restoran ini dan rasanya yang sangat sedap.


 Creme Brulee @ RM19
Terdapat 3 perisa iaitu : Original, Pandan & Gula Melaka

Parfait @ RM19
Terdapat 3 perisa iaitu : Nangka, Pandan & Black Sesame

Nasi Lemak Cake @ RM19
Mengandungi kepala, ikan bilis, kacang dan timun.


Teh Tarik Cake @ RM19

Menu pencuci mulut (dessert) yang lain :

Glutinous Rice Ball @ RM15


Pengesahan Sijil Halal

Bagi pelanggan yang beragama Islam di luar sana, jangan risau ataupun was-was dengan status halal di sini. Restoran ini telah diperakuan Halal dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Sijil Perakuan Halal untuk Kota Dine & Coffee, When Francis Meet Rempah dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang



Logo halal dan Sijil Perakuan Halal juga ditampal di ruang dalam restoran ini.


Makanan di restoran ini sangat unik, menarik dan sedap untuk dicuba. Harganya berbaloi dan berpatutan bersesuai dengan makanan. Tak salah sekali sekala bawa keluarga anda makan malam di sini. Mengeratkan lagi silaturahim anda bersama keluarga. Jangan lupa bergambar.


Selamat mencuba!


Kota Dine & Coffee, When Francis Meet Rempah.


Alamat :
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Waktu Operasi :
Setiap hari,
10.30 pagi hingga 10.30 malam

Boleh kunjungi laman sosial :





You Might Also Like

5 inspiration

  1. Nice content... Thumbs up. Cute writer

    ReplyDelete
  2. Menarik la smeuanya...boleh masukkan dalam wishlist andai berkunjung ke Penang nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sebab boleh melwat fort cornwallis. 2 in 1.

      Delete
  3. Bgs.sgt tpt.ni.. mcm2.ade

    Shidotdotcom.blogspot.com

    ReplyDelete

APDM SAPS

Search This Blog

Google+ Followers