Ubah Persepsi dan Mentaliti Anda mengenai Kedai Pajak

October 10, 2017

Salam dan Hai semua.

Kalau sebut sahaja kedai Pajak, otak dan minda kita dah terus akan terfikir mestilah golongan yang datang ke sana tidak mempunyai duit atau terdesak perlukan wang atau pun 'pokai'. Sebab mentaliti kita sering dipengaruhi dengan tanggapan negatif mengenai Kedai Pajak melalui percakapan orang lain ataupun tayangan drama di televisyen.



Harini Lia nak buka mata semua orang dan ubah persepsi, mentaliti dan pemikiran anda semua mengenai kedai Pajak Gadai. Lia akan membawa anda ke salah sebuah kedai Pajak di Pulau Pinang iaitu Kedai Pajak Chan Ann.



Seminggu lepas, Lia ada melawat salah satu cawangan Kedai Pajak Chan Ann di Pesiaran Karpal Singh. Ini juga merupakan kali pertama Lia menjejakkan kaki ke Kedai Pajak Gadai dan melihatnya sendiri barangan apa yang ada di dalamnya. 



Beginilah suasana kedai Pajak Chan Ann di mana kedudukan dan susun atur perabot kaunter dan kerusi yang tinggi di mana anda perlu berurusan dengan kakitangan di sini melalui kaunter.


Dalam pemikiran Lia kedai Pajak Gadai hanya menjual barangan emas sahaja seperti rantai, cincin, gelang, subang dan anting-anting. Tetapi rupanya tanggapan itu salah. Tak sangka rupanya kedai Pajak Chan Ann ini terdapat pelbagai barangan seperti jam tangan berjenama, barangan berharga seperti kamera dslr, kamera biasa, lens kamera dslr, telefon bimbit (handphone) dan juga komputer riba.

Ada juga barangan yang tidak dipaparkan di sini seperti televisyen LCD ataupun LED. Anda boleh bertanya di kakitangan di sini barangan lain lagi yang dijual di sini.

Anda mesti terkejut bukan? 

Di kedai Pajak Chan Aan juga anda boleh membeli belah (shopping). Ya anda boleh membeli barangan berjenama yang dijual di sini dengan harga yang murah dari pasaran. Anda juga boleh menjual barangan anda jika anda ingin menaik taraf (upgrade) barangan anda kepada barangan yang baru (latest)


Di sini juga menyediakan perkhidmatan jika anda terlalu sibuk dan tidak sempat untuk datang ke kedai Pajak Chan Ann, anda boleh menghubungi kedai Pajak di mana mereka boleh menghantar barangan yang anda beli terus ke rumah dan mengambil barangan anda dari rumah untuk dijual di sini.


Untuk makluman semua, Kedai Pajak Chan Ann berpengalaman selaman 12 tahun dan bukan sahaja mempunyai cawangan di Pesiaran Karpal Singh. Tetapi mempunyai 9 cawangan lain di Pulau Pinang.




Antara cawangan Kedai Pajak Gadai ialah :

1) Komtar 
2) Dato Keramat
3) Sungai Pinang
4) Sungai Dua
5) Bukit Gedung
6) Farlim
7) Paya Terubong
8) Relau
9) Tanjung Tokong

Anda boleh rujuk poster yang memaparkan nombor telefon dan peta setiap cawangan jika anda ingin berkunjung ke sana. 


Berikut merupakan beberapa gambar hadapan kedai cawangan Kedai Pajak Chan Ann







Boleh lihat video ini lebih memahami dengan lebih lanjut mengenai Kedai Pajak Chan Ann :


Untuk SPECIAL Rate,

Jangan lupa untuk kunjungi dan LIKE :


dan SHARE di facebook anda.

Pergi ke cawangan kedai Pajak Chan Ann dan tunjukkan kepada kakitangan di sana.



You Might Also Like

2 inspiration

  1. Baru tau kedai pajak ada jual barang2 yg kita boleh beli.. Thanks for sharing lia!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community