Cantik Berseri Tanpa Makeup dengan Titisan Serum Beauty in the Drops dari 9 herbs

November 29, 2017


Salam & Hai semua,



Salah satu produk kecantikan dan perawatan kulit ialah serum. Masih ramai lagi wanita di luar sana belum tahu dengan lebih lanjut apa itu serum, bagaimana menggunakan dan juga kepentingannya pada kulit.

Apa itu Serum?

Serum adalah produk berupa gel atau cairan berbasis air yang terasa ringan pada kulit. Serum berbeza dari pelembab tidak hanya dalam konsistens pada kulit tetapi juga dari bahan yang dikandungnya. Sebagai contoh, pelembab lazim memiliki bahan eklusif di dalamnya sehingga air tidak akan meresap dari kulit, sedangkan serum tidak memiliki bahan seperti itu. Serum memiliki konsentrasi tinggi bahan aktif. Kerana formulanya ini, serum umumnya menembus dan diserap kulit lebih baik dari pelembab. Serum dapat digunakan untuk mengatasi masalah kulit tertentu seperti bintik hitam, garis-garis halus, atau kulit kering.


Di sini, Lia nak mengesyorkan satu produk dari bahan semulajadi itu Beauty in the Drops.

Pembungkusan Produk 

Dibahagian luar produk, balutan rapi dengan lapisan 'burble wrap' dan dikemas kini dengan pita lekat. Lia  memang akan lihat cara pembungkusan produk untuk memastikan produk yang dihantar akan berada dalam keadaan selamat, elok dan tidak rosak diterima pelanggan.  


Kedudukan botol Beauty in the Drops pula diletakkan di tengah-tengah selepas bukaan kotak. Lia sangat berpuas hati dengan cara pembungkusan produk Beauty in the Drops ini.

Kotak pembungkusan 


Beauty in the Drops ini didatangkan khas di dalam kotak berwarna putih dan berlabel dengan kemas dan rapi. Kotak ini dilabel nama produk, keterangan, cara penggunaan, kandungan, bahan dan ramuan, dan alamat dikilangkan.


Apakah Beauty in the Drops?

Rumusan inovatif ini bertindak sebagai penyelesaian dua tujuan - 
1) sebagai primer sebelum menggunakan solek
2) membantu melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas.

Serum peningkatan kulit ini mengandungi minyak Argan dan minyak Jojoba, yang kaya dengan antioksidan, dan membantu mengawal minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Ia juga disuntik dengan Vitamin E untuk faedah berkhasiat dan anti-penuaan. Ia mempunyai wangian yang menyegarkan dari minyak aromaterapi.

Pakai sahaja atau sebagai asas untuk yayasan anda, krim BB, atau sebarang solekan muka.
Primer berasaskan serum ini melembapkan kulit walaupun ia keluar. Hasilnya lebih berseri dan sentuhan lembut lembut dengan permukaan licin yang membolehkan solek digunakan dengan lancar dan tetap sempurna sepanjang hari. Ia juga memanjakan dan menyediakan kulit untuk kelihatan "tiada solek" yang sempurna!


 Beauty in the Drops ialah salah satu produk keluaran 9herbs.

9herbs menawarkan produk Kesihatan & Kecantikan dalam bentuk yang mudah digunakan.

9herbs tidak berkompromi dengan kualiti, namun produk kami adalah 100% semulajadi.

CANTIK BERSERI SEKELIP MATA... TANPA MEKAP



Produk ini datang dalam bentuk botol berpenutup berwarna perak dan badannya berwarna pink ungu. 



 Di botol juga dilabel sekali lagi nama produk, keterangan dan kandungan produk/


Kandungan produk ini ialah 30ml dan merupakan produk buatan Malaysia. Saiz botol juga serta mudah dipegang dan senang dibawa ke sana sini.

Di bawah kotak produk terdapat tarikh luput. Setiap sudut botol ini dibuat dengan kemas dan teliti. Memang memenuhi kehendak pelanggan.

Produk ini dikilangkan di 9 Herbs Bioceauticals Resources, 1-39, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Bandar Prima, 55100 Kuala Lumpur.


Cara Aplikasi?



1. Goncang sebelum digunakan.
2. Picit hujung getah penitis, kemudian lepaskannya.
3. Longgarkan penitis dari bekas kaca.
4. Perlahan-lahan picit hujung getah untuk titisan kandungan ke sekitar muka. Titisakan ke dagu, pipi, hidung dan dahi. Kemudian ratakan ke seluruh wajah.
5. Mulakan solekan seperti biasa.
6. Untuk hasil yang lebih baik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan akhir.


Bahan-bahan/Ramuan



Cyclopentasiloxane (and) Dimethicone Crosspolymer, Dimethicone, Ethylhexyl methoxycinnamate, Argania Spinsosa (Argan) Oil, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Phenoxyethanol, Tocopheryl acetate, Silver, Mentha Piperita (Peppermint) Oil, Chlorphenesin, Hexanediol, Fragrance


Apakah kelebihan Beauty in the Drops?



  • Menjimatkan masa
  • Mencantikkan dan merawat wajah
  • Mengandungi 100% Bahan Semulajadi
  • Bersih dan rawat kulit dari dalam
  • Kulit lebih cerah dan glowing tanpa makeup
  • Tiada bahan kimie merbahaya
  • Tiada kesan Sampingan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Kaya dengan antioksida




Harga Produk :

RM109.00 

Anda juga boleh membeli di atas talian di laman web ini : http://www.9herbs.com/beauty-in-the-drops/56079


Untuk maklumat lanjut mengenai produk 9herbs, anda boleh layari:



Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community