Beli Produk Sejuk Beku Pacific West dan Menangi Percutian Menarik ke Perth dan Bali

December 19, 2017

Salam dan Hai semua,

Siapa yang suka bercuti? Lia tahu ramai di luar sana yang mempunyai hobi yang sama dengan Lia iaitu bercuti ke luar negara. Di sini Lia nak kongsi tips mudah untuk bercuti dan memperkenalkan produk sejuk beku.

Korang pernah dengar tak produk makanan sejuk beku Pacific West di pasaran. Jenama Pacific West ini merupakan produk yang terkenal di pasaran dan menyediakan makanan yang berkualiti. Ia juga merupakan salah satu produk kegemaran Lia setiap kali membeli belah di pasaraya. Produk jenama ini juga wajib berada di dalam peti ais dan setiap kali lapar memang dapat memenuhi selera.


Sejarah Pacific West

Sejak penubuhannya di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah berkembang untuk menjadi jenama makanan laut yang popular. Produk ini dinikmati di seluruh dunia hari ini, dan sehingga hari ini rangkaian produk Pacific West telah menjadi pilihan keluarga. Produk ini telah menganjurkan acara antarabangsa utama seperti Sukan Olimpik Sydney, Pertandingan Tenis Wimbledon, Kelab Bola Sepak Manchester United, dan World Rugby di antara yang lain. Produk Pacific West boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia dan paling terkini; di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).

 "The taste of the world loves" itulah slogan Pacific West! " 

Produk baru keluaran Pacific West iaitu Cheezy Fish Fillets 

17 November lalu, Pacific West telah melancarkan formula Cheezy Fish Fillets yang baru diperbaharui. Keju adalah salah satu makanan yang paling disukai dan dimakan di seluruh dunia dimana ianya lazat, berkhasiat dan pelbagai. Bukan hanya kanak-kanak yang meminati keju tetapi orang dewasa turut sama.


 Isi ikan fillet berwarna putih semulajadi dihiasi dengan campuran premium Mozarella dan keju Nacho dan disalut dengan serbuk roti Jepun memberikan aroma dan rasa yang unik kepada pengguna. Pacific West Cheezy Fish Fillets boleh dihidangkan sebagai makanan ringan yang menyeronokkan sepanjang masa bersama keluarga.

Beli salah satu produk Pacific West dan anda boleh memenangi percutian ke luar negara

Bersempena dengan pelancaran produk baru Cheezy Fish FilletsPacific West bekerjasama dengan Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Pejabat Pulau Pinang) untuk membawa anda menyertai pertandingan 'Win Your Dream Holiday' dari 15 November 2017 hingga 15 Januari 2018.

Anda hanya perlu membeli sekurang-kurangnya satu produk keluaran Pacific West dan boleh memenangi percutian ke : 

 - Perth, Australia Barat selama 4 hari 3 malam untuk Tempat Pertama
- Bali, Indonesia selama 3 hari 2 malam untuk Tempat Kedua

Pacific West terdapat beberapa produk makanan sejuk beku yang lain untuk dinikmati. Pacific West menyediakan ramuan makanan laut terutamya ikan, sotong dan udang. Antara produknya ialah:

1. Tempura Fish Fillet
2. Cheesy Fish Fillet (Produk baru)
3. Oven Bake Fish Fillet
4. Calamari Rings 


Antara produk-produk makanan sejuk beku Pacific West yang lain :

  • Tempura Black Pepper Fish Fillet
  • Tempura Black Fish Cocktail
  • Lemon Dill Fish Fillet
  • Chunky Fish Fillet
  • Cod Fish Fillet
  • Fish & Chips
  • Fish Sandwich
  • Dusted Baby Squid
  • Tempura Natural Calamari Rings
  • Salt & Pepper Squid
  • Tempura Prawn
  • Tempura Seafood Combo


Pembungkusan Produk Pacific West 

Pembungkusan produk makanan sejuk beku ini diletakkan didalam kotak, dibalut dengan plastik luaran, teliti dan cermat. Setiap produk dilabelkan dengan kod warna yang berlainan.

Ikan - Pembungkusan berwarna BIRU
Sotong - Pembungkusan berwarna HIJAU
Udang - Pembungkusan berwarna OREN
Combo - Pembungkusan berwarna MERAH


Resepi berasaskan produk Pacific West

Disini juga Lia nak berkongsikan beberapa resepi homemade atau buatan sendiri berasaskan produk keluaran baru Pacific West iaitu Cheezy Fish Fillets.


Resepi : Cheezy Fish Fillets Spageti Aglio Olio

Lia sangat suka masakan Itali iaitu spageti. Untuk menu ini, Lia akan menggunakan spageti di masakan bersama Cheezy Fish Fillets. Jom cuba resepi mudah ini di rumah.


Bahan-bahan:

500 gram spageti
1/4 cawan minyak zaitun
5 ulas bawang putih - dihiris nipis atau ditumbuk 
Kiub ayam
Serbuk Parsley
Serbuk Cili (Chili Flakes)
Serbuk lada hitam 
Garam secukup rasa

Cheezy Fish Fillets (digoreng terlebih dahulu)

Sedikit sayur-sayuran (tomato, lobak merah dan brokoli) mengikut citarasa masing-masing

Cara Penyediaan:

1. Rebus spageti hingga lembut dan toskan.


2. Dalam kuali lain, goreng Cheezy Fish Fillets sehingga masak dan kekuningan kemudian toskan.


3. Tumbuk bawang putih hingga separuh hancur. Bawang putih juga menaikkan bau dan menyelerakan lagi hidangan spageti ini.


4. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali tumiskan bawang putih dengan api perlahan hingga kekuningan.

5. Kemudian masukkan Cheezy Fish Fillets yang dipotong kecil.

6. Masukkan kiub ayam, serbuk parsley, serbuk cili (Chili Flakes), dan serbuk lada hitam ke dalam kuali.

6. Masukkan spageti yang telah direbus dan sayur-sayuran (tomato, lobak merah dan brokoli) ke dalam kuali.

7. Gaul dan kacau sehingga sekata. Masukkan sedikit garam secukup rasa.

8. Akhir sekali bila sudah masak, matikan api dan hidangkan spageti di dalam pinggan.
Resepi Cheezy Fish Fillets Spageti Aglio Olio sedia untuk dimakan.

P/S : Cara masakan agak Lia agak berbeza dengan orang lain. Mungkin anda di luar sana boleh memasak mengikut citarasa masing-masing. Di sini Lia hanya berkongsi resepi buatan sendiri dan keselesaan memasak dengan cara tersendiri.

Mudah bukan resepi ini dan hanya beberapa minit anda boleh nikmati hidangan selazat ini.


Cheezy Fish Fillets juga boleh dimakan bersahaja dan hanya digoreng secara deep fry. Anda boleh hidangkan bersama kentang goreng, sayuran yang digemari dan sos sebagai penambah rasa.



Calamari Rings juga boleh dimakan bersahaja dan menggunakan konsep goreng deep fry.

Jom dapatkan segera produk keluaran Pacific West di pasaran. Jangan lupa untuk mencuba produk baru iaitu Cheezy Fish Fillets. Dengan pembelian walaupun satu sahaja produk Pacific West, anda berpeluang memenangi percutian ke luar negara iaitu Perth, Australia dan Bali, Indonesia. Contest 'Win Your Dream Holiday' ini bermula dari 15 Disember 2017 hingga 15 Januari 2018 dan terbuka untuk 18 tahun ke atas. Sertai sekarang!


Pacific West

Untuk maklumat lanjut, bolah layari:

Laman web rasmi :

halaman Facebook 

#PacificWestMy #PWDreamHoliday


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community