Kehidupan seorang Lia Hasty sepanjang tahun 2017

6:14:00 PM

Salam dan Hai semua.

Cepat betul masa berjalan kan. Tahun 2017 dah nak melabuhkan tirai. Sekarang 2018 menjelma beberapa hari lagi. Rasa berat hati nak tinggalkan 2017 tetapi mana tahu tahun 2018 yang akan datang lebih baik.



Goodbye 2017
Hello 2018

Harini 31 Disember 2017, entry hari terakhit nak recap balik perjalanan hidup Lia sepanjang 2017 nak kongsikan bersama pembaca blog Lia yang lain.

JANUARI 2017


Lia tinggalkan kerjaya sebagai Quantity Surveyor (QS) sementara waktu dan berjinak dengan kerjaya baru sebagai Event Coordinator. Satu bidang baru yang tak pernah terfikir dalam life akan quit QS sebab ada masalah tekanan kerja yang tak dapat dielakkan. Event yang Lia handle ialah event basikal. 🚲🚲🚲

Tak pernah juga seumur hidup terfikir akan tinggalkan my hometown Pulau Pinang dan bertukar kerjaya sebagai Event Coordinator di Ipoh selama beberapa bulan. Sepanjang bekerja dalam bidang ini juga, kerap ulang alik dari Ipoh ke KL. 👧


Lia memulakan bulan Januari 2017 dengan melancong ke negara Jiran, Hatyai, Thailand. 💕


Meneruskan projek travel dan vacation ke Trang, Thailand. Tempat yang jarang dengar tetapi mempunyai laut dan pantai yang menarik.

FEBRUARI 2017


Kerjaya Event Coordinator ni jugaklah Lia asyik tercampak dan terperap dalam hutan. Mula mengenali hutan dan membiasakan diri dalam hutan. Kulit yang dari mula agak cerah, sunburn teruk dan agak sedikit tan. Huwa 😓😓😓

MAC 2017

Dengan terlibatnya diri dengan event basikal, secara automatiknya diri menjadi seorang yang suka cycling dan minat dengan basikal. 🚴🚴🚴 Tiba-tiba minat join event basikal yang lain. Salah satu yang event yang join ialah Konvoi Berbasikal Wanita 2017 di Putrajaya. Kulit bertambah sunburn dan tona kulit bertambah sedikit tan.


Dengan join event basikal ni juga dapat jumpa macam-macam kerenah orang dan yang paling best dapat jumpa YB Khairy Jamaludin. Orangnya peramah, baik, minat berbasikal dan handsome gila! 👍👍👍

APRIL 2017

Setelah lama promosi event sana sini, berulang alik Penang, Ipoh, KL dan Seremban, bulan April yang dinanti sebab acara kemuncak event berjalan. Dua event berjalan dalam satu bulan tetapi minggu yang berlainan.

Event Pertama yang berjalan ialah GFNY Malaysia. Merupakan salah satu event basikal dunia dan warna tema ialah Hijau.


Event kedua pula ialah Ipoh Cycle Fest yang melibatkan 10 kategori basikal. Antaranya Mountain Bike (MTB), Roadbike, Fixie, Pushbike, BMX dan lain lain. Sejak join event ni lah belajar jenis basikal, format race, kategori basikal mengikut jenis umur. Dari jauh tengok basikal pun dah jenis apa. Berlagak kejap.😏

Anyway dari dulu berkecimpung dalam event sebagai part time dan kontrak sebagai full time event beberapa bulan, selalu kena buat Secretariat. Anyway rasanya ramai dah tahu apa itu secretariat bukan. Merupakan jantung utama event, tempat orang register, tempat orang bertanya, tempat orang marah, tempat orang merujuk, dan macam-macam lagi. Mental kena kuat nak hadap. Hahah 💪💪💪 Thanks a lot juga dengan kawan-kawan yang macam family dari sejak mula event sampai sekarang.👭👭👭 Kita berjaya handle secretariat dengan berjaya nya dalam suka duka walaupun terpaksa tepis segala cacian dan makian. Epik sangat!

MAY 2017


Kontrak bekerja sebagai Event Coordinator sudah tamat dan pulang ke tanah air Pulau Pinang. Tiba-tiba dapat peluang kerja balik kerjaya sebagai seorang Quantity Surveyor. 😪

Tak pernah tau terfikir dalam hidup yang akan berhenti dan bekerja bidang lain. Kemudian balik dan dapat tawaran bekerja sebagai QS balik. Perancangan Allah yang kita sendiri tak terfikir. Dulu giveup dengan QS rasa macam dan tak berminat dah.


Happy sangat bila balik my hometown, dapat tawaran untuk blog review di tempat sendiri. Sekarang Pulau Pinang dan macam KL dah mula menerima blogger untuk mempromosikan tempat mereka. Dalam masa yang sama, dapat kawan blogger baru. Yeay!

JUN 2017



Bulan Jun juga sangat bermakna sebab my birthday. Rasanya dah 3 tahun berturut-turut my birthday jatuh pada bulan puasa. 🎂🎂🎂


Best juga bila Hari Raya Aidilfitri jatuh pada bulan kelahiran juga!

JULAI 2017


Happy dengan perkahwinan one of my BFF getting married. Sedih sebab I lost my BFF. No dia bahagia dengan pilihan hidup dia! I'm happy 😊

Terus melangkah teruskan projek travel ke Koh Lipe, Thailand.


Kerjaya sebagai seorang QS diteruskan juga seperti biasa.

OGOS 2017


Rindu sangat nak cycling. Sebab rasa dah lama tinggal & nak sihat. 🚲🚲🚲

Blog review untuk event 'Grand Opening La Herballe Medi & Spa'.


Lia dapat review box dari Althea. Memang dah lama idamkan kotak cantik dan korean beauty product dari Althea ni,

Lia dapat review salah satu mekanik di Pulau Pinang, Chan Brother. First time juga klien minta suruh berlakon adegan kereta rosak untuk mempromosi mekanik. Kekok dan nervous tak tahu nak cakap macam mana. 😖😖😖

Blog review salah satu event Healthy Delicious Dishes with US Potatoes di St. Giles Wembley Hotel.


Food review di salah sebuah kafe Kota Dine & Coffee @ Fort Cornwallis.


Merdeka Day!🚩🚩🚩

SEPTEMBER 2017

Product review Veet Removal Cream dari Nicole Yie.

Blog review untuk Printcious.

OKTOBER 2017

Food review di Flamingo HotelTanjung Bungah.

 Food review di Projek Nasi Lemak BoxPadang Kota Lama.

Food review di salah sebuah restoran Itali, Viva La PastaGeorgetown.


Review untuk salah sebuah muzium dan cafe, Phantamania & Ice Cafe.


Blog review untuk muzium iaitu Ghost Museum.

Product Review untuk salah satu produk kecantikan, Tropika.

NOVEMBER 2017

Kenangan pahit buat semua rakyat Pulau Pinang, hujan lebab nonstop dan banjir di sekitar Pulau Pinang. Nasib baik rumah tak kena. Tapi office kena teruk jugak tinggi hampir 2 - 3 kaki. Hampir 2 minggu juga sakit pinggang mengemas office. 😔😔😔

Review untuk salah satu produk Jonlivia Active Hotpants S5+

Review untuk Jonlivia Woman Long Sleeve ActivTee Plus.

 Berkesempatan tengok Konsert Kpop Music Wave di SPICE. Antara barisan artis B.A.P, T-Ara, Haha, Kim Jong Kok dan Rain.

DISEMBER 2017


Sebab dah lama tinggalkan event, dah mula rasa rindu dengan event. Kali ni join event 'Carnival Sendayan 2017' di XPark, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Review dari Frozen Food terbaik dari Pacific West.

Lagi sekali dapat review dari 'Special Christmas Box & Card' dari Althea Korea.



Kenangan yang paling indah sebagai blogger bila dapat tawaran untuk menyertai event 'Escape with Traveloka x The Butterfly Project, di KL Journal Hotel. Dapat mengenai 40 butterflies & blogger hebat, team Traveloka dan team Butterfly. Benda yang paling seronok bila dapat join Florak Watercolour Workshop.

Tahun 2017 ada suka duka, ada baik buruk, ada naik turun, ada kenangan pahit dan manis. Itu lumrah kehidupan. Tiada yang perfect 100%.

Tak semua yang kita nak dapat. Tapi kalau per 10 dalam wishlist, dapat tunaikan 6 mungkin. Apa yang tak dapat tahun ni. Mungkin dapat kecap masa tahun akan datang.

Happy juga kerjaya part time sebagai blogger juga semakin aktif. Blog makin dikenali dan diterima. Klien pun dah mula mempercayai dengan hasil blog Lia. Dah mula mengenai kawan-kawan blogger yang lain. Masih perlukan tunjuk ajar dan masih ingin memperbaiki penulisan dan hasil blog sendiri. Terima kasih semua.

Semoga tahun 2017 memberikan kenangan yang terindah. Dan tahun 2018  dapat memberikan kejayaan dari tahun sebelumnya.

Be strong 💪
Hadapi dengan senyuman 😊

Happy New Year 2018

You Might Also Like

5 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident Activewear AirAsia Airport Althea Althea Korea Aperio Natural Award and Tag Baju Kurung Moden Basikal Bateriku.com BBQ beautifulwithtropika Beauty Beauty Blogger Beauty Product Berrybright Biscuit Blog Review Blogger Contest Blusher Body Scrub Buddies Forever Cafe Cambodia Cathay Pacific Cenderahati China CNY Coffee Srub Collagen Blush Colour Contest Cream Crew Dessert Dictionary Dinner Dragonair Eating For Life Ellvita Emergency Triangle Event Femingra Flamingo by The Beach Flamingo Cafe Flight Food Food Review Food Reviw Footlink Footlink Penang Forest Colour Ghost Musuem Glow Gelenggang Great Wishes Hair Product Halal Food Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Buffet Himalaya Himalaya Malaysia Hong Kong Hotel Hotel Review Hotpants Ice Cafe Iitalian food Indonesia Ipoh Ipoh Bali Hotel italian food Johor Jom Makan Jonlivia K-Pop Kamus Kebaya Moden Kedai Pajak Kek Lok Si Temple KL Cafe Klang Parade Konsert Korean Product Krim Kuala Kangsar Kuala Lumpur La Herballe Medi & Spa Lady's Socks Laksa Kuala Lanafira Lazada Lazada Malaysia Lovely Pink lovetropika Macau Makan Malam Makeup Malaysia Marios Italian Restaurant Medan Medispa Miscellaneous Moisturising Cream Movie Addicter Museum Nasi Lemak naturalskincare Nyonya Nyonya Cuisine Only In Penang Pakaian Wanita Party Penang Penang Cafe Penang Food Penang Halal Food Penang Hotel Penang Museum Penang My Hometown Penang Places Penang Restaurant Penang Spa Peplum Perak Personal Life Phnom Penh Postcard Potato Potato USA Printcious Product Product Review Produk Produk Kecantikan Produk Kesihatan Projek Nasi Lemak Projek Nasi Lemak Box Promotion Ramadan Ramadan Buffet Review Seamless Socks Selangor Serum Shah Alam Shenzen ShopBack ShopBackMalaysia Short Trip shurahmalaysia shurahmy. shurahariana shurahpencerah Siem Reap Simply Delicious Smartphone Souvenir Sport Attire Staycation Steamboat Stokin Stylo Shot from My Closet Suplemen Sushivid Susu Kambing syampu Terangganu Thailand Trang Travel Traveloka TV Show Vacation Trip viva la pasta wanitaberhijab WD-40 Wordless Wednesday Zuhai