Cantik Menawan Bersolek dengan Black Sparkling Box [Holiday Edition] dari Althea Korea

January 29, 2018

Salam dan Hai semua.


Entry kali ini Lia nak berkongsi berita gembira. Lia menerima limited 'Special Christmas Box & Card' dari Althea Korea. Ini merupakan kali kedua Lia menerima Althea Box. Kali pertama Lia review mengenai S.O.S (Soothe Our Skin) BoxBoleh klik entry lepas mengenai Althea di sini.

Apa yang special mengenai Special Christmas Box ?



Special Christmas Card juga disertakan dan tarikh tamat pada 28 February 2018.

Kotak Limited 'Special Christmas Box & Card' adalah khas edisi untuk perayaan krimas sahaja. Kotak juga berwarna biru bersama dekorasi dan tulisan Merry Christmas. Lia sudah mula berminat kumpul kotak keluaran Althea.

Pengenalan ringkas mengenai Althea.

Althea, syarikat berpangkalan di Korea yang mengeksport dan menjual produk kosmetik dan kecantikan ke Asia Tenggara. Althea merupakan salah satu platform di mana anda semua boleh membeli secara online barang-barang kecantikan dari jenama-jenama terkenal di Korea.


Entry kali ini akan review Black Sparkling Box [Holiday Edition] yang Lia terima dari Althea Korea. First of all, I want to thanks to Mamasan Tammy Lim, The Butterfly Project and Althea Korea give me opportunity for review this Black Sparkling Box [Holiday Edition]. Really appreciate this giveaway. 

Pembungkusan produk Althea Korea


Pembungkusan barang dari Althea Korea sangat lah cermat dan teliti. Setiap produk yang diterima akan dibalut dengan bubble wrap supaya produk tidak akan rosak atau bocor. Produk yang dibalut akan dibungkuskan di dalam kotak berwarna pink yang sangat cantik. Penghantaran PERCUMA jika anda membeli barangan melebihi RM99. Tempoh penghantaran mengambil masa lebih kurang 2 minggu dari Korea.

What inside the box?


Black Sparkling Box [Holiday Edition] mempunyai 4 produk iaitu:


1) SON & PARK All That Smoky Kit
2) APRIL SKIN Magic Snow Cushion 2.0
3) MISSHA The Style 4D Mascara
4) RIRE Rire Gel Eyeliner #01 Kill Black


Lia memilih Black Sparkling Box [Holiday Edition] kerana ingin mencuba kelainan iaitu warna hitam yang nampak sangat classy dan style yang tersendiri serta bersesuaian & senang nak padankan dengan warna kulit Lia. Warna ini juga senang untuk digayakan dengan mana-mana pakaian mengikut waktu yang bersesuaian. Lia akan memperkenalkan 4 produk ini satu persatu.

1) SON & PARK All That Smoky Kit


SON & PARK All That Smoky Kit didatangkan dengan 6 warna yang berlainan dan kebanyakkan warna asas dan tanah. Koleksi warna ini datang dalam kemasan matte dan shimmer untuk membuat pelbagai penampilan untuk sebarang acara. Manakala case produk datang dalam warna hitam dilengkapi dengan cermin dan berus sapuan.


Kod warna (Bermula dari kiri)
1 - Clear Stone
2 - Toubu
3 - Brass
4 - Brownie
5 - Iron Lilac
6 - Charcoal

Pembungkusan Produk


SON & PARK All That Smoky Kit didatangankan dengan kotak luarnya berwarna hitam dan juga dilabel di hadapan dan belakang kotak dalam tulisan Korea.

Saiznya yang mudah dipegang dan bekas luar berwarna hitam sangat classy
 Kit mengandungi warna solekan asas dari eyeshadow dan berkilau-kilauan. Teksturnya sangat halus dan senang untuk di pakai.

Cara Penggunaan

Calitkan warna kegemaran anda dan sapukan di kelopak mata anda.

Hasil Penggunaan


Untuk kening - kod warna 4 - Brownie

Untuk bawah kening - kos warna 2 - Toubu

Untuk eye shadow, kod warna 1 - Clear Stone, 3 - Brass, 5 - Iron Lilac & 6 - Charcoal.

Produk ini sangat pelbagai guna kerana boleh juga digunakan sebagai melukis kening, membentuk kening dan juga untuk eyeshadow. Teksturnya juga bertahan agak lama dan tidak mudah pudar.

Laman web: 

#smokymakeup

2) APRIL SKIN Magic Snow Cushion 2.0


APRIL SKIN Magic Snow Cushion 2.0 merupakan produk yang 'Must Have' dalam beg makeup anda. 

APRIL SKIN Magic Snow Cushion 2.0 tampak mewah didatangkan bersama case dan kotak yang berwarna hitam dan sedikit warna Gold. 

Pembungkusan Produk



Kotaknya berwarana hitam dan juga dilabel di sekeliling kotak, bahan-bahan yang dalam tulisan Korea, bersama kod shade dan juga no siri produk.

Saiz produk

Saiznya ringan dan mudah dipegang. Sesuai untuk diletakkan di dalam handbag.
Sekeliling case yang tampak bergaya dan belakang produk dilabelkan dalam tulisan Korea.

Produk ini didatangkan dalam saiz 15gram dan mempunyai SPF 50+. Dengan case berwarna hitam dan tampak mewah, kusyen ini mengandungi serum kelembapan lebih daripada 45% yang memberikan anda kemasan sempurna dan sempurna.

Bahagian dalam produk perlu dikeluarkan stiker terlebih dahulu.

Puff juga datang dalam warna hitam

Dalam poket span khas berbentuk mochi, ia membekalkan jumlah  yang tepat apabila ditekan dengan puff.

Cara Penggunaan
Perlahan-lahan tekan kusyen menggunakan puff  dan ratakan pada kulit.

Hasil Penggunaan

Hasilnya selepas pemakaian APRIL SKIN Magic Snow Cushion 2.0 ialah Medium Coverage dimana menutupi semua bekas jerawat dan kulit kelihatan flawless.

Laman web: 

#mochicushion
#flawlessskin
#perfectcover

3) MISSHA The Style 4D Mascara

Saiznya yang ringan dan mudah dipegang.

Selesaikan solekan mata anda dengan bulu mata yang nampak galak.  Volume dan panjangkan bulu mata anda untuk kemasan yang cantik dan seksi. Sangat sesuai untuk kemasan yang bersih, cantik dan sempurna.

Produk didatangkan berwarna hitam dan dilabel di sekeliling produk.
  • Volume Up dengan lilin berasaskan tumbuhan
  • Ramuan berasaskan tumbuhan lain meminimumkan kerengsaan kulit
  • Salutan yang sangat baik memastikan perlindungan yang lebih besar dari air atau peluh
  • Kering dengan cepat dan tahan lama

Multi cut square brush menghalang tersalah atau terlebih penggunaan mascara

Saiz produk:
7 gram

Cara Penggunaan:
Calitkan berus dengan maskara dan berus ringan bulu mata dari bawah ke atas sebelum bergulir dari dalam.

Hasil Penggunaan:


Bulu mata nampak melentik dan kelihatan ber'volume' dengan sekali pemakaian MISSHA The Style 4D Mascara. Boleh dipakaian bersama eyeliner sahaja ataupun bersama eye shadow selepas selesai bersolek.

Laman web: 
www.missha.net

#lusciousvolume

4) RIRE Rire Gel Eyeliner #01 Kill Black

Solekan tak lengkap tanpa eyeliner bukan. Habiskan solekan anda dengan menggunakan RIRE Rire Gel Eyeliner #01 Kill Black. Produk ini dapat tentukan garisan mata pada kedua-dua garis atas dan bawah. RIRE Rire Gel Eyeliner #01 Kill Black adalah mudah untuk dipakai dan sesuai dengan mata yang cerah dan jelas.

Pembungkusan Produk


Produk RIRE Rire Gel Eyeliner #01 Kill Black ini didatangkan bersama kotak warna hitam.

Di sekeliling kotak dilabelkan dalam bahasa Korea.



Cara Penggunaan
Pejamkan mata, Tarik Kelopak Mata ke Atas, Sapukan ke Satu Arah, dan ulangkan mengikut ketebalan yang diingini.

Hasil Penggunaan


Mata Lia jenis yang kelopak mata kecil dan sepet. Penggunaan RIRE Rire Gel Eyeliner #01 Kill Black  membuat mata Lia nampak segar dan sedikit kelainan. Keistimewaan produk ini juga menarik kerana waterproof dan tak perlu risau jika berpeluh atau terkena air.

Laman Web:

#smudgedeyes
#waterproof
#paintmakeup

My thoughts

Lia sangat suka kesemua 4 produk yang ada dalam Black Sparkling Box [Holiday Edition]. Kombinasi produk ini apabila dipakai sangat padan dan bersesuaian. Mulakan pemakaian dengan APRIL SKIN Magic Snow Cushion 2.0 ditambah dengan seri eyeshadow dari SON & PARK All That Smoky Kit. Solekan dilengkapkan lagi dengan pemakaian eyeliner dan diakhiri dengan pemakaian MISSHA The Style 4D Mascara.

Untuk Final Look, dipadankan bersama blusher dan warna lipstik kegemaran anda.

Black Sparkling Box [Holiday Edition] sangat berbaloi dan berpuashati dengan hasil yang diberikan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan segera produk Black Sparkling Box [Holiday Edition] ini di pasaran! Anda akan perolehi 4 produk ini dengan harga RM 120.00 sahaja. Harga lebih murah jika anda beli produk ini berasingan.

Boleh dapatkan produk ini di : Black Sparkling Box [Holiday Edition] berharga RM 120.00.


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial yang lain:

Laman web : http://my.althea.kr
Facebook : Althea Malaysia
Instagram : @altheakorea 
Youtube : Althea Korea


Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community