Rancang Majlis Raja Sehari Anda Penuh Bermakna bersama PIWE

January 27, 2018

Salam dan Hai semua,

Setiap pasangan yang bakal melansungkan majlis perkahwinan anda pasti inginkan yang terbaik untuk majlis perkahwinan anda. Maklumlah majlis sekali seumur hidup apa salahnya memilih yang terbaik untuk diri sendiri bersama pasangan pilihan hidup.


Di sini Lia nak mengajak semua pasangan pengantin untuk ke PIWE 2018.

Apa itu PIWE?

PIWE 2018 juga dikenali sebagai Penang International Wedding Expo 2018 adalah ekspo perkahwinan pertama yang dilancarkan untuk meningkatkan dan mempromosikan pelancongan perkahwinan di Pulau Pinang, serta produk perkahwinan dan industri pengantin yang berkembang pesat. 

PIWE adalah ekspo perkahwinan skala besar pertama yang diadakan di rantau utara, menawarkan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan unik dari vendor terkenal tempatan dan antarabangsa yang memenuhi tuntutan pengantin wanita dan pengantin lelaki yang akan segera berjumpa.


Apakah yang ditawarkan oleh PIWE?

PIWE 2018 akan mempamerkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, seperti pakaian pengantin dari butik pengantin, perkhidmatan fotografi, perancang perkahwinan (wedding planner), kek perkahwinan, cenderhati perkahwinan, pakej berbulan madu, lokasi perkahwinan juga termasuk hotel dan resort (tempat penginapan, tempat perkahwinan dan dewan) dan banyak kali.

Di dalam laman web PIWE 2018 ada senarai vendor yang terlibat dengan PIWE 2018.


Jangan lupa March 2018!


Untuk bakal pengantin di luar sana, jangan lupa untuk Expo Pengantin Antarabangsa Terbesar di Pulau Pinang untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan lihat sendiri pameran pengantin.

Penang International Wedding Expo 2018 (PIWE 2018)
Tarikh : 16, 17 & 18 MAC 2018
Lokasi : Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sempena PIWE 2018 yang akan datang, PIWE juga telah mengadakan acara PIWE 2018 Bridal Flashmob & Facebook Photo Contest pada 14 Januari 2018 yang lepas untuk mempromosi dan memperkenalkan acara ini secara umum. Model akan memperagakan busana pengantin dari butik-butik yang terlibat dan dibawa perakakan sekitar tempat menarik di Pulau Pinang dengan beca. 



Model-model memperagakan busana pengantin yang terlibat dalam PIWE 2018.

Model dibawa berarak dengan beca.

Model yang memperagakan busana pengantin di bawa berarak dari Peranakan Mansion, Beach Street, Padang Kota Lama, dan Chew Jetty.




Ratusan jurugambar juga dijemput untuk menyertai dan membanjiri acara ini. Di mana mereka hanya boleh menyertai Facebook Contest jika memuat kini gambar mana-mana model busana pengantin pada hari tersebut sahaja. Hadiah lumayan menanti bakal pemenang sekiranya layak ditentukan.


Jangan lupa temujanji kita bersama PIWE pada 16, 17 & 18 MAC 2018 di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang akan datang!


Untuk sebarang pertanyaan mengenai PIWE :

Email : secretariat@piwe.my
Hubungi : +6016-416 0038

Alamat:
Setia SPICE Convention Centre, 108C Jalan Tun Dr Awang, Sungai Nibong Kecil, 11900 Bayan Lepas, Penang

Untuk maklumat lanjut anda boleh ikuti media sosial PIWE :

Website: www.piwe.my
Instagram: @piwe2018 

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community