BerryBright® | Supplemen dan Nutrisi Penjagaan Mata serta Kesihatan Mata Anda

February 24, 2018

BerryBright®  | Supplemen dan Nutrisi Penjagaan Mata serta Kesihatan Mata Anda  | Salam dan Hai semua.

Kita selalu sangat dihidangkan dengan produk kecantikan kulit wajah dan suplemen kesihatan badan sahaja kan. Jarang kita temui produk yang untuk supplemen dan penjagaan mata. 

Mata merupakan organ yang sangat berharga dan tidak bernilai. Kesihatan mata perlulah di ambilkira dan jangan ambil mudah. Kita sering menghabiskan masa berjam-jam di hadapan skrin komputer anda dan juga telefon bibit anda. Pengguna kerap contact lens juga kadang-kadang lupa pemakaian yang lama akan membuatkan mata anda kering. Lingkaran gelap bawah mata akan membuatkan wajah seseorang tidak bermaya.


Oleh itu, kita memerlukan makan nutrisi dan supplemen untuk kesihatan mata juga. Jangan risau di sini Lia akan berkongsi rahsia satu produk yang sangat sesuai untuk penjagaan mata iaitu BerryBright®.

BerryBright®  | Supplemen dan Nutrisi Penjagaan Mata serta Kesihatan Mata Anda

Apakah itu BerryBright®? 

BerryBright® merupakan supplemen mata yang berasaskan makanan utuh, dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata.

BerryBright® boleh diminum oleh semua orang dan semua peringkat. Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas juga boleh minum.

Meningkatkan kesihatan mata dan Penglihatan
Tinggi kandungan Antioksidan
Melindungi Mata dari Sinaran Biru yang Berbahaya
Meningkan Peredaran Darah


Kenapa anda perlu mengamalkan dan minum BerryBright®
  • Setiap sachet memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah blackcurrant!
  • Tinggi kandungan Vitamin C – 500mg per sachet – bersamaan 10 buah oren!
  • Produk selamat tanpa pewarna dan pengawet!
  • Sesuai untuk Vegetarian (pengamal makan sayur-sayuran)
  • Yang paling penting Halal dan selamat digunakan tanpa was-was


BerryBright® sangat disyorkan untuk golongan ini.

1. Pengguna contact lens.
Pemakaian yang kerap akan membuatkan mata kering dan letih. Di sini BerryBright® mengandungi nutrien larut air yang membolehkan ia diserap dengan pantas dan memberi kelegaan dan sokongan kepada mata kita.

2. Pengguna yang sering berhadapan dengan skrin untuk jangka masa panjang. 
Lutein mampu melindungi retina daripada sinaran biru yang merbahaya (datang daripada telefon pintar, televisyen, komputer dan sebagainya) yang boleh menyebabkan kerosakan dan mempercepat proses penuaan mata.

3. Lingkaran gelap dan hitam bawah mata. 
BerryBright® diformulasi untuk meningkatkan peredaran darah (peredaran mikro) dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan pembentukan lingkaran hitam bawah mata dan memberi anda penglihatan yang lebih segar dan jelas. 

4. Sokongan nutrisi dan pemakanan untuk kesihatan mata yang lebih baik. 
Keperluan dan permintaan terhadap nutrisi dan pemakanan untuk kesihatan mata telah menaik secara dramatik disebabkan oleh gaya hidup moden kini. Nutrisi dan pemakanan yang lebih baik dapat membantu mengelak pelbagai penyakit timbul dan mengekalkan penglihatan mata.

5. Memandu untuk jangka masa panjang

6. Membaca dalam jangka masa panjang

7. Pendedahan yang Berpanjangan terhadap Cahaya Matahari

8. Kemerosotan Tahap Penglihatan

9. Rabun Malam


Bahan-bahan Utama BerryBright®

Bahan-bahannya diperbuat daripada sumber asli
  • NZ Antosianin Blackcurrant
  • Ekstrak Eyebright
  • Ekstrak Marigold
  • Vitamin C
  • Ekstrak Billberi Eropah
  • Stevia


Produk BerryBright® memenangi banyak anugerah

Kini anda tak perlu risau dan sangsi lagi hendak menggunaan produk BerryBright® kerana mereka telah memenangi beberapa anugerah produk terbaik. Antaranya ialah :

a. Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017, dianjurkan bersama Sinchew Daily and Life Magazines, disokong/ disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 
Pemenang – Kategori “Makanan Kesihatan” (Health Food)

b. Natural Health Readers’ Choice Awards 2017, 2015, 2014
Pemenang - "Suplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik“ (Best Natural Eye Care Supplement)

c. Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014
Pemenang – Kategori “Penjagaan mata” (Eye Care)


Produk-produk BerryBright® 

Produk-produk BerryBright®  terbahagi kepada 2 jenis:

1) BerryBright Original
2) BerryBright Stevia 

------------------------------------------------------------

BerryBright Original

BerryBright Original – mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal. 38 kalori setiap hidangan. Sesuai untuk semua peringkat umur. 

Pembungkusan produk:


Produk BerryBright Original didatangkan dalam bentuk kotak berwarna ungu dan putih dengan bukaan di hadapan.

Di sekelilingnya dilabelkan nama produk, kandungan, dan cara penggunaan.

Logo Halal dan penerangan produk dipaparkan di hadapan kotak.


BerryBright Original didatangkan dalam 10 sachet dalam satu kotak.

Setiap sachet BerryBright Original beratnya 10g.

------------------------------------------------------------

BerryBright Stevia


BerryBright Stevia – Tidak mengandungi gula tambahan, menggunakan Stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis. 31 kalori setiap hidangan. Diperkaya dengan antosianinn Bilberi Eropah dan beri campuran. Sesuai untuk semua peringkat umur.  Tetapi disyorkan untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis. 

Pembungkusan produk:


Produk BerryBright Stevia didatangkan dalam bentuk kotak berwarna ungu dan putih dengan bukaan di hadapan. Tulisannya berwarna hijau.

Di sekelilingnya dilabelkan nama produk, kandungan, dan cara penggunaan.

Logo Halal dan penerangan produk dipaparkan di hadapan kotak.

BerryBright Stevia didatangkan dalam 10 sachet dalam satu kotak.

Setiap sachet BerryBright Stevia beratnya 8g.

Perbezaan 2 produk BerryBright 

  • Kedua-dua produk didatangkan dalam 10 sachet,  setiap sachet BerryBright Original berat 10g manakala setiap sachet BerryBright Stevia beratnya 8g
  • Tulisan produk BerryBright Original di hadapan kotak berwarna putih manakala BerryBright Stevia berwarna hijau.
  • BerryBright Original mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal dan sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala BerryBright Stevia tidak mengandungi gula tambahan, diperkaya dengan antosianinn Bilberi Eropah dan beri campuran. BerryBright Stevia disyorkan untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis. 

Cadangan Pengunaan BerryBright

Bagi penjagaan umum, 1 hingga 2 sachet sehari. Sebelum makan.
Cadangan untuk pesakit yang mempunyai penyakit mata serius adalah 2 hingga 4 sachet sehari.


Cara Penyediaan BerryBright®?



  1. Sediakan 150ml air bersuhu bilik/ air sejuk.
  2. Tambah satu sachet Bright Berry
  3. Kacau, gaul rata dan minum dengan segera untuk mengelakkan pengoksidaan.
Hasil Ujian Klinikal Antosianin Blackccurant

1. Melegakan Keletihan
21 subjek telah diberikan 50mg antosianin Blackcurrant dan plasebo. Tahap keletihan dinilai selepas 2 jam penggunaan komputer yang berterusan.

2. Meningkatkan Peredaran Darah
Kebolehtelapan saluran darah sekitar retina bertambah baik, penyingkiran toksin dan pengurangan pembetukan lingkaran hitam bawah mata.

Harga produk BerryBright®

BerryBright Original
10g x 10 sachet @ RM44.90
10g x 30 sachet @ RM119.90

BerryBright Stevia 

10g x 10 sachet @ RM49.90
10g x 30 sachet @ RM134.90

------------------------------------------------------------

Bagaimana selepas membaca keterangan mengenai produk Berrybright ini? Betapa pentingnya penjagaan mata bukan?



Lia sudah mula mengambil dan mengamalkan minum BerryBright® setiap hari. Perisa Blackcurrant nya juga sedap dan merupakan perisa favorite dan tak rasa muak bila minum. Pengguna komputer dan berhadapan dengan skrin dalam jangka masa panjang setiap hari seperti Lia memang wajib ambil produk ini. Kalau dibiarkan lama tanpa ambil apa-apa suplemen mata akan kelihatan letih, lesu, lingkaran gelap bawah mata mula timbul dan memberi kesan silau jika hendak memandu dalam waktu malam. Oleh itu rawat segera mata anda! Anda akan nampak kesan selepas penggunaan BerryBright®.


Selamat mencuba BerryBright®!

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan ikuti di laman sosial :




#berrybright #berrybrightmy #awardwinning #eyesupplement #eyesupplementsmalaysia #eyecare #eyehealth #nutrition #vegan #vegetarian #natural #wholefood #diabeticfriendly #blackcurrant #anthocyanins #lutein #eyebright 



You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community