Kulit Cantik dan Sihat Minum Susu Kambing Berperisa Strawberi dari Premium Berry

March 11, 2018

Kulit Cantik dan Sihat Minum Susu Kambing Berperisa Strawberi dari Premium Berry  |  Salam dan Hai semua,

Susu merupakan minuman semua peringkat umur tidak kira dikalangan bayi, kanak-kanak, dewasa dan orang tua. Seperti yang sedia maklum susu memang mempunyai banyak khasiat dan kelebihahannya.

Tahukah anda susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat dari susu lembu. Susu kambing ini kurang popular kerana tidak banyak bekalan dan juga faktor bau yang kurang menyenangkan. Tetapi susu kambing mempunyai banyak khasiat dan kebaikan terutamanya dalam kecantikan dan kesihatan. Susu kambing juga membantu mengurangkan alahan dan memudahkan proses percernaan. Oleh itu, ramai sudah bertukar dari susu lembu kepada susu kambing walaupun kosnya agak mahal sedikit.

Kini, anda tak perlu risau dan khuatir bagaimana untuk dapatkan stok susu kambing. Anda boleh dapatkannya di ellVita dengan mudah dan harga yang berbaloi.

Susu Kambing Premium Berry

Lia akan mengesyorkan satu produk susu kambing yang menjadi minuman favorite setakat ini iaitu Premium Berry dari ellVita.

Kulit Cantik dan Sihat Minum Susu Kambing Berperisa Strawberi dari Premium Berry



Pengenalan ringkas mengenai ellVita?

Dulu namanya ialah i-Sihat susu kambing dan diberi penjenamaan semula produk untuk menyeragamkan nama i-Sihat susu kambing di Malaysia dengan nama baru ellVita susu kambing yang dieskport ke pasaran luar.

ellVita mengeluarkan 3 produk utama iaitu susu kambing Asli, susu kambing Vachoc Plus 10 dan Premium Berry 15 dalam 1. Revolusi baru makanan kesihatan yang berasaskan susu kambing dibawa ellVita kini semakin dikenali ramai serta mendapat permintaan tinggi dari VVIP, golongan profesional, ahli sukan, belia, gadis muda, ibu hamil & ibu menyusukan anak, kanak-kanak & bayi seawal usia 6 bulan. Selain itu, produk ellVita juga menjadi pilihan utama warga emas, dan ia sebenarnya sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan jantina. I-sihat adalah produk yang berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang mesra pengguna serta diperkaya dengan pelbagai nutrisi.

Apa itu Premium Bery?

Premium Berry pula adalah produk susu kambing yang dirumus istimewa dengan 15 bahan aktif semulajadi untuk kesihatan kulit. Ia berfungsi sebagai ejen anti-penuaan dan kesihatan dalaman melalui gabungan ekstrak terpilih seperti ekstrak bunga sakura, applephenon, astaxanthin, kolagen, madu dan banyak lagi

Susu Kambing Premium Berry


KELAZATAN RASA STRAWBERI & BUAH BERI
Perasa Strawberi dan buah-buahan beri segar yang lazat pastinya membangkitkan selera setiap lelaki dan wanita.

DIPERKAYA DENGAN 15 MAKANAN TAMBAHAN
Minuman Kolagen dengan 15 bahan aktif semulajadi terbaik dan terpilih dari seluruh dunia seperti APPLEPHENON, ASTAXANTHIN, KOLAGEN, EKSTRAK SAKURA, STRAWBERI, BUAH BERI, BUAH DELIMA, KURMA, KISMIS, TIIN, BADAM, SAFFRON, HABBATUS SAUDA, MADU dan SUSU KAMBING.

BEBAS LEMAK TRANS
Lemak trans mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL (kolesterol jahat). Malah meningkatkan risiko mendapat diabetis.

ORGANIK
Diimport khas dari Holland yang merupakan pengeluar produk tenusu yang terkemuka di dunia dan dijamin 100% organik.

Bahan-bahan Kandungan Premium Berry dan Kelebihannya

1. Habatus Sauda
Mencegah rasa letih, meningkatkan kesuburan, dan melancarkan kitaran haid. Anti-hipertensi, mengurangkan risiko kanser dan merawat keguguran rambut.

2. Susu Kambing
Memperbanyakkan susu ibu, merawat gastrik, mencegah insomnia, membantu penghadaman, serta tinggi kalsium

3. Kurma
Memberi tenaga dengan segera. Juga mengandungi serat yang tinggi dan dapat meningkatkan keupayaan minda.

4. Tiin
Membantu menurunkan berat badan , mencegah dari penyakit kanser dan diabetes, mencegah osteoporosis.

5. Saffron
Merangsang Pertumbuhan sel-sel otak dan meningkatkan kecerdasan minda, merawat migrain & asma.

6. Badam
Menurunkan paras kolestrol dan mencegah masalah obesiti serta memerangi masalah rambut gugur.

7. Kismis
Mencerdaskan minda, dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.

8. Buah Beri
Mengandungi antioksidan, menajamkan mata dan melindungi dari penakit jantung dan kanser.

9. Applephenon
Penjagaan kulit wajah, mengurangkan pigmentasi, mencerahkan kulit dan anti-penuaan. Anti-oksidan yang terkandung juga dapat mengurangkan paras kolestrol.

10. Madu
Melembapkan kulit, mengatasi jeragat, mengatasi bibir kering & pecah, mengandungi agen anti-bakteria & anti-radang

11. Ekstrak Sakura
Mengandungi Melatonin yang tingi, memutihkan dan melembapkan kulit serta mengatasi masalah kulit kusam.

12. Delima
mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, menyahtoksid sel kulit dan meyingkirkan sel kulit mati.

13. Kolagen
Memperbaiki masalah kulit dan rambut, bertindak sebagai anti penuaan dan menambah keanjalan kulit.

14. Astaxanthin
Melindungi kulit dari sinaran UV, merawat ekzema & dermatitis. Juga mengandungi fungsi anti-fungal.

15. Strawberi
Kandungan vitamin C yang tinggi membantu mencantikkan kulit.

Susu Kambing Premium Berry

Produk Premium Berry Dipercayai

+ Dijamin halal (JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 069-11/2012)
+ Produk keluaran muslim bumiputera
+ Diproses di kilang yang telah memenuhi syarat bagi pensijilan KKM & MESTI

+ Diuji secara klinikal oleh dua lab yang telah mendapat akreditasi oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM)


Pembungkusan Produk Premium Berry

Susu Kambing Premium Berry
Hadapan kotak susu kambing Premium Berry

Susu Kambing Premium Berry
Pandangan kanan dan kiri kotak susu kambing Premium Berry

Susu Kambing Premium Berry
Pandangan atas dan bawah kotak susu kambing Premium Berry

Produk Premium Berry didatangkan di kotak berwana pink dan di sekelilingnya di labelkan nama produk, Kandungan, Ramuan Terpilih, Cara Penyediaan, Amaran, alamat dikilangkan dan tarikh luput.


Susu Kambing Premium Berry
Di hapadan kotak susu kambing Premium Berry dipaparkan logo halal

Susu Kambing Premium Berry
Belakang kotak susu kambing Premium Berry terdapat gambar kandungan dan ramuan terpilih
Jenis pembungkusan Produk Premium Berry

Susu Kambing Premium Berry
Produk Premium Berry didatangkan dengan sachet sebanyak 20 sachet

Susu Kambing Premium Berry
Setiap sachet Premium Berry seberat 25 gram
Sachet (20x25gram=500gram)
*Simpan di dalam bekas kedap udara dan kering selepas dibuka

Susu Kambing Premium Berry


Penyediaan sachet seperti ini memudahkan pengguna untuk bancuh minuman tanpa perlu menyukat bancuhan. Hanya masukkan dalam air dan bancuh, Mudah bukan.

Keistimewaan Premium Berry

  • Revolusi susu kambing dan minuman kolagen dengan khasiat untuk kesihatan dalaman dan kecantikkan luaran
  • Bebas dari bahan GMO (Genetically Modified Organism)
  • Diformulasikan dengan 15 makanan terpilih
  • Tanpa campuran susu skim atau susu lembu
  • Diperkaya dengan vitamin C yang tinggi
  • Kandungan gula yang sangat rendah
  • Tanpa bau hamis
  • 100% Organik

Susu Kambing Premium Berry

Kelebihan Premium Berry
  • Melalui prosedur pemprosesan berteknologi tinggi dan terbaik untuk mengekalkan kualiti, nutrisi dan khasiat semulajadi susu
  • Membekalkan tenaga dan sumber vitamin yang cukup untuk aktiviti seharian
  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh dan mendapat kulit yang berseri-seri
  • Meningkatkan keremajaan kulit dan melawaskan sistem penghadaman
  • Bersifat alkali, mudah hadam dan tidak menyebabkan alahan
  • Mencegah penyakit kulit dan dari sinaran UV
  • Membantu mendapatkan Berat Badan Ideal
  • Menguatkan sistem imunisasi badan
  • Membantu mengurangkan kolestrol
  • Sesuai untuk Lelaki dan Wanita


Cara Penyediaan Produk Premium Berry


Susu Kambing Premium Berry

  1. Bancuh sepeket Premium Berry bersama 180ml - 200ml air sejuk/suam.
  2. Minum dua hari sekali pada waktu pagi dan pada waktu malam.
  3. Anda juga boleh gunakan 'Shaker' untuk memudahkan bancuhan.
Susu Kambing Premium Berry
Bancuhan Premium Berry anda sedia untuk diminum.


Umur 15 tahun dan ke atas / Pengambilan 2 kali sehari

PERHATIAN :
*Elakkan menggunakan air panas mendidih untuk mengekalkan khasiat susu.

PENYIMPANAN :

*Simpan di tempat kering dan bekas kedap udara setelah pek Premium Berry dibuka.

----------------------------------------------------------------------

Susu Kambing Premium Berry

Lia bukanlah peminat susu kambing dan jarang minum. Tetapi produk Premium Berry buat Lia tertarik untuk mencuba. Sekali sahaja cuba lia terus terpikat dengan rasanya yang sedap dan lazat lagi-lagi ramuan buah favorite iaitu Strawberi. Minum Premium Berry akan buat rasa kenyang dan sepanjang bekerja di office Lia jarang berasa lapar. Lia juga dapat berkongsi minuman ini dengan seisi keluarga untuk ayah dan juga adik lelaki. Mana tahu dengan kerap meminum Lia akan bertambah slim dan dapat berat badan yang diinginkan.

Susu Kambing Premium Berry


Keistimewaan produk ini ialah susunya tidak berbau hamis, sesuai untuk wanita dan lelaki dan dapat menurunkan berat badan.

Testimoni Pengguna

Semenjak produk Premium Berry ini mula dipasarkan, ramai pengguna produk ini berpuas hati dengan keberkesanannya. Anda boleh melihat sendiri testimoni para pengguna produk Premium Berry ini di bawah:




Susu Kambing Premium Berry



Harga produk Premium Bery

RM 60.00 (SM)
RM 65.00 (SS)




Jom lelaki dan wanita di luar sana lebih sihat dengan minum susu kambing Premium Berry. Selamat Mencuba!

Selain produk Premium Berry, ellVita juga mempunyak produk kesihatan susu kambing yang lain. Boleh rujuk gambar yang disertakan di bawah ya.

Susu Kambing Premium Berry
Produk-produk keluaran ellVita


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan follow media sosial yang lain.


 Sila hubungi pegawai khidmat pelanggan di +6019-202 0911 atau Email di isihatresources@gmail.com

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community