Berbuka Puasa di Ramadan Buffet Dinner di SPOON, G Hotel Kelawai

May 20, 2018

Salam dan Hai semua,

Pejam celik Ramadan pun dah muncul kembali. Bulan mulia yang paling dinantikan oleh umat Islam di mana kita semua berpuasa selama sebulan. Bulan Ramadan juga berkumpulnya kita bersama keluarga dan juga sahabat handal. Kadang-kadang juga bulan Ramadan ini dijadikan sebagai reunion dan gathering antara satu sama lain. Di mana semuanya sibuk dengan hal masing-masing tapi meluangkan masa di bulan ini untuk berjumpa satu sama lain. 

Kali ni Lia nak mempromosikan salah sebuah restoran yang menyediakan Ramadan Buffet Dinner dimana anda boleh berkumpul dan menjamu hidangan beramai-ramai disini. Semestinya Lia akan mengesyorkan sajian makanan yang terbaik dari Spoon, G Hotel Kelawai.


Pengenalan Ringkas Mengenai G Hotel

Untuk pengetahuan semua, G Hotel Pulau Pinang mempunyai 2 rangkaian iaitu G Hotel Gurney dan juga G Hotel Kelawai. Kedua-dua mempunyai hidangan menu untuk Ramadan Buffet Dinner. G Hotel Gurney terletak di Pesiaran Gurney dan G Hotel Kelawai di Pesiaran Maktab. Kedudukan hotel ini menghadap depan belakang. G Hotel Gurney menghidangkan buffet di restoran Taste Cafe manakala G Hotel Kelawai menghidangkan buffet di SPOON.

Hidangan menu di G Hotel Kelawai, Penang



Restoran SPOON, G Hotel Kelawai ini menyediakan pelbagai hidangan menarik sempena Ramadan ini. SPOON mempunyai ruangan makan di bahagian dalam dan bahagian luar. Berkonsepkan seperti Pasar Malam, SPOON menyediakan 9 jenis outdoor stall di bahagian ruang legar di luar. Antaranya ialah Kaunter Nasi Kandar, Curry Mee, Char Koay Teow & Noodle Soup, Satay, Curry Mee, Sharwarma, Nasi Ayam, Ice Kacang & Cendol, Mua Chi, Banana Fritters & Ham Chin Peng, Panggang Stall, Bubur Lambuk dan Sup Tulang.

Jom kita terjah 9 outdoor stall terlebih dahulu. 

Kaunter Nasi Kandar

Nasi Briyani

Ayam dan Ikan Goreng

Di SPOON, mereka akan goreng ayam dan ikan ini panas-panas terus ke pinggan anda.

Kari Kepala Ikan, Beef Rendang, Kambing Kurma & Telur Dadar

Chef recommended : Kari Kepala Ikan, ikar segar yang baru sampai dimasak bersama rempah dan bahan-bahan terpilih

Bendi Rebus, Nyonya Acar, Kacang Panjang Goreng Cili Kering & Papadom,

Penang Nyonya Curry Mee


Char Koay Teow & Noodle Soup



Satay Stall


 Satay yang disediakan di SPOON ialah ayam, kambing dan lembu.

Nasi himpit, timun dan bawang

Jangan risau, satay di sini di masak terus di hadapan anda dan menikmatinya terus dari dapur arang

Sharwarma



Nasi Ayam



Ice Kacang & Cendol


Mua Chi


Banana Fritters & Ham Chin Peng


 Banana Fritter

Ham Chin Peng

Panggang Stall



Anda perlu memilih jenis seafood yang anda mahukan dan berikan kepada kakitangan di sini. Mereka akan masak terus untuk anda.

Siput, Ikan, Udang, Sotong dan Udang

Bubur Lambuk dan Sup Tulang


Bubur Lambuk dan Sup Udang



Setelah terjah 9 jenis outdoor stall di bahagian luar, bukan itu sahaja makanan yang ada. Kita masuklah pula ke bahagian dalam SPOON, terdapat pelbagai lagi jenis hidangan di dalam. Antara Hidangan Utama, Salad Bar, Cheese Bar, Rojak Buah, Pasembur, Buah-buahan dan banyak lagi.

Kaunter Hidangan Utama (Main Course) 

Kita menuju ke Hidangan Utama (Main Course) yang menyediakan pilihan lauk dan nasi yang pelbagai.

Steamed Rice dan Nasi Hujan Panas

Lamb Varuval & Ikan Siakap 3 Rasa

Daging Masak Hitam & Ayam Masak Madu

Udang Goreng Mentega dan Bijirin & Chilli Crab

Lala Kam Heong & Sambal Sotong Petai

Kailan Ikan Masin & Sayur Campur dan Cendawan

Hidangan Kurma


Salad Bar



Aneka Ikan Masin 


Ulam-ulaman


Aneka Kerabu



Aneka Roti



Cheese Bar



Salah satu menu menarik di mana dapat merasa kesemua jenis cheese yang dihidangkan.

Pasembur


Rojak Buah


Aneka Buah-Buahan



Tembikai, Tembikai Susu, Oren, Betik dan Nenas

Sweet Stall


Kaunter yang paling menarik sekali ialah hidangan pencuci mulut (Dessert) yang menghidangkan pelbagai jenis kek dan kuih muih Melayu.

Coconut Mousse

Jika anda datang ke SPOON, wajib cuna hidangan kek Coconut Mousse. Merupakan signature di sini & tersangatlah sedap. Yang ini favorite Lia sampai berulang kali makan. 

Fruit Flan, Coconut Tart, Yam Slice Cake, 


Black Rice Cheese Cake, Agar-agar, Sagu Gula Melaka & kuih melayu

Minuman


SPOON menyediakan hidangan minuman panas dan sejuk untuk pengunjung.

Dekorasi Restoran SPOON G Hotel Kelawai Penang


Dekorasi dan susunan sangatlah teratur, cozy, moden dan nampak mewah. Makanan juga sangat tersusun mengikut jenis dan kena dengan temanya. Lia suka kombinasi warna, pemilihan perabot kerusi dan meja dan lampu. Susunan kerusi dan meja juga teratur dan luas di mana boleh menempatkan pengunjung yang ramai.

Harga Buffet dari SPOON, G Hotel Kelawai


Ramadan Buffet Dinner
RM 75 untuk orang dewasa. 
RM 45 untuk Warga Emas dan kanak-kanak

Ramadan Buffet di sini bermula daripada 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018, SETIAP HARI.
Juga anda promosi jika pengunjung datang 11 orang, Buy 10 Free 1.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, pihak SPOON juga mengadakan hidangan buffet.

Selamat Hari Raya Feast
RM 105 untuk orang dewasa. 
RM 70 untuk Warga Emas dan kanak-kanak


Atau anda juga ingin mencuba hidangan Ramadan Buffet dan Selamat Hari Raya Feast di cawangan G Hotel Gurney, harga buffet seperti di bawah:

Ramadan Buffet Dinner
RM 75 untuk orang dewasa. 
RM 45 untuk Warga Emas dan kanak-kanak

Ramadan Buffet di sini bermula daripada 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018, SETIAP HARI.
Juga anda promosi jika pengunjung datang 3 orang, Buy 2 Free 1.

Selamat Hari Raya Feast
RM 105 untuk orang dewasa. 
RM 70 untuk Warga Emas dan kanak-kanak

Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi

G Hotel Kelawai

Address: 2, Pesiaran Maktab, 10250 Pulau Pinang.

Tel: +604-219 0000

Email : g4u@hotel.com.my
Laman web : www.ghotel.com.my, http://www.ghotelkelawai.com.my/
Facebook : G Hotel Kelawai

Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community