Dapatkan Ayam Goreng Crispy 4FINGERS di Cawangan Terbaru di Pulau Pinang

May 19, 2018

Salam dan Hai semua,

Siapa peminat Ayam Goreng di sini?

Lia peminat ayam goreng dari kecil lagi. Kalau ayam digoreng panas-panas dengan garing atau pun cripspy lagi favorite. Boleh makan berketul-ketul ayam tanpa pedulikan yang lain. Kali ini Lia nak berkongsi berita gembira lagi-lagi dengan rakyat jelata Pulau Pinang dimana salah satu restoran berasaskan ayam telah dibuka!



4FINGERS telah Mengembara ke Utara untuk Membawa Revolusi Ayam Gaya Asia ke Pulau Pinang

Memperkenalkan restoran 4FINGERS yang telah dibuka 3 Mei 2018 yang lalu di Tingkat Bawah, Gurney Paragon. Selepas 4FINGERS telah membuka 4 cawangan di Kuala Lumpur, Kini mereka memilih Pulau Pinang yang terletak di Utara Malaysia untuk melancarkan cawangan baru. Lepas ni warga Pulau Pinang tidak perlu bersusah payah ke Kuala Lumpur lagi. Hanya singgah di Gurney Paragon sahaja.

Mesti ramai lagi yang tidak tahu apa itu 4FINGERS dan kewujudannya bukan?

Pengenalan Ringkas Mengenai  4FINGERS 

4FINGERS merupakan jenama makanan yang berasal dari Singapura yang terkenal dengan ayam pedas yang unik, dengan penuh kasih sayang bersama pilihan sos Soy Garlic dan Hot & Spicy yang diilhamkan oleh Asia. Para pengunjung boleh memilih bahagian ayam, Wings ataupun Drumstick. Menu lain yang paling laris 4FINGERS seperti B.F.F - burger ayam, Katsu Chicken Sandwich, atau Rice Box. Bahan-bahan yang digunakan ialah ayam yang segar dari ladang dan juga tanpa tambahan MSG.

Dan yang semestianya 4FINGERS ini HALAL dan selamat untuk dimakan.

Sejarah Ringkas 4FINGERS

4FINGERS dimulakan oleh empat sahabat yang gemakarkan makanan dimana mempunyai formula yang tersendiri. Mereka berazam untuk merevolusikan hidangan kasual dengan ayam yang hebat.  Dari ladang ke meja, 4FINGERS bangga menggunakan hanya bahan-bahan segar dan sos tanpa pengawet. Sekarang terdapat 23 cawangan di Singapura, Australia, Indonesia dan Malaysia, dan merancang untuk mengembangkan lagi.

Official Launch Party 4FINGERS di Gurney Paragon, Pulau Pinang

Sebelum ini Lia dah dengar desas desus mengatakan 4FINGERS akan dibuka di Pulau Pinang. Memang tak sabar menanti pembukaan cawangan baru ini. Sebab Lia dah hidangkan mata dengan gambar-gambar menu 4FINGERS ini. Tiba-tiba pula dapat jemputan Official Launch Party sempena pembukaan dan pelancaran baru 4FINGERS di Gurney Paragon, Pulau Pinang.

Setibanya di sana kami ke kaunter yang dilayan ramah dengan kakitangan disini untuk mendaftarkan nama dan juga ambil Goodies Bag.

Official Launch Party dimeriahkan dengan DJ yang mainkan lagu yang sangat happening bersesuaian dengan acara, Terdapat juga bunga ucapan tahniah daripada pengunjung.

Setiap tetamu yang datang ke Official Launch Party akan diberikan Goodies bag seorang satu. Goodies bag merupakan canvas bag yang berisi sticker dan cenderahati.

Di belakang beg pula, anda boleh menghias sendiri dengan Stamp Chop yang sedia ada mengikut kreativiti anda di Stamping Station.


Antara cenderahari yang terdapat di dalam Goodies bag ialah sticker 4FINGERS dan juga shades. Rasa yang paling best bila dapat Shades dan terus pakai.


Tetamu juga boleh menandatangani di papan poster besar 4FINGERS.

Kami juga bergambar kenangan di Photobooth dan boleh dibawa balik.

Kami juga bergambar dengan Peneraju Utama 4FINGERS yang membawa restoran ini ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Pulau Pinang. Kami juga berbual dan ajukan beberapa soalan kepada Pengurus 4FINGERS ini mengenai cawangan yang baru dibuka di Gurney Paragon. Kami juga dikhabarkan akan ada lagi satu cawangan di Pulau Pinang tetapi lokasinya masih belum ditentukan. Itulah berita baik untuk warga Pulau Pinang.

Cara-cara membuat pesanan makanan di restoran 4FINGERS

Anda perlu beratur, menempah makanan dan terus membuat pembayaran di kaunter.

Kemudian, anda akan diberikan buzzer dan hanya tunggu bizzer vibrate dari tempat duduk anda. Anda perlu mengambil makanan anda yang dah siap di Pickup Counter. Di sini semuanya kena SELF SERVICE ya.

 Hidangan menu di 4FINGERS

Menu disini banyak berasaskan ayam dan juga beberapa menu yang ada seafood.

4FINGERS Signature



Merupakan salah satu menu utama yang menarik dimana pemilihan ayam Wingettes ataupun Drummettes dengan pilihan sos Soy Garlic atau Hot ataupun Mixed kedua-duanya sekali.

Harga 4FINGERS Signature

Combo 
6 pcs @ RM 20.90 termasuk satu (1) Minuman dan Skinny Fries
12 pcs @ RM 37.50 termasuk dua (2) Minuman dan Skinny Fries
18 pcs @ RM 54.70 termasuk tiga (3) Minuman dan Skinny Fries

Ala Carte
6 pcs @ RM 15.90 
12 pcs @ RM 27.90
18 pcs @ RM 40.90
Pilihan menu Ala Carte tidak termasuk Minuman dan Skinny Fries. Hanya Ayam sahaja.

Chicken Drumsticks



Merupakan salah satu menu utama yang menarik dimana jika anda hanya suka bahagian Drumsticks dengan pilihan sos Soy Garlic atau Hot ataupun Mixed kedua-duanya sekali.

Harga Chicken Drumsticks

Combo 
3 pcs @ RM 20.90 termasuk satu (1) Minuman dan Skinny Fries
6 pcs @ RM 39.50 termasuk dua (2) Minuman dan Skinny Fries
9 pcs @ RM 57.70 termasuk tiga (3) Minuman dan Skinny Fries

Ala Carte
6 pcs @ RM 15.90 
12 pcs @ RM 29.90
18 pcs @ RM 43.90
Pilihan menu Ala Carte tidak termasuk Minuman dan Skinny Fries. Hanya Ayam sahaja.

Chicken Delight



B.F.F - Best Selling Chicken Burger dengan pilihan sos Soy Garlic atau Hot.

Harga B.F.F - Best Selling Chicken Burger

Combo; RM 20.90 termasuk satu (1) Minuman dan Skinny Fries

Ala Carte @ RM 15.90 Pilihan menu Ala Carte tidak termasuk Minuman dan Skinny Fries.


Chicken Katsui Sandwich

Harga B.F.F - Best Selling Chicken Burger

Combo; RM 20.90 termasuk satu (1) Minuman dan Skinny Fries

Ala Carte @ RM 15.90 Pilihan menu Ala Carte tidak termasuk Minuman dan Skinny Fries.

Chicken Chop dengan pilihan sos Soy Garlic atau Hot.

Harga Chicken Chop

Combo; RM 21.90 termasuk satu (1) Minuman dan Skinny Fries

Ala Carte @ RM 18.90 Pilihan menu Ala Carte tidak termasuk Minuman dan Skinny Fries.

Sides



Skinny Fries, Kimchi
Small @ RM4.90
Regular RM5.90 


Skinny Fries, Seaweed
Small @ RM4.90
Regular RM5.90 

Skinny Fries, Plain
Small @ RM4.90
Regular RM5.90 

Beverage


Coke/Sprite, Small @ RM 3.30, Medium @ RM 3.80
Fanta Grape, Small @ RM 3.30, Medium @ RM 3.80
Ice Lemon Tea, Small @ RM 3.30, Medium @ RM 3.80
Sjora, Small @ RM 4.20, Medium @ RM 4.80
Ice Milo, Small @ RM 4.20, Medium @ RM 4.80
Signature Honey Yuzu Bottle Water @ RM 1.90

Terdapat juga menu lain yang tiada di dalam gambar.

1 Drumstick + 3 Wings
ataupun 1 Drumstick + 2 Wingettes + 1 Drumeete

Merupakan menu pilihan ayam yang bercampur bahagian Drumstick, Wingettes ataupun Drummettes dengan pilihan sos Soy Garlic atau Hot ataupun Mixed kedua-duanya sekali.

Harga 1 Drumsticks + 3 Wings

Combo @ RM 20.90 termasuk satu (1) Minuman dan Skinny Fries

Ala Carte @ RM 15.90 
Pilihan menu Ala Carte tidak termasuk Minuman dan Skinny Fries. Hanya Ayam sahaja.


My Favorite menu di 4FINGERS


Lia sangat suka 4FINGERS Signature & Chicken Drumstick dengan MIXED kedua-dua sos Soy Garlic dan Hot. Skinny Fries pilihan Lia pula Kimchi sebab terasa pedas sedikit. Lia suka dengan kerangupan ayam  dan kepedasan bila di makan.

Bersama Penang Blogger, El Darwena dan Soh Olivia menikmati hidangan ayam di sini.

Jangan lupa ambil Small Bin di Kaunter untuk membuang tulang ayam ketika makan.

Kami juga bergambar dengan kakitangan 4FINGERS yang sangat peramah dan banyak membantu.

Kami dah cuba Ayam Goreng Crispy 4FINGERS. Anda bila lagi?

Untuk warga Pulau Pinang datanglah mencuba hidangan dari 4FINGERS di Lot L1.06 di Ground Floor, Gurney Paragon. Berdekatan dengan dengan kedai pakaian H&M dan Mois KL.

Ini merupakan beberapa cawangan 4FINGERS di Kuala Lumpur :

Mid Valley Megamall
LG-074A, Lower Ground Floor

NU Sentral
CC14, Concourse Level

Sunway Piramid
LG2.127, Lower Ground

Berjaya Times Square
G-08B/09,  East, Ground Floor


Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :

4FINGERS

Laman Web : www.4fingers.com.my
Instagram : @gimme4fingers

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community