Bergambar Ala Retis di Studio Photoshoot Kame2 project Studio

June 14, 2018

Salam dan Hai semua, 

Pejam celik dah sekejap Ramadan meninggalkan kita, sekarang tiba pula waktu Syawal yang akan menjelma. Sentiasa merindui Ramadan, berharap dapat ketemu lagu lagi pada waktu akan datang.

Kalau sebut pasal bergambar, rasanya semua orang suka bergambar tak kira lelaki ataupun wanita, tua ataupun muda, dan juga tidak mengenal mangsa. Dengan adanya smartphone sekarang, sudah ramai yang mula mengambil gambar sendiri dengan selfie, ataupun OOTD (Outfit of the Day) dan macam-macam lagi.

Korang perasan tak memang sekarang senang bergambar dengan menggunakan smartphone sahaja, tetapi kualiti yang agak kurang berbanding dengan menggunakan DSLR bukan? Tak teringin ke nak gambar cantik dan berkualiti seperti artis dan model-model di luar sana? Sekurang-kurangnya boleh lah anda menukar gambar 'Profile Photo' ataupun 'Cover Photo'  di facebook ataupun instagram anda.

Pernah dengar tak mengenai Studio Photo shoot?

Studio Photo shoot adalah sebuah tempat yang digunakan oleh seorang photografer untuk mengambil gambar atau foto dengan menggunakan kamera digital atau dengan mengggunakan kamera non digital untuk menghasilkan sebuah foto dengan bantuan beberapa alat bantu yang tersedia di dalam ruangan tersebut sebagai kelengkapan dari proses membuat sebuah foto itu. 

Pengenalan Ringkas Kame2 Project Studio.

Warga Pulau Pinang sekalian, Kali ini Lia nak ajak korang semua bergambar dengan hasil yang cantik dan berkualiti di studio yang terletak di Bandar Perda Pulau Pinang iaitu Kame2 Project Studio.


Ia dikelolakan oleh beberapa orang photographer lelaki yang meminati dunia photography dan memotretkan hasil mereka di studio yang dinamakan Kame2 Project Studio ini. Studio ini juga merupakan ruang kerja bagi mereka untuk menghasilkan gambar yang lebih baik dan meningkatkan hasil gambar yang berkualiti.

Kame2 Project Studio juga bukan sahaja mengambil gambar indoor di studio semata-mata tetapi juga mengambil gambar di luar studio atauupun dipanggil dengan outdoor.


Perkhidmatan yang disediakan oleh Kame2 Project Studio:
✔ Event
✔ Produk
✔ Convocation
✔ Maternity
✔ Corporate
✔ Fashion
✔ Potrait


Hasil Gambar yang Meletops oleh Kame2 Project Studio

Pada mulanya Lia agak kekok dengan Studio Photoshoot dimana Lia ada masalah posing yang kurang pandai. Lia lebih suka dengan Outdoor Photoshoot sebab lebih natural dengan alam semulajadi. Dah lama & agak basi dalam dunia PhotoShoot setelah lama tinggal. Jadi malu Tetapi ambil juga cabaran ini setelah diseru oleh beberapa photographer dari studio ini. Lepas tengok hasil gambar, memang cantik, marvelous, meletops dan gorgeous sangat sampai tak tahu nak cakap macam mana. Lia akan kongsikan gambar selepas hasil melaram dan berposing depan kamera.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelma ni, ramai di luar sana tidak melepaskan peluang untuk bergambar di Kame2 Project Studio

Bergambar secara solo



Bergambar berdua bersama kawan



Bersama dengan blogger Lyana Ishak


Anda juga bukan sahaja boleh bergambar ketika waktu perayaan seperti Hari Raya sahaja, malah boleh juga untuk mempromosikan produk anda seperti produk kecantikan, pakaian seperti business online dan butik pengantin dan macam-macam lagi. Anda boleh juga bergambar di studio untuk koleksi peribadi anda.

Anda juga boleh saksikan gambar bertemakan Hari Raya yang lain di bawah :

Kanak-kanak



Bergambar bersama kawan-kawan




Bergambar bersama pasangan suami isteri/girlfriend boyfriend/tunang




Ataupun
Bergambar bersama barangan kesayangan anda contohnya basikal



Di sini juga terdapat beberapa gambar selain tema Hari Raya hasil dari Kame2 project Studio

Potrait/Fashion


Product contohnya tudung


Wedding/Fashion/Potrait dari Butik Pengantin



Kalau anda mahukan outdoor photoshoot boleh request dari Kame2 project Studio. Mereka akan cuba menunaikan impian dan hasrat pelanggan. Boleh beberapa gambar outdoor photoshoot seperti di bawah:









Kelebihan photoshoot di studio
✔ Tidak terganggu dengan cuaca yang panas atau hujan
✔ Waktu photoshoot lebih singkat dan cepat
✔ Hasil foto yang cantik dan memberansangkan
✔ Sesuai untuk bawa kawan-kawan ataupun keluarga
✔ Berkumpul di satu tempat sahaja untuk menukar pakaian dan kemudan tandas jika anda memerlukan


Eh sebelum terlupa, Lia juga nak bagitau makeup yang kami cantik dan hasil yang terbaik ini dari MUA ⏩⏩⏩@nurulbashahtouch

Apa komen anda semua selepas melihat hasil sentuhan para photographer Kame2 Project Studio? Terpukau dan menarik bukan selepas melihat semua gambar-gambar. Jika anda berminat sila hubungi nombor telefon tertera di bawah.

Kame2 Project Studio

Photography services commercial corporate
wedding potrait advertising printing event
.
Any order and inquiry,kindly contact us :-
.
✔ 0111-166645 (Seven Neves)
✔ 011-16594278 (Do Terry Bogard)
✔ 012-6279684 (Jonn Aziz)
.
( Call / Whatsapp / PM )



You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community