Foodball Fever Flash bersama produk sejuk beku Pacific West

12:55:00 PM

Salam dan Hai semua,

Korang pernah dengar tak produk makanan sejuk beku Pacific West di pasaran. Jenama Pacific West adalah produk yang bekualiti. Ia juga merupakan salah satu produk kegemaran Lia setiap kali membeli belah di pasaraya. Produk jenama ini juga wajib berada di dalam peti ais dan setiap kali lapar memang dapat memenuhi selera.


Sejarah Pacific West

Sejak penubuhannya di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah berkembang untuk menjadi jenama makanan laut yang popular. Produk ini dinikmati di seluruh dunia hari ini, dan sehingga hari ini rangkaian produk Pacific West telah menjadi pilihan keluarga. Produk ini telah menganjurkan acara antarabangsa utama seperti Sukan Olimpik Sydney, Pertandingan Tenis Wimbledon, Kelab Bola Sepak Manchester United, dan World Rugby di antara yang lain. Produk Pacific West boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia dan paling terkini; di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).

 "The taste of the world loves" itulah slogan Pacific West! " 

Sajian Side Dish produk Pacific West dihidangkan oleh Kafe More by Arang Coffee 


Pada 9 Jun 2018 yang lepas, bersempena dengan bulan Ramadan Pacific West telah berkolabrasi dengan salah sebuah kafe di Pulau Pinang iaitu More by Arang Coffee dimana telah menganjurkan Makan Malam bersama dengan blogger dan influencer yang lain. Lia juga berpeluang untuk menyertai majlis makan malam Pacific West bersama ini. More by Arang Coffee juga menyediakan hidangan menu ramadan yang menarik dan pelbagai pilihan sempena Ramadan ini.


Di setiap meja blogger yang datang akan terdapat nama masing-masing.

Di bahagian masuk terdapat meja hidangan Side Dishes yang menghidangkan beberapa produk sejuk beku Pacific West.


Menu Makan Malam ini juga kami Crumb Fish, Tempura Natural Calamari Rings, Popcorn Fish dan Tempura Prawns dengan sos mencelup buatan sendiri untuk salad bar. 


Mulakan hidangan makan malam dengan hidangan Side Dish terlebih dahulu.

Penerangan produk oleh kakitangan Pacific West dan juga More by Arang Coffee


Sebelum ke acara seterusnya, kami diberi penerangan oleh Joyce Ong (kakitangan Pacific West), Michael Sak (Pengurus kafe More by Arang Coffee) dan juga salah seorang Pengurus Hotel ini.

Kami diberi penerangan mengenai produk Pacific West yang belum masuk pasaran Malaysia.


Kami juga bertuah dapat merasa produk Pacific West untuk pasaran eksport iaitu charcoal dan red velvet prawns.

Produk sejuk beku HALAL dari Pacific West

Rangkaian produk Pacific West dengan teliti dikembangkan oleh pasukan Chef Kuliner dan Teknologik Makanan kami untuk menambah nilai dan memperkayakan gaya hidup pengguna dengan: -
Kemudahan - Siap siap yang masak dalam beberapa minit, langsung dari freezer ke fryer / oven.

Inovasi - Penciptaan berterusan produk baru yang menawarkan pelbagai pilihan dan rasa.

Kualiti - Pilihan makanan laut dan bahan makanan yang sesuai dengan piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa dengan BRC, IFS, HACCP dan YUM! akreditasi. Produk kami juga disahkan HALAL.


Produk Pacific West telah menganjurkan acara antarabangsa utama seperti Sukan Olimpik Sydney, Pertandingan Tenis Wimbledon, Kelab Bola Sepak Manchester United, dan World Rugby di antara yang lain. Produk ini boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia dan paling terkini; di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).


Baru-baru ini, jenama Pacific West telah memenangi Produk Makanan Inovatif Terbaik dalam Anugerah Jenama Asia Halal 2017. Anugerah ini diiktiraf oleh wakil dari JAKIM, HDC, MITTI, MATRADE dan ENTREPRENEUR INSIGHT masing-masing. Dengan peningkatan berterusan dan amalan terbaik kami kepada kualiti dan inovasi, Pacific West menawarkan anda YANG TERBAIK!


Sajian Menu Makan Malam dengan produk Pacific West dihidangkan oleh Kafe More by Arang Coffee 

Acara seterusnya disajikan makan malam dengan produk dari Pacific West yang dimasak dan hidangkan dengan resepi tersendiri oleh kafe More by Arang Coffee .



Menu dihidangkan bermula dengan Appetiser, kemudian Soup, Mains Dish, Pencuci Mulut (Dessert) dan Minuman (Beverage).

Appetiser


Mushroom & Cheese Bruschetta

Soup


Clam Chowder

Mushroom & Cheese Bruschetta sedap dimakan cicah bersama sup Clam Chowder

Main Dish (Hidangan Utama)


Hidangan 2 menu utama disajikan dalam satu pinggan iaitu Charcoal Croissant Bugger with Cheezy Fish Fillet dan Dusted Baby Squids and Turpedo Prawns with Green Curry Pasta.

Dessert


Mango Berry Waffle
Wafel homemade dengan hiasan buah-buahan mangga, strawberi dan buah beri beserta aiskrim vanilla

Beverage (Minuman)

Coffea Milosaur
Salted Caramel Latte
Peach Tea
Peppermint Mocha

Minuman disediakan panas dan sejuk untuk tetamu.

Dekorasi kafe More by Arang Coffee

Untuk yang meminati kafe dan juga suka cafe hopping seperti Lia, memang Lia mengesyorkan datang ke sini dan menikmati sendiri hidangan minuman dan makanan yang disediakan. Makanan yang disediakan sangat sedap dan menyelerakan bersama hiasan di atas pinggan yang menarik.

Ini 'Drinking Water' yang boleh diambil begitu sahaja. Bukan sink tempat basuh tangan ya.


Variasi kek yang pelbagai dan sedap.

Susunan perabot kerusi dan meja sangatlah teratur dan juga dapat menampung kuantiti orang yang datang mengunjungi. Dekorasi ini banyak berkonsepkan warna hitam dan putih seperti namanya juga iaitu Arang.


Blogger ditempatkan di tempat khas di bahagian tepi untuk acara Pacific West.

Cenderahati dari Pacific West


Kami juga tidak pulang tangan kosong di mana kami diberikan beberapa cenderahati PW.

Dua cupcakes yang bertemakan Piala Dunia FIFA 2018

Beberapa produk sejuk beku Pacific West

Kami juga diberikan jersey/baju dryfit dan botol air bertemakan  Piala Dunia FIFA 2018.

Kempen Win A Fantabulous Trip to Your Favourite Football sempena FIFA World Cup 2018 oleh Pacific West


Bersempena dengan  Piala Dunia FIFA 2018, Pacific West komited untuk membawa semua kebudayaan bersama untuk meraikan acara dunia dan berkongsi makanan yang lazat dengan rakyat sambil memupuk hubungan yang sihat dan mengikat. Oleh itu, Pacific West telah melancarkan kempen 'FOODball Fever' dari 16 April hingga 15 Julai 2018..


Anda hanya perlu membeli sekurang-kurangnya satu produk keluaran Pacific West dan berpeluang untuk Win A Fantabulous Trip to Your Favourite Football anda bernilai RM10,000. Terdapat juga 100 Pacific WestFOODball Fever Merchandises yang dimenangi!



Produk Pacific West boleh didapati di semua kedai runcit utama dan bebas di Malaysia seperti Cold Storage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Grocer Village dan banyak lagi.


Jom dapatkan segera produk keluaran Pacific West di pasaran. 

Pacific West

Untuk maklumat lanjut, bolah layari:

Laman web rasmi :

halaman Facebook 

#PacificWestMy 


You Might Also Like

0 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident (1) Activewear (2) AirAsia (1) Airport (2) Althea (3) Althea Korea (5) Aperio Natural (1) Award and Tag (40) Baju Kurung Moden (1) Basikal (1) Bateriku.com (1) BBQ (1) beautifulwithtropika (1) Beauty (22) Beauty Blogger (28) Beauty Product (34) Berrybright (1) Biscuit (1) Blog Review (82) Blogger Contest (7) Blusher (1) Body Scrub (1) Buddies Forever (77) Cafe (1) Cambodia (1) Cathay Pacific (1) Cenderahati (2) China (1) CNY (1) Coffee Srub (1) Collagen Blush Colour (1) Contest (5) Cream (1) Crew (1) Dessert (1) Dictionary (1) Dinner (1) Dragonair (1) Eating For Life (102) Ellvita (2) Emergency Triangle (1) Event (4) Event Review (9) Femingra (1) Flamingo by The Beach (1) Flamingo Cafe (1) Flight (3) Food (17) Food Review (41) Food Reviw (1) Footlink (2) Footlink Penang (2) Forest Colour (1) Ghost Musuem (1) Glow Gelenggang (1) Great Wishes (62) Hair Product (4) Halal Food (13) Hari Raya Aidilfitri (1) Hari Raya Buffet (1) Himalaya (1) Himalaya Malaysia (1) Hong Kong (3) Hotel (6) Hotel Review (3) Hotpants (2) Ice Cafe (1) Iitalian food (1) Indonesia (16) Ipoh (2) Ipoh Bali Hotel (1) italian food (1) Johor (1) Jom Makan (1) Jonlivia (2) K-Pop (1) Kamus (1) Kebaya Moden (1) Kedai Pajak (1) Kek Lok Si Temple (1) KL Cafe (1) Klang Parade (1) Konsert (1) Korean Product (5) Krim (1) Kuala Kangsar (1) Kuala Lumpur (4) La Herballe Medi & Spa (1) Lady's Socks (1) Laksa Kuala (1) Lanafira (1) Lazada (7) Lazada Malaysia (7) Lovely Pink (3) lovetropika (1) Lunch Buffet (5) Macau (2) Makan Malam (1) Makeup (1) Malaysia (4) Marios Italian Restaurant (1) Medan (16) Medispa (1) Miscellaneous (25) Moisturising Cream (1) Movie Addicter (32) Movie Review (1) Museum (6) Nasi Lemak (1) naturalskincare (1) Nyonya (1) Nyonya Cuisine (1) Only In Penang (35) Pakaian Wanita (1) Party (1) Penang (58) Penang Cafe (14) Penang Food (31) Penang Halal Food (13) Penang Hotel (15) Penang Museum (6) Penang My Hometown (105) Penang Places (24) Penang Restaurant (9) Penang Spa (1) Peplum (1) Perak (1) Perfume (1) Personal Life (184) Phnom Penh (1) Postcard (1) Potato (1) Potato USA (1) Printcious (2) Product (20) Product Review (84) Produk (13) Produk Kecantikan (20) Produk Kesihatan (9) Projek Nasi Lemak (1) Projek Nasi Lemak Box (1) Promotion (1) Ramadan (11) Ramadan Buffet (9) Review (97) Saturday Buffet Dinner (2) Seamless Socks (1) Selangor (4) Serum (1) Shah Alam (1) Shenzen (1) ShopBack (1) ShopBackMalaysia (1) Short Trip (5) shurahmalaysia (1) shurahmy. shurahariana (1) shurahpencerah (1) Siem Reap (1) Simply Delicious (3) Smartphone (1) Souvenir (2) Sport Attire (2) Staycation (2) Steamboat (1) Stokin (1) Stylo Shot from My Closet (12) Sunday Buffet Lunch (2) Suplemen (1) Sushivid (1) Susu Kambing (2) syampu (1) Terangganu (4) Thailand (1) Trang (1) Travel (2) Traveloka (4) TV Show (1) Vacation Trip (44) viva la pasta (1) wanitaberhijab (1) WD-40 (2) Wordless Wednesday (7) Zuhai (1)