Royale Affair Wedding Showcase di Hotel Royale Chulan Pulau Pinang

July 15, 2018

Salam dan Hai semua,

Anda bakal melansungkan perkahwinan?
Anda mencari lokasi yang sesuai untuk hari bahagia anda?

www.liahasty.com
Lia bergambar dengan model yang memperagakan busana pengantin di Royale Affair Wedding Showcase 2018 

Hotel Royale Chulan Pulau Pinang sangat mengalu-alukan kedatangan bakal pengantin lelaki dan perempuan untuk mengunjungi Royale Affair Wedding Showcase yang akan berlansung selama sebulan pada bulan Julai ini dari 10 pagi hingga 6 petang.

Pengenalan Ringkas Mengenai Hotel Royale Chulan Pulau Pinang

Hotel Royale Chulan Pulau Pinang terletak di tengah-tengah Tapak Warisan UNESCO di George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Harta warisan 4-bintang ini menawarkan gabungan sejarah menarik melalui seni bina dan gaya kolonialnya, dan kemewahan moden menerusi penginapan unik dan pilihan bersantap gourmet. Sebahagian daripada hotel ini di Pulau Pinang adalah bangunan warisan yang dipulihkan dengan indah yang dibina pada tahun 1892 yang menyediakan kecanggihan zaman kuno yang unik untuk Hotel Royale Chulan Pulau Pinang .

Terdapat juga beberapa cawangan Hotel Royale Chulan yang lain. Antaranya Royale Chulan Kuala Lumpur, Royale Chulan Damansara, Royale Chulan Bukit Bintang, Royale Chulan The Curve, Royale Chulan Seremban, Royale Chulan Cherating dan Royale Chulan Hyde Park London.

Royale Affair Wedding Showcase 2018

Hotel Royale Chulan Pulau Pinang memang dikenali sebagai heritage inspired hotel dan lokasi popular sebagai tempat perkahwinan untuk pengunjung tempatan dan juga antarabangsa. Selepas kejayaan Wedding Showcase 2 tahun lepas, mereka kembali lagi untuk tahun 2018 ini selama sebulan. Royale Affair Wedding Showcase 2018 diadakan di Boustead Hall di tingkat satu hotel dimana telah diubah suai dengan cantik mengikut tema perkahwinan dari official partner, Glory Florist.

Pengunjung yang mengunjungi Royale Affair Wedding Showcase 2018 juga berpeluang melihat sendiri hotel dengan pelbagai kemudahan yang disediakan dan merasai sendiri pengalaman heritage hotel ini. Pengunjung akan dibantu oleh kakitangan sales team untuk melihat bagaimana kelengkapan di lokasi dan pelbagai idea dekorasi, hiasan dan gubahan sempena hari bahagia anda.

Pengunjung yang memilih sebagai lokasi perkahwinan dan hari bahagia, mereka juga layak memenangi Complimentary Stay & Meal Voucher dari beberapa vendor terpilih di bawah naungan Royale Chulan Hotel & Resort Group. Pasangan pengantin juga dapat tiket percuma ke Made In Penang Interactive Museum, baucar percuma Afternoon Tea Promo bersama TWG tea di Tea Room, dan satu sabun heart-shaped dari Hotel Royale Chulan Pulau Pinang selepas mereka berdaftar pakej perkahwinan. 

Pengunjung yang datang Royale Affair Wedding Showcase 2018 akan menerima complimentary Gift Bag bernilai RM350 bersama baucar hadiah dari Lava Nails, Mon Cherri, Made In Penang Interactive Museum, Pisces SPace Studio, VKN Jewellers & Bridal Trend!

Terima kasih Hotel Royale Chulan Pulau Pinang kerana menjemput Lia untuk acara Royale Affair Wedding Showcase 2018 kali di mana Lia berpeluang melihat sendiri sudut luar arkitek, struktur dan dekorasi dalaman hotel dan juga dapat melihat beberapa kemudahan (facilities) yang terdapat di hotel ini. Terasa sangat bangga dengan Hotel Royale Chulan Pulau Pinang merupakan heritage hotel bertepatan dengan Pulau Pinang merupakan bandar warisan UNESCO.

Royale Affair Wedding Showcase 2018 di Boustead Hall, Tingkat 1

www.liahasty.com
Pintu masuk Boustead Hall Tingkat 1 - Royale Affair Wedding Showcase 2018
www.liahasty.com
Simple gift untuk pengunjung lelaki dan wanita - Royale Affair Wedding Showcase 2018
www.liahasty.com
Simple gift untuk pengunjung lelaki dan wanita - Royale Affair Wedding Showcase 2018

www.liahasty.com
Salah satu dekorasi dan hiasan Royale Affair Wedding Showcase 2018
www.liahasty.com
Salah satu dekorasi dan hiasan Royale Affair Wedding Showcase 2018
www.liahasty.com
Model memperagakan Busana Pengantin Royale Affair Wedding Showcase 2018
www.liahasty.com
Model memperagakan Busana Pengantin Royale Affair Wedding Showcase 2018

www.liahasty.com
Salah satu dekorasi dan hiasan Royale Affair Wedding Showcase 2018 

www.liahasty.com
Salah satu dekorasi dan hiasan Royale Affair Wedding Showcase 2018 
www.liahasty.com
Salah satu dekorasi dan hiasan Royale Affair Wedding Showcase 2018ng
www.liahasty.com
Salah satu dekorasi dan hiasan Royale Affair Wedding Showcase 2018
www.liahasty.com
Salah satu dekorasi dan hiasan Royale Affair Wedding Showcase 2018
www.liahasty.com
Salah satu dekorasi dan hiasan Royale Affair Wedding Showcase 2018
www.liahasty.com
Salah satu dekorasi dan hiasan Royale Affair Wedding Showcase 2018 
www.liahasty.com
Salah satu pakaian pengantin Royale Affair Wedding Showcase 2018
www.liahasty.com
Salah satu dekorasi dan hiasan Royale Affair Wedding Showcase 2018 

Desert Table

www.liahasty.com
Dessert Table Royale Affair Wedding Showcase 2018 
www.liahasty.com
Dessert Table Royale Affair Wedding Showcase 2018 

Grand Ballroom
www.liahasty.com
Grand Ballroom Royale Affair Wedding Showcase 2018
Grand Ballroom ini dapat memuatkan anggaran 300 - 500 tetamu termasuk susunan kerusi dan meja, platform, dan juga beberapa kemudahan lain. Sejarah lepas, terdapat pelbagai perkahwinan yang dijalankan di sini seperti perkahwinan kaum Melayu, India dan juga Cina. Dekorasi dalaman ini memang betul mewah dan warna kuning nya bangkit dengan pantulan lampu yang terang. Corak permaidani di sini merupakan tempahan khas dan hanya anda dapat lihat di cawangan hotel Royale Chulan sahaja.

Anda juga boleh memilih barisan makanan seperti bufet atau ala carte mengikut citarasa, menu dan kesesuaian anda. Perkahwinan kaum Melayu dan India selalunya akan memilih hidangan bufet manakala perkahwinan kaum Cina kebanyakkannya ala carte. Anda juga boleh memillih dekorasi tambahan jika anda mahu dan maklumkan kepada pihak hotel.

Swimming Pool & Jacuzzi



www.liahasty.com
Swimming Pool & Jacuzzi Royale Affair Wedding Showcase 2018 
Bakal pasangan pengantin juga dapat bergambar memori prewedding di Swimming Pool & Jacuzzi dan ianya PERCUMA termasuk dalam pakej.

Bridal Suites

www.liahasty.com
Bridal Suites - Royale Affair Wedding Showcase 2018

www.liahasty.com
Bridal Suites - Royale Affair Wedding Showcase 2018 

www.liahasty.com
Bridal Suites - Royale Affair Wedding Showcase 2018 
Bakal pasangan pengantin yang mengambil pakej perkahwinan di sini, anda juga dapat merasai pengalaman di Bridal Suites yang dihias indah sempena hari bahagia anda.

Refreshments


www.liahasty.com
Refreshments - Mini Cupcakes & Assorted Fruits Tartlet
Refreshments - Assorted Mini Macaroon & Chocolate Pralins
Refreshments - Bruschetta, Smoked Salmon, Deep Fried Brie Cheese On Toast, Cheese & Cucumber Sandwich, & Tropical Fruit Skewer
Refreshments - Creamy Wild Mushroom Soup Served with Bread Rolls
Refreshments - Fettuchini Napolitana, Grilled Lamb Cutlet with Potato & Grilled Vegetable, Deep Fried Chicken with Blackpepper & Capsicum, & Pandan Chicken
Refreshments - French Pastries, Mini Strawberry Switchroll, 

Sempena lawatan kami sebagai blogger dan media, kami juga dihidangkan dengan beberapa refreshments dari pihak Hotel Royale Chulan Pulau Pinang. Menu yang dihidangkan memang menarik dan sedap!

_______________________________________________________________ 

www.liahasty.com
 Royale Affair Wedding Showcase 2018 

 Kepada bakal pengantin di luar sana, Lia syorkan anda kunjungi segera yang di adakan di di Boustead Hall Tingkat 1, jam 10 pagi hingga 6 petang. Tempahlah segera lokasi perkahwinan anda sebelum terlambat.

Untuk butiran dan maklumat lanjut seperti di bawah :


Hotel Royale Chulan Pulau Pinang

Alamat : 1-2 Pengkalan Weld,
Georgetown, 10300 Pulau Pinang, Malaysia

Tel: +604-259 8888
Fax: +604-205 1111

Email: info@royalechulan-penang.com

Waktu Operasi : 7.20 pagi hingga 12 malam



Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community