Produk Halal Facial Wipes, Wet Tissue dan Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World

2:29:00 PM

Salam dan Hai semua,

Selalunya Lia akan berkongsi mengenai produk skincare atau makeup bukan. Tetapi kali ini Lia nak kongsi cerita mengenai produk yang agak lain sikit dari produk sebelum ini. Wanita memang selalu menitikberatkan penjagaan wajah dengan memilih skincare yang terbaik mengikut kulit wajah. Untuk menata rias wajah supaya lebih berseri pula akan memilih produk makeup yang menjadi pilihan hati.

www.liahasty.com
Produk Halal Facial Wipes, Wet Tissue dan Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World
Anda juga akan selalu membersihkan wajah jika tidak selesa atau selepas solekan berjam-jam. Apa yang anda guna untuk hapuskan solekan anda dengan kadar segera dan cepat? Adakah anda mengusung makeup remover dengan saiz yang agak besar dan berat ke sana sini.

www.liahasty.com
Produk Halal Facial Wipes, Wet Tissue dan Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World
Ada jalan penyelesaian lain selain menggunakan makeup remover. Anda boleh menggunakan Wet Tissue ataupun dikenali sebagai Cleansing Wipe. Banyak kelebihan menggunakan Wet Tissue dimana kesannya lebih memberansangkan selepas pemakaian. Di samping itu ada juga keistimewaan wet tissue dimana ianya saiznya ringan, senang digunakan, mudah dibawa dan diletakkan di dalam tas tangan anda.

Terdapat banyak produk Wet Tissue yang dijual di pasaran dan kadang-kadang anda keliru memilih mana yang bersesuaian dengan anda. Lia nak mengesyorkan Wet Tissue dari jenama Imaan Suci World untuk pembaca semua. Produk kali ini Lia gunakan sendiri dan tengok hasilnya selepas pemakaian. 

Produk Imaan Suci World dikelolakan oleh usahawan wanita dari Malaysia iaitu Puan Wawa. Produk jenama ini sudah meningkat dan setanding produk antarabangsa yang lain. Kalau sebut jenama Imaan rasanya sudah dikenal ramai. Kalau pergi mana-mana kedai jamu, atau kedai kecantikan mesti akan lihat sendiri produk jenama Imaan bersusun rapi.

www.liahasty.com
Produk Halal Facial Wipes, Wet Tissue dan Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World
Produk utama dari  Imaan Suci World ialah wet tissue ataupun dikenali dengan Tisu Basah Halal. Memang selamat digunakan dan tanpa was was. Antara produk wet tissue yang dikeluarkan ialah Imaan Facial Wipes, Imaan Feminine Wipes, dan Iman Family Wipes. Lia telah mencuba salah satu wet tissue iaitu Imaan Facial Wipes.

Imaan Suci Facial Wipes

www.liahasty.com
Produk Halal Facial Wipes keluaran Imaan Suci World
Pembungkusan produk Imaan Suci Facial Wipes

Produk dibungkus dengan baik dan produk tidak bocor. Ia didatangkan dalam warna putih dan biru dan sticker berlabel BIRU di pembukaan. Sekeliling pek dilabelkan dengan bahan dan kandungan, cara penggunaan, logo dan nama produk.

www.liahasty.com
Produk Halal Facial Wipes keluaran Imaan Suci World
1 PACKS = 10 SHEETS
Setiap pek ada 10 keping wet tissue

Semua untuk semua jenis kulit

Kebaikan Imaan Suci Facial Wipes

➤ Fungsi Pembersih Wajah
Fungsi pembersih solekan (deep cleansing)

➤ Formula Aloe Vera & Vitamin E
Tambahan Formula Minyak Argan

➤ Membersih dan menyegar
Membersih dan melembap

➤ Sesuai untuk kulit berminyak
Sangat sesuai untuk kulit kering & sensitif

Kelebihan Imaan Suci Facial Wipes

1) Tidak mengandungi sebarang alkohol 
2) Membuang segala makeup yang kalis air 
3) Mampu membersihkan makeup yang tebal-tebal 
4) Fungsi 2 Dalam 1 (Membersih & Menyegarkan) 
5) Sesuai digunakan semua jenis kulit muka, kulit yang sensitif pun boleh gunakan 
6) Mudah dibawa ke mana sahaja. 
7) Diiktiraf tisu Halal oleh JAKIM- suci dan selamat untuk digunakan
 • Dermatologically Tested • Formaldehyde Free • Paraben Free • Alkohol free

Bahan dan Kandungan Imaan Suci Facial Wipes
Purified Water, Glycerin, Propylene Glycol, Phenoxyethanol, Polysorbate 20, Perfume, Cetylpyridinium Chloride, Cocoamidopropyl Betaine, Tocopheryl Acelate, Aaloe Barbadensis Leaf Juice.

www.liahasty.com
Kesan selepas penggunaan Facial Wipes 
Cara Penggunaan Imaan Suci Facial Wipes
Buka bukaan sticker di bahagian hadapan dan tarik tisu keluar dari pek.

Amaran 
➤ Sentiasa tutup bukaan sticker di bahagian hadapan untuk mengekalkan kelembapan.
➤ Jauhkan produk dari terkena cahaya matahari ataupun panas.

Harga produk Imaan Suci Facial Wipes
1 paket : RM 6.00
3 paket : RM 15.00
1 kotak: RM 85.00

 Imaan Premium Wet Tissue

www.liahasty.com
Premium Wet Tissue keluaran Imaan Suci World

Ini merupakan produk terbaru keluaran Imaan Suci World.

Pembungkusan produk Imaan Premium Wet Tissue
Produk dibungkus dengan baik dan produk tidak bocor. Ia didatangkan dalam warna putih dan biru dan stiker berlabel PINK di pembukaan. Sekeliling pek dilabelkan dengan bahan dan kandungan, cara penggunaan, logo dan nama produk.

www.liahasty.com
Premium Wet Tissue keluaran Imaan Suci World

1 PACKS = 10 SHEETS
Setiap pek ada 10 keping wet tissue

Semua untuk semua jenis kulit

Kebaikan Imaan Premium Wet Tissue

➤ Untuk kulit kering
➤ Mengandungi khasiat Argan Oil, Aloe Vera dan Vitamin E bagi melembap dan melindungi kulit muka.
➤ Sehelai tisu cukup untuk menanggalkan solekan seluruh wajah, permukaan honeycomb - gandakan kuasa menanggal makeup walaupun waterproof makeup
➤ Dermatologically Tested, Formaldehyde Free, Paraben Free, Alcohol free

Kelebihan Imaan Premium Wet Tissue
1) Fungsi Pembersih Solekan (deep cleansing)
2) Tambahan Formula Minyak Argan
3) Membersih dan melembap
4) Sangat sesuai untuk kulit kering dan sensitif
5) Mengandungi : - Argan Oil, Aloe Vera & Vitamin E

Bahan dan Kandungan Imaan Premium Wet Tissue
Purified Water, Glycerin, Propylene Glycol, Phenoxyethanol, Polysorbate 20, Perfume, Cetylpyridinium Chloride, Cocoamidopropyl Betaine, Tocopheryl Acelate, Aaloe Barbadensis Leaf Juice.

www.liahasty.com
Kesan selepas penggunaan Premium Wet Tissue keluaran Imaan Suci World
Cara Penggunaan Imaan Premium Wet Tissue
Buka bukaan sticker di bahagian hadapan dan tarik tisu keluar dari pek.

Amaran 
➤ Sentiasa tutup bukaan sticker di bahagian hadapan untuk mengekalkan kelembapan.
➤ Jauhkan produk dari terkena cahaya matahari ataupun panas.

Harga produk Imaan Premium Wet Tissue
1 paket : RM 8.00
3 paket : RM 20.00
1 kotak: RM 120.00

Pendapat Lia selepas menggunakan Wet Tissue

Selepas Lia mencuba kedua-dua wet tissue Imaan Suci Facial Wipes dan Imaan Premium Wet Tissue, memang Lia jatuh hati dengan produk ini. Antaranya sebabnya:

1) Membersihkan wajah dan memberikan kesan yang sangat menyegarkan sebab memang Lia suka produk yang mudah digunakan dalam apa situasi pun

2) Membersihkan solekan dengan pantas dan tak perlu membawa makeup remover dalam bentuk cecair

3) Saiznya yang ringan dan mudah di bawa memang sesuai untuk Lia yang banyak travel

4) Produk ini wangi dan rasa selesa ketika menggunakannya.

5) Pembungkusan produk yang bagus dan cecair dari dalam wet tissue tidak bocor. Wet Tissue tidak kering berbanding dengan produk wet tissue yang Lia pernah cuba sebelum ini.

6) Setiap pek didatangkan dengan 10 helai wet tissue. Dengan penggunaan sehelai wet tissue cukup untuk membersihkan kulit wajah. Boleh digunakan di kedua-dua pemukaan. Kalau Lia menggunakan makeup remover jenis cecair akan menggunakan banyak kapas muka untuk menanggalkan solekan.

www.liahasty.com
Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World

 Imaan Suci World
 bukan sahaja keluar produk wet tissue malah terdapat rangkaian produk yang lain. Salah salah satunya ialah Jardin Air Cushion Foundation.

Jardin Air Cushion Foundation

www.liahasty.com
Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World

Pembungkusan produk Jardin Air Cushion Foundation
Produk dibungkus di dalam kotak berwarna hitam yang berlabel dengan nama produk dan bahan kandungan. Produk Air Cushion Foundation datang dalam berwarna putih dan dalam bentuk compact. Is juga didatangkan dengan cushion puff. Terdapat cermin dimana anda boleh aplikasi foundation sambil melihat cermin. 

www.liahasty.com
Pandangan Hadapan, Sisi dan Belakang Produk Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World

Semua untuk semua jenis kulit

Produk Halal Facial Wipes, Wet Tissue dan Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World
Pandangan dari dalam produk Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World

www.liahasty.com
Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World

www.liahasty.com
Cushion puff turut disediakan Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World

Kelebihan Jardin Air Cushion Foundation

➤ Argan Oil
➜ Melembabkan kulit yang kering
➜ Mengatasi jerawat
➜ Mengatasi sunburn
➜ Mengatasi kulit kusam & gelap

➤ Kelebihan
➜ Tekstur pekat setanding liquid foundation
➜ Dap-dap tak kotorkan jari
➜ Tidak berminyak tetapi glowing
➜ Auto blend dengan warna kulit

➤ Ciri-Ciri
➜ SPF 50++
➜ Argan Oil
➜ Vitamin E

➤ Vitamin E
➜ Kulit kelihatan lebih muda
➜ Mencerahkan kulit
➜ Memudarkan jeragat
➜ Mengurangkan garis halus

www.liahasty.com
Saiznya kecil dan comel Jardin Air Cushion Foundation yang mudah dipegang 

Berat produk Jardin Air Cushion Foundation
10 gram

Bahan dan Kandungan Jardin Air Cushion Foundation
Aqua, Ethyhexyl Methoxycinnamate, Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond) Oil, Argania Spinosa (Argan) Kernal Oil, Caprylic/Capric Triglyceride, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Titanium Dioxide, Chamomilla Recutita (Matricaria)Flower Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Iron Oxides, Phenoxyetanol, Tocopheryl Acetate, Chlorphenesin, 1-2 Hexanedoil, Disodium EDTA.

Cara Penggunaan Jardin Air Cushion Foundation
Gunakan cushion puff dan tekan ke dalam foundation. Sapukan dan ratakan pada kulit wajah,

Harga produk Jardin Air Cushion Foundation
 RM 58.00

Pendapat Lia selepas menggunakan Jardin Air Cushion Foundation

www.liahasty.com
Sebelum dan Selepas menggunakan Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World

Lia memang suka dengan produk Cushion Foundation sebab senang nak bawa ke sana sini sebab serba lengkap dengan cushion puff. Senang nak apply ke wajah bila-bila masa sahaja perlu. Lia suka dengan produk Air Cushion Foundation dengan sekali pemakaian terus nampak hasil. Lia suka dengan medium coverage sebab nampak natural. Kulit nampak bermaya, segar dan tidak kusam.

Lia memang suka dengan produk keluaran Imaan Suci World ini. Lia dah cuba, Anda bila lagi?
Sekian sahaja Lia kongsikan salah satu produk favorite dan koleksi peribadi Lia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara penggunaan, boleh tonton video berikut:

Jangan lupa SUBSCRIBED akaun youtube Lia ya.

www.liahasty.com
Produk Halal Facial Wipes, Wet Tissue dan Jardin Air Cushion Foundation keluaran Imaan Suci World

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial yang lain:


Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 inspiration

APDM SAPS

Search This Blog

Labels

Accident (1) Activewear (2) AirAsia (1) Airport (2) Althea (3) Althea Korea (5) Aperio Natural (1) Award and Tag (40) Baju Kurung Moden (1) Basikal (1) Bateriku.com (1) BBQ (1) beautifulwithtropika (1) Beauty (22) Beauty Blogger (28) Beauty Product (34) Berrybright (1) Biscuit (1) Blog Review (82) Blogger Contest (7) Blusher (1) Body Scrub (1) Buddies Forever (77) Cafe (1) Cambodia (1) Cathay Pacific (1) Cenderahati (2) China (1) CNY (1) Coffee Srub (1) Collagen Blush Colour (1) Contest (5) Cream (1) Crew (1) Dessert (1) Dictionary (1) Dinner (1) Dragonair (1) Eating For Life (102) Ellvita (2) Emergency Triangle (1) Event (4) Event Review (9) Femingra (1) Flamingo by The Beach (1) Flamingo Cafe (1) Flight (3) Food (17) Food Review (41) Food Reviw (1) Footlink (2) Footlink Penang (2) Forest Colour (1) Ghost Musuem (1) Glow Gelenggang (1) Great Wishes (62) Hair Product (4) Halal Food (13) Hari Raya Aidilfitri (1) Hari Raya Buffet (1) Himalaya (1) Himalaya Malaysia (1) Hong Kong (3) Hotel (6) Hotel Review (3) Hotpants (2) Ice Cafe (1) Iitalian food (1) Indonesia (16) Ipoh (2) Ipoh Bali Hotel (1) italian food (1) Johor (1) Jom Makan (1) Jonlivia (2) K-Pop (1) Kamus (1) Kebaya Moden (1) Kedai Pajak (1) Kek Lok Si Temple (1) KL Cafe (1) Klang Parade (1) Konsert (1) Korean Product (5) Krim (1) Kuala Kangsar (1) Kuala Lumpur (4) La Herballe Medi & Spa (1) Lady's Socks (1) Laksa Kuala (1) Lanafira (1) Lazada (7) Lazada Malaysia (7) Lovely Pink (3) lovetropika (1) Lunch Buffet (5) Macau (2) Makan Malam (1) Makeup (1) Malaysia (4) Marios Italian Restaurant (1) Medan (16) Medispa (1) Miscellaneous (25) Moisturising Cream (1) Movie Addicter (32) Movie Review (1) Museum (6) Nasi Lemak (1) naturalskincare (1) Nyonya (1) Nyonya Cuisine (1) Only In Penang (35) Pakaian Wanita (1) Party (1) Penang (58) Penang Cafe (14) Penang Food (31) Penang Halal Food (13) Penang Hotel (15) Penang Museum (6) Penang My Hometown (105) Penang Places (24) Penang Restaurant (9) Penang Spa (1) Peplum (1) Perak (1) Perfume (1) Personal Life (184) Phnom Penh (1) Postcard (1) Potato (1) Potato USA (1) Printcious (2) Product (20) Product Review (84) Produk (13) Produk Kecantikan (20) Produk Kesihatan (9) Projek Nasi Lemak (1) Projek Nasi Lemak Box (1) Promotion (1) Ramadan (11) Ramadan Buffet (9) Review (97) Saturday Buffet Dinner (2) Seamless Socks (1) Selangor (4) Serum (1) Shah Alam (1) Shenzen (1) ShopBack (1) ShopBackMalaysia (1) Short Trip (5) shurahmalaysia (1) shurahmy. shurahariana (1) shurahpencerah (1) Siem Reap (1) Simply Delicious (3) Smartphone (1) Souvenir (2) Sport Attire (2) Staycation (2) Steamboat (1) Stokin (1) Stylo Shot from My Closet (12) Sunday Buffet Lunch (2) Suplemen (1) Sushivid (1) Susu Kambing (2) syampu (1) Terangganu (4) Thailand (1) Trang (1) Travel (2) Traveloka (4) TV Show (1) Vacation Trip (44) viva la pasta (1) wanitaberhijab (1) WD-40 (2) Wordless Wednesday (7) Zuhai (1)