Lip Addict Tea Party kolaborasi bersama SoAddicted Malaysia & The Butterfly Project

September 11, 2018

Salam dan Hai semua,

Selepas Lia attend BB Beauty Art Decor & Afternoon High-Tea di my hometown Pulau Pinang. Lia sekali lagi travel ke Kuala Lumpur untuk event seterusnya iaitu Lip Addict Tea Party kolaborasi bersama The Butterfly Project .

Lip Addict Tea Party bertemakan Pink Pink Pink (my favorite colour) bertempat di Happ Cafe, Mutiara Tropicana Damansara. Acara berjalan lebih kurang 3 jam dari pukul 3 hingga 6 petang pada 25 Ogos lepas. Perasaan tak sabar berkobar-kobar nak datang acara ini & nak jumpa kawan blogger yang lain,

Pendaftaran

Seramai 30 orang blogger terpilih untuk acara Lip Addict Tea Party. Lia rasa bertuah terpilih sebagai salah seorang blogger untuk acara kali ini. Ketibaan blogger disambut dengan senyuman seorang kakitangan The Butterfly ProjectBokoaz Chanunya yang berasal dari Thailand.

Photo Session



Seperti biasa, setiap blogger akan bergambar terlebih dahulu bersama pakaian masing-masing mengikut tema Pink Pink Pink. Kami bergambar dengan semua dekorasi yang super duper cute, dikelilingi dengan dessert dan berlatar belakangkan suasana cafe yang floral gitu. Memang sesuai sangat untuk instagrammer gitu. Photographer of the day semestinya Eros Si yang akan mengambil gambar super duper lawa & awesome.

My OOTD



Untuk tema Pink Pink Pink kali ini, Lia hanya mengenakan peplum pink top dan match kan bersama pencil skirt juga high heels. Kalau nak cari baju warna Pink, memang tak risau sebab memang banyak koleksi baju warna kegemaran.

LipAddict Tea Party kolaborasi bersama SoAddicted Malaysia


Dekorasi acara Lip Addict Tea Party kali ni sangat meriah dan memang bertepatan dengan tema  Pink Pink Pink . Memang Instagrammable party ini dan banyak gambar-gambar cantik boleh snap on that day.







Sementara menunggu kedatangan Butterflies yang lain, blogger yang sampai awal dibenarkan pilih tempat duduk di tempat masing-masing. Dari jauh dah nampak meja dan bersusun dengan Pink Paper Bag berlabel SoAddicted untuk setiap blogger. Terus rasa excitednya tak sabar nak tahu details pasal produk ini.

Setiap blogger akan dapat Pink Paper Bag & Goodies Bag merupakan lipgloss dari LipAddict




Dia atas meja juga disediakan beberapa produk lipgloss untuk dicuba, kapas, makeup remover, lips applicator, cermin dan risalah. Tengok sahaja semua produk jadi tak sabar nak cuba kesemuanya.



Seterusnya acara bermula dengan pembuka majlis oleh emcee, Sydney & Leonard yang merupakan kakitangan The Butterfly Project.



Kemudian dengan diberi penerangan produk dari wakil jenama Miss Jenny dari SoAddicted Malaysia .


Masing-masing tekun mendengar penerangan dan demo untuk LipAddict.

Apa itu LipAddict?



LipAddict bukan sekadar 'lip gloss' dan ia adalah rawatan bibir anti-penuaan (anti-aging) yang mengurangkan penampilan garis halus, hidrat, menganjalkan, dan meningkatkan definisi kontur bibir. Bibir dibiarkan lebih anjal, licin, lembut dan kelihatan lebih muda!



Tidak seperti lip gloss jenis lain yang terdapat di pasaran, rumus molekul ringan LipAddict menjamin bahawa bibir anda tidak akan ditinggalkan dengan sensasi melekit!







Ia datang dalam 12 warna cantik jadi anda boleh memadankan rawatan bibir dengan mood anda! Antara 12 gorgeous shade yang ada :

201 - Sweet Nothings
202 - Coralista
203 - Mon Cherie
205 - Sexy Seductress
206 - Pink Princess
207 - Innocence
208 - Razzle Dazzle
209 - Candy Swirl
210 - Glamour
211 - Air Kiss
212 - Pink Sugar
213 - Jewel



LipAddict juga merupakan produk yang hebat untuk seolah-olah suntikan bibir ataupun lebih anjal. Produk ini akan meningkatkan dan mengekalkan kesan yang berpanjaangaan dan pelanggan anda lebih menyukai bibir mereka!

Kebaikkan Lip Addict



Dry and chapped lips 
Formula LipAddict membuatkan bibir anda berasa segar dan ringan tanpa melekit. Minyak organik melindungi bibir dan mengunci kelembapan sementara asid hyaluronic memberikan kelembaban yang mendalam.

Anti-aging
Garis kedutan mulai ada? Minyak kolagen marin dan sasaran peptida anti-penuaan dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan di sekitar kawasan bibir.

Thin lips
Gunakan LipAddict untuk mendapatkan ekstra volume dan lebih anjal!

Finishing your look
Anda boleh merasa natural juicy bila dicampurkan di atas lipstik kegemaran anda untuk membuat bibir anda menonjol!

Compliments & Enhances Lip Fillers
Anda boleh menggunakan LipAddict untuk mengekalkan dan meningkatkan hasil bibir anda!

Tried and tested Professionally 
LipAddict adalah diuji dengan Dermatologist dan formula Scientist Kosmetik yang  dirumuskan untuk menjadi selamat dan berkesan.

Bahan dan Kandungan LipAddict



ASID AMINO
Asid Amino khusus membantu memperbaiki keadaan kulit dan memberikan penampilan yang licin. Ia secara khusus merangsang pertumbuhan kolagen, yang membantu mengurangkan garis halus dan kedutan

ASID HYALURONIK
Mengikat sehingga 100x berat molekulnya dalam air untuk memberikan kelembapan dan penghidratan dari dalam ke luar.

MARINE COLLAGEN
Bertanggungjawab untuk kekuatan kulit dan keanjalan. Dirumus khas untuk membantu melembapkan dan memuntahkan sel-sel kulit, sementara mikrosfera mengisi kedutan untuk mengurangkan penampilan bibir dan garis halus.

ORGANIC ALOE VERA
Vitamin dan mineral yang terdapat dalam bantuan lidah buaya dalam penyembuhan. Ia mengandungi pelembab, dan sifat menenangkan.

ACID ASCORBIC (Vitamin C)
Pekat vitamin C yang penuh dengan antioksidan ia menghalang kesan yang merosakkan alam sekitar. Juga menyediakan khasiat dan penghidratan untuk bibir untuk kekal sihat dan kenyal.

OIL CASTOR ORGANIK
Satu ramuan yang kuat yang menyembuhkan kulit yang meradang, melembapkan kulit dan melawan tanda-tanda penuaan.

TOPOPHERYL ACETATE (Vitamin E)
Anti-oksidan yang kuat, ia berfungsi untuk mencegah radikal bebas daripada badan. Ini memainkan peranan besar dalam proses penuaan, dengan mengurangkan kedut dan mengekalkan kulit muda.

ORGANIC APRICOT KERNEL OIL
Mengandungi asid linoleik gamma, yang membantu kulit mengekalkan keseimbangan kelembapan. Ia juga menyediakan pelinciran lembut dan ringan yang bagus untuk jenis kulit sensitif.

ORGANIC AVOCADO OIL
Satu sumber kaya asid lemak monosaturated, hebat untuk menghidrat dan melembutkan kulit. Dan menyediakan sejumlah besar antioksidan, membantu dalam keradangan.

ORGANIC JOJOBA SEED OIL    
Minyak Jojoba menyediakan kelembapan serta membentuk halangan yang berkesan mengunci kelembapan, mengekalkan bibir lembut dan lembut

ORGANIC GRAPESEED OIL
Minyak grapeseed adalah ringan dan mudah diserap oleh kulit. Ia menyuburkan dan membaiki kulit untuk mengurangkan bintik-bintik umur, kedutan dan mengetatkan kulit yang mengakibatkan kulit yang lebih bersemangat.

BEBAS DARIPADA:
Parabens, Sulfat, Hormon, Rawatan Buatan, Gluten Free, Toksik Bahan-bahan apa saja

-----------------------------------------------------------------------------



Untuk cara penggunaan produk SoAddicted Malaysia dari kami diberikan demo rawatan bibir, solekan di siang hari dan malam hari oleh Makeup Artist, Miss Phoebe. Solekan yang nampak mudah dan cantik, boleh cuba untuk next solekan nanti.



Apa yang kami belajar pada acara tersebut macam mana untuk merawat bibir anda sepanjang masa dengan menggunakan shade 213 - Jewel . Ini merupakan rawatan bibir setiap hati sebelum tidur. Pemakaian yang disiplin sepanjang satu bulan anda akan dapat lihat bibir anda lebih sihat, lebih lembap, dan lebih anjal.

Dalam masa yang sama, kami juga diberi peluang mencuba kesemua 12 warna produk dari LipAddict ini. Kami juga diajar oleh untuk mix dua warna yang sesuai dengan bibir sendiri. Miss Phoebe menggayakan dua shade 205 - Sexy Seductress dan 208 - Razzle Dazzle kepada model. Warna favorite Lia antara semua ialah 209 - Candy Swirl  kerana membuatkan bibir Lia lagi menyerlah. Yang paling best bila apply kat bibir akan rasa sejuk dingin dan rasa seperti chewing gum ataupun rasa seperti ubat gigi colgate!



Cara Penggunaan LipAddict

1) Sapukan lapisan nipis untuk membersihkan bibir pada waktu pagi dan malam. Sapukan lagi jikayang diperlukan.

2) Untuk hasil yang terbaik, gunakan produk ini sahaja, dua kali sehari selama 30 hari dan dengan penggunaan yang berterusan.

3) LipAddict® adalah sempurna jika disapukan produk ini semata-mata ke bibir sendiri atau sebagai gloss ke atas warna lipstick yang dikenakan di bibir

Goodies Bag






 Setiap blogger akan membawa pulang 3 jenis lipgloss dari LipAddict bernilai hampir RM600. Di sini kami akan mencuba sendiri di rumah dan lihat hasilnya dalam masa sebulan.



Antara 3 shade yang Lia dapat 206 - Pink Princess,  211 - Air Kiss dan 213 - Jewel .

Lia nak share testimoni mencuba 3 shade sebelum dan selepas penggunaan LipAddict

Testimoni sebelum dan selepas menggunakan shade 206 - Pink Princess




 Testimoni sebelum dan selepas menggunakan shade 211 - Air Kiss 



Testimoni sebelum dan selepas menggunakan shade  213 - Jewel 



Selepas mencuba dan menggunakan ketiga-tiga shade Lia memang suka dengan tekstur lipgloss dan bila apply dekat bibir memang sejuk rasa. Bibir pun akan jadi lebih anjal dah menyerlah. Yang paling penting produk ini sesuai dengan kulit bibir Lia sebab kulit memang agak sensitif dan bukan bersesuaian dengan sebarang produk. Shade 213 memang Lia pakai setiap hari sebelum tidur untuk merawat bibir. Shade 206 & 211 memang akan apply begitu sahaja ataupun selepas pemakaian lipstick. Sometimes Lia combine apply 1 shade ni untuk warna yang menarik.

Happ Cafe


Lip Addict Tea Party kali ini diadakan di Happ Cafe beralamat P-G-09, Jalan Mutiara Tropicana 1, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Happ Cafe, salah satu kafe paling menarik di bandar, bukan sahaja menawarkan kopi yang hebat, makanan panas, minuman yang menyegarkan, kek yang unik, pastri yang lazat, tetapi juga persekitaran yang selesa yang akan membuatkan anda merasa selesa.


Keistimewaan kafe ini dan membuatkan ia berbeza dari kafe-kafe lain ialah berkonsepkan Bunga. Kalau masuk kafe ini akan nampak hiasan deko bunga yang menarik. Kafe ini juga menjual dekorasi bunga, poskad, mengadakan bengkel dan macam-macam lagi.

Operasi : 10.00AM-11.00PM setiap hari
(Tutup setiap hari Isnin)

Dessert Table



Lia suka sangat dengan dekorasi dessert table yang berkonsepkan memang kena dengan tema.  Hidangan dessert memang memukau dan memikat selera seperti mini cakes, cupcakes brownie popsicles, macarons, tart dan banyak lagi.

Food of the Day



Makan Time!
Kami semua juga dihidangkan makanan ringan selain dessert sebelum balik.

Pretty butterflies with Pink themed



Acara selesai dan sesi bergambar bersama semua pretty Butterflies, kakitangan The Butterfly Project dan juga SoAddicted Malaysia. Thanks a lot to Mamasan Tammy Lim with her The Butterfly Project team, dan juga SoAddicted Malaysia kerana menganjurkan Lip Addict Tea Party. Thanks Eros Si untuk gambar-gambar cantik yang tidak mengecewakan.

---------------------------------------------------------------

The Butterfly Project

SoAddicted Malaysia

Happ Cafe
Alamat : P-G-09, Jalan Mutiara Tropicana 1, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor
Facebook: Happ Cafe
Instagram:  @thehappcafe

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community