100% Mmmmm Khasiat Susu Semulajadi Susu UHT keluaran Fernleaf

October 12, 2018

Salam dan Hai semua,

Siapa penggemar minum susu setiap hari? Ada yang cakap tak minum susu sebab tak suka. Tapi tak sedar sejak bayi lagi kita diberikan susu. Dimulakan dengan susu ibu kemudian digantikan dengan susu lembu untuk membantu tumbesaran seseorang. 

Selfie bersama susu Fernleaf UHT bersama straw ajaib & lembu mainan.
Susu merupakan minuman berkhasiat yang mengandungi kalsium tinggi dan vitamin utama untuk membantu perkembangan tubuh dan kekuatan tulang serta gigi. Susu juga digalakkan minum setiap hari dimana terdapat banyak khasiat dan manfaatnya yang tersendiri. Susu  merupakan nutrisi utama yang diperlukan dalam badan dan memiliki beberapa kandungan nutrisi yang kompleks antaranya, Vitamin D, Vitamin B12, Vitamin A, Kalsium dan protein. 



Daripada kita lahir lagi susah diberikan susu untuk perkembangan minda. Susu bukanlah hanya minuman untuk bayi sahaja, tetapi untuk setiap peringkat umur dan jantina termasuklah kanak-kanak, dewasa dan juga warga emas.  Ramai yang masih mengabaikan minum susu, di mana anda seorang yang sangat rugi. 

Gambar sumber dari Google

Lia juga tidak ketinggalan mengamalkan minum susu setiap hari. Jenama susu pilihan Lia mestilah Fernleaf dari New Zealand. Untuk pengetahuan anda semua, susu jenama Fernleaf adalah pilihan keluarga sejak dari dahulu lagi. Ibu Lia memilih susu Fernleaf sebagai vitamin utama untuk tumbesaran dari bayi hinggalah kanak-kanak. Kini bila sudah dewasa, diri sendiri mengamalkan minum susu dari Fernleaf.

Jenama Fernleaf memang tidak asing lagi dan memang well known yang dikenali sejak dari dahulu lagi. Susu jenama Fernleaf juga mempunyai rangkaian produk yang pelbagai sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda hendak membeli susu untuk seisi keluarga, untuk bayi anda, untuk kanak-kanak dan juga dewasa, Fernleaf lah jawapan untuk jenama susu anda.

Sebab-sebab Utama susu Fernleaf jadi pilihan ramai

Susu jenama Fernleaf merupakan susu semulajadi yang dibuat di New Zealand. New Zealand memang dari dahulu lagi sudah digembar-gemburkan mengenai ladang lembu yang meluas dan penghasilan susu yang berkhasiat. Dari dulu lagi kalau iklan Fernleaf mesti akan ada tunjuk ladang lembunya yang sihat dan rumpuynya yang segar. Lia pun sampai terimpikan teringin nak melawat dan menyaksikan sendiri jutaan lembu kat New Zealand. Lia ada simpan hasrat nak ke negara sana dan salah satu wishlist nak melawat ladang lembu di sana.



Ladang lembu merupakan sumber pertanian tenusu utama di New Zealand. Berjuta-juta lembu dan kambing biri-biri diternak di New Zealand melebihi populasi 4.3 juta penduduk New Zealand. Sebab itulah juga kualiti daging lembu New Zealand sangat baik dan harganya pun agak mahal. Kalau lembu New Zealand berkualiti apatah lagi susu keluaran negara ini. New Zealand menghasilkan susu lembu yang berkualiti daripada lembu-lembu yang diternak.

Jom Lia nak terangkan dengan lanjut lagi kenapakah anda perlu minum susu jenama keluaran Fernleaf.

Grass-fed dairy cows – graze outdoors freely



Oleh kerana iklim, New Zealand adalah salah satu daripada beberapa tempat di dunia di mana lembu tenusu dapat makan rumput di luar rumah hampir sepanjang tahun di rumput segar yang memberi mereka yang terbaik dari alam untuk menghasilkan susu berkhasiat. Lembu tenusu yang diberi makan rumput di ladang yang luas dengan bebas.

High quality fresh grass

Kesegaran rumput itu tentu sekali bergantung kepada suhu tanah. Suhu paling sesuai untuk menghasilkan rumput yang baik seharusnya melebihi 10 darjah Celsius. Manakala suhu paling rendah untuk pertumbuhan rumput yang sesuai sekitar 10 hingga 15 darjah Celsius. Lembu yang dijaga dengan baik yang diberi makan rumput semula jadi berkualiti tinggi dan menghasilkan lembu yang sihat.

Produce milk naturally



New Zealand adalah sebuah negara dengan tanah subur, hujan yang sangat baik dan cahaya matahari yang banyak, menjadikannya salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Lembu sihat yang dijaga rapi akan menghasilkan susu secara semulajadi.

Dairy expert

Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam pertanian tenusu, warisan dan kepakaran petani kami telah menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam tenusu hari ini. Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara bersih dan air, lembu akan menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.

100% Mmmmm



Dengan piawaian yang tinggi dari segi keselamatan makanan dan kualiti untuk 100% kebaikan yang dipercayai, sememangnya rasa susu Fernleaf adalah 100% Mmmm untuk diminum.

Made with 100% Milk from New Zealand



Susu Fernleaf dibuat dengan 100% Susu dari New ZealandFernleaf percaya bahawa susu berkualiti datang daripada sumber yang dipercayai. Lembu-lembu sihat yang diberikan rumput segar New Zealand sepanjang tahun menghasilkan susu yang penuh dengan khasiat semula jadi.



Produk tenusu berkualiti tinggi bukan saja bermula dengan rumput berkualiti tinggi, malah keluarga penternak juga komited kepada piawaian kawalan kualiti yang ketat antaranya menerusi ujian di ladang juga penilaian alam sekitar.


Anda sudah baca sendiri bukan? Banyak betul kebaikan susu jenama keluaran Fernleaf ni kan. Lia pun tambah lagi ilmu pengetahuan dengan semua informasi ini. Untuk pengetahuan anda juga, susu Fernleaf terdapat banyak produk keluarannya selain susu tepung. Jom kita tengok rangkaian produk-produk susu Fernleaf.

Rangkaian produk susu Fernleaf

Fernleaf juga merupakan produk tenusu di bawah nama besar Fonterra. Fonterra berjanji kepada pembeli dimana anda membeli salah satu produk mereka contohnya Fernleaf, anda akan menikmati di antara tenusu terbaik dunia. 

Antara rangkaian produk keluaran Fernleaf ialah :
1) Susu UHT Fernleaf
2) Yogurt Fernleaf
3) Susu Tepung Fernleaf Family

Susu UHT Fernleaf

Susu UHT Fernleaf yang sangat enak dengan 3 perisa yang memberikan anda sekeluarga protein, kalsium, vitamin A & D. 

Saiz pek yang tersedia :
Full Cream - 200ml & 1 liter
Low Fat - 1 liter
Coklat - 200ml & 1 liter


Yogurt Fernleaf


Nikmati rasa yogurt berkrim, rendah lemak dan kurang gula. Rasanya yang enak mestilah pilihan bijak untuk seisi keluarga. Nikmatulah ketikaa bersarapan ataupun sebagai snek.

Tersedia dalam pek 110 gram untuk semua perisa :
Perisa asli, Strawberi, Beri Campuran & Mangga


 Susu Tepung Fernleaf Family

Susu Tepung Fernleaf merupakan produk yang dikenali ramai dari dahulu lagi. Sebelum wujudnya susu UHT dan yogurt, Fernlead memang dah terkenal dengan susu tepugnya. Produk ini juga terbahagi kepada 3 iaitu :

i) Susu Tepung Segera dan Penuh Fernleaf
ii) Susu Tepung Penuh Fernleaf
iii) Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Fernleaf

Susu Tepung Segera dan Penuh Fernleaf

Saiz pek yang tersedia :
Susu tepung penuh krim: 300gram, 550gram, 900gram, 1.8gram
Susu Tepung segera: 550gram, 1.1 kg

Susu Tepung Penuh Fernleaf

Saiz pek yang tersedia : 175gram, 550gram, 900gram, 1.8gram

Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Fernleaf

Saiz pek yang tersedia :
Fernleaf 1 - 3 tahun 
Asli : 300gram, 550gram, 900gram
Madu : 300gram, 550gram, 900gram

Fernleaf 4 - 6 tahun 
Asli : 550gram, 900gram
Coklat : 900gram

Banyak bukan produk-produk keluaran Fernleaf ini, bukan sahaja susu tepung malah turut ada susu UHT dan yogurt. Susu Fernleaf juga bukan sahaja untuk bayi dan kanak-kanak malah untuk orang dewasa. Senang cakap sesuai untuk semua jenis peringkat umur. Dimana semua produk telah diklasifikan mengikut peringkat umur darilah bayi, dewasa hinggalah kanak-kanak. Inilah dikatakan susu untuk seisi keluarga. Memang terbaik bukan. Kalau pergi pasaraya bersama keluarga, terus borong semua susu untuk ayah, ibu dan anak-anak.

Susu UHT Fernleaf


Maksud UHT : Ultra High Temperature merupakan salah satu teknologi pemprosesan makanan melalui kaedah pensterilan untuk membunuh spora-spora yang ada di dalam susu. Suhu yang digunakan adalah sebanyak 135 darjah celsius dalam temph masa selama 4 saat sahaja.

Susu lebih selamat untuk diminum selepas proses ini. Warna dan rasa juga agak berbeza memberikan kelainan kepada susu Fernleaf UHT ini. Berbanding dengan susu yang dikategorikan sebagai 'fresh milk' yang hanya menggunakan suhu setinggi 72 darjah celsius selama 15 saat.

Kelebihan susu UHT ini adalah lebih tahan lama berbanding susu yang bukan UHT. Jika kotak susu UHT tersebut masih belum dibuka, ianya mampu bertahan selama beberapa bulan ( 6 - 9 bulan ) jika dibandingkan dengan susu yang bukan UHT. Kebiasaannya, hanya dalam beberapa hari sahaja.

Lia suka sangat dengan susu Fernleaf UHT ini. Lia dah cuba dengan menggunakan straw ajaib ataupun hipster ini. Rasanya memang 100& Mmmmm. Ini adalah best selfie lia bersama susu dan straw sjaib

Kenapa anda perlu memilih susu jenama Fernleaf

1) Jenama yang dikenali ramai sejak dahulu lagi
2) Produk susu yang sesuai untuk seisi keluarga bermula dari bayi, kanak-kanak dan dewasa
3) Rangkaian produk yang pelbagai bukan sahaja setakat susu tepung malah susu UHT dan juga yogurt
4) Harga yang bersesuaian dan mampu beli
5) Kualiti susu yang mengikut piawaan

Gambar sumber dari Google

New Zealand salah satu negara yang ingin Lia lawati satu hari nanti. Lia nak tengok sendiri pemandangan indah padang rumput dan lembu-lembu yang sihat bekeliaran makan rumput dengan bebas. Lembu-lembu di sana juga berbeza dengan lembu di Malaysia. Selalu sangat tengok dipaparkan gambar dan video mengenai kenindahan dan kecantikan New Zealand. Alangkah beruntungnya Lia kalau dapat melihat sendiri bagaimana susu dihasilkan di sana. Selalu sangat pasang angan-angan nak kesana. Harap sangat mimpi ini nantu akan jadi kenyataan.

Goodluck kepada blogger yang lain. Semoga berjaya di dalam contest Fernleaf ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang susu Fernleaf dan segala promosi akan datang, boleh kunjungi laman web dan media social di bawah :

Website : https://www.fonterra.com
 Facebook: https://www.facebook.com/fernleafmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/fonterra.my/    

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community