BUY 1 FREE 1 Meat & Seafood BBQ Saturday Buffet Dinner di Hotel Flamingo By The Beach

October 20, 2018


Salam dan Hai semua, 

Bila sampai hujung minggu Lia lah orang yang paling gembira sekali. Yerlah cuti 2 hari boleh rest dekat rumah. Takpun jalan-jalan pergi makan-makan. Setiap minggu akan habiskan masa dekat rumah atau lepak bersama kawan-kawan. Kadang kala akan bersama keluarga makan malam di mana-mana restoran atau kedai makan.


Bulan Oktober ini, Lia dengan keluarga rancang nak celebrate birthday adik bongsu. Dalam masa yang sama nak juga makan di tempat istimewa dengan hidangan menu yang pelbagai. Maklumlah sekali sekala nak juga makan di luar, sebab mood memasak di rumah dah hilang sebab penat.

Lia pun mencari sambil melihat semua pilihan hotel yang ada di Pulau Pinang. Tiba-tiba Lia ternampak poster Saturday Buffet Lunch di Hotel Flamingo By The Beach. Sekarang mereka sedang mengadakan BUY 1 FREE 1 Flavour of Meat & Seafood BBQ Saturday Buffet Dinner. Memang promosi menarik sebab adik lia yang bongsu request nak makan seafood. Dalam masa yang sama, Lia nak bawa keluarga makan di sana dalam kuantiti ramai. Tiba-tiba datuk & nenek pun nak join juga bila sebut Seafood & BBQ. Lia terus buat panggilan tempahan untuk kami sekeluarga.



BUY 1 FREE 1
Percaya atau tidak Hotel Flamingo By The Beach mengadakan promosi BUY 1 FREE 1 untuk Flavour of Meat & Seafood BBQ Saturday Buffet Dinner, setiap hari SABTU sahaja bermula bulan Oktober 2018.

Anda perlu membayar dengan harga RM 88.00 untuk promosi BUY 1 FREE 1. Kiranya anda membayar amaun ini untuk 2 orang Dewasa. Promosi ini hanya untuk Dewasa tidak melibatkan kanak-kanak. Kanak-kanak & Warga Emas perlu membayar RM 48.00 dengan harga berumur dari 4 hingga 11 tahun.


Menu Meat & Seafood Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang

Flavour of Meat & Seafood BBQ Saturday Buffet Dinner BUY 1 FREE 1 ini menyediakan hidangan makanan yang sangat banyak pilihan dan variasi merangkumi daging lembu dan juga pelbagai jenis seafood bermula dari Appetizer, 

Appetizer

Fresh Seafood On Ice with Seafood Garlic Chili Dip & Lemon Wedges (Crab Claw, Flower Crab, Kani Stick, Half Shell Scallop, Half Shell Mussel, Prawns, Octopus, Murrex Shell) 
Fresh Seafood On Ice with Seafood Garlic Chili Dip & Lemon Wedges (Crab Claw, Flower Crab, Kani Stick, Half Shell Scallop, Half Shell Mussel, Prawns, Octopus, Murrex Shell) 
Penang Famous Rojak
Penang Famous Rojak
Smoked Fish & Salmon with Fresh Dill & Fennel Platter in Lemon Cream Cheese Dip
Assorted Cold Cut Platter
Roasted Blackened Beef With Mustard Fruit Platter
Cheese Platter with Fruits, Nut & Cracker
Crispy Chinese Savories Platter



California, Japanese Maki Sushi, Cone Temaki & assorted Nigiri Sushi with pickles, wasabi & soy
Aneka Salad & Dressing

Fresh Mushroom & Babycorn Salad, Italian Style Ratouille Salad
Mesclun tossed imported green salad and plain tomato, cucumber and carrot noodles
Salad Dressing
Aneka Jeruk

Fruits Pickles in Cup
Aneka Sup bersama Roti

French Bread Basket with butter
Beef Oxtail Soup 
Cream of pumpkin and potatoes with pesto garlic crouton
Main Dish (Hidangan Utama)

Steamed White Rice, Special Tomato Rice with Golden Raisin and Mint Leaf
Eggs Kurma,
Steamed Fresh King Prawns with Garlic & Black Vinegar,
Indian Style Braised Beef Fillet cooked with Coconut Spice,
Roasted Tandoori Potato Wedges
Stir Fried Kam Heong Flower Crab,
Char-Broiled Beef Rump Steak Forestiere with Sauteed Italian Fettucini Pasta
Lamb Stew Navarin with Baby Green & Potatoes,
& Braised Seasonal Vegetables with Bailing Mushroom, Dong Bei Black Agaric & Bean Stick
Fried Soft Bean Curd with Chicken Meat & Assorted Mushroom in Egg Drop Sauce,
& Chicken Cooked with Tomato & Chili
Half Shell Oyster Au Gratin


Stall & Craving

Hidangan makanan bukan sahaja berhenti setakat di hidangan utama sahaja, pengunjung boleh melawati gerai untuk menu BBQ di ruangan luar. Ada banyak lagi pilihan yang memukau selera anda.

BBQ Station (Clam, Jumbo Sausage, half shell mussel, marinated squid, banana leaf fish, marinated lamb chop, cajun beef steak, sweet corn, sweet potatoes & market vegetables.
Tandoori Ayam Golek
Tandoori Ayam Golek & Assorted Sauce
Assorted Sauce
Assorted Icecream with choice of topping
Roasted Beef
Roasted Beef





Dessert (Pencuci Mulut)

Kesudahan  Buffet anda mestilah diakhiri dengan hidangan pencuci mulut. Terdapat pelbagai pilihan dan jenis pencuci mulut. Anda perlu pilih saja kuih, kek, bubur dan banyak lagi hidangan akhir sebelum anda pulang.

Fresh Seasonal Fruits Platter

Cakes, Mousse, Assorted Tartlet, Local Sweet
Jelly & pudding
Bread and butter pudding with Vanilla Sauce

Hot Soybean Milk
Green Bean Broth
Dekorasi Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang


Sempena Flavour of Meat & Seafood BBQ Saturday Buffet Dinner BUY 1 FREE 1, pihak Hotel Flamingo By The Beach menyerikan lagi Flamingo Cafe dengan hiasan tersendiri mengikut tema yang ditetapkan.






Ruangan Flamingo Cafe ini sangat luas dan kedudukan perabut sangat teratur. Kebersihan juga penting dan semestinya makanan di sini HALAL. Sempena Flavour of Meat & Seafood BBQ Saturday Buffet Dinner BUY 1 FREE 1 ini telah menyediakan pelbagai ruangan kerana permintaan dan tempahan yang ramai. Pihak hotel akan memastikan kesemua pengunjung yang datang ke sini akan mendapat tempat duduk yang selesa dan kepuasan dalam menjamu selera.

Pengenalan Ringkas Flamingo By The Beach, Pulau Pinang

Hotel Flamingo By The Beach terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang tidak jauh dari tengah-tengah Georgetown. Lokasinya bersebelahan pantai dan laut memang sesuai untuk aktiviti santai dan amat sesuai untuk keluarga, pasangan atau pun berseorangan untuk menginap di sini. Terdapat 280 bilik tamu dengan pelbagai jenis deluxe hingga suite. Di Hotel Flamingo By The Beach, mereke menyediakan dan menyatukan semua jenis makanan yang lazat di bawah satu bumbung supaya anda boleh mengisi perut anda dan sila rasa citarasa anda dalam keselesaan hotel.

Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang

Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach ialah merupakan hotel di tepi swimming pool yang menarik. Berhadapan dengan swimming pool pula anda dapat merasakan sendiri angin sepoi bahasa dari angin luat berdekatan. Anda juga dapat makan sambil melayan sunset di tepi pantai. Menarik bukan? Pada siang hari, anda boleh pilih untuk duduk berteduh di kerusi berdekatan dengan swimming pool ataupun duduk di tepi pantai atas pasir sambil melihat laut. Ini merupakan tarikan Hotel Flamingo By The Beach berbanding dengan hotel yang lain.

Harga untuk Flavour of Meat & Seafood BBQ Saturday Buffet Dinner
RM88nett untuk orang dewasa. 
RM48nett untuk kanak-kanak & warga emas.

Setiap hari SABTU sahaja bermula Oktober 2018.

Promosi BUY 1 FREE 1 hanya untuk DEWASA sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sambutan Hari Jadi adik bongsu Lia semasa Meat & BQQ Saturday Buffet Dinner
Anda juga boleh membuat sambutan harijadi, anniversary ataupun dinner bersama kawan sekerja di sini. Anda hanya maklumkan kepada pihak Hotel Flamingo. Jika sambutan harijadi ataupun anniversary, anda boleh memohon pihak hotel menghiaskan meja anda dan juga buat tempahan kek mengikut tema yang anda ingini.


Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan Sunday Buffet Lunch sementara masa masih ada. 
Tempah sekarang!


Flamingo Hotel by The Beach

Alamat : Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia

Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777

Email: generalenquiries@flamingo.com.my

Waktu Operasi : 7 pagi hingga 12 malam



Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community