Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel By the Beach

October 31, 2018

Salam dan Hai semua, 

Hari minggulah hari yang Lia nanti-nantikan. Maklumlah penat bekerja pada hari biasa perlukan waktu berehat dan santai di rumah ataupun beriadah di luar. Hujung minggu kadang-kadang Lia rajin memasak kat rumah. Tetapi bila sampai tahap mood malas menjelma memang rasa malas nak masak. So apa lagi kita makan luar lah nampaknya.

Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel By the Beach
Lia sempat berposing di swimming Pool bersebelahan Flamingo Cafe
Khas untuk warga Pulau Pinang takpun hangpa tu yang mai bercuti kat Penang, taktau nak makan lunch kat mana hari Ahad ni kan. Jom lah kita ramai-ramai makan kat hotel Hotel Flamingo By The Beach, Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Sempena bulan Oktober lepas hinggalah penghujung tahun 2018 ini, Hotel Flamingo By The Beach  menyediakan  'Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch'🍽️
.
Memang best makan lunch tepi swimming pool Hotel Flamingo By The Beach  mengadap laut & pantai sambil dengar bunyi ombak laut berderu dan angin sepoi-sepoi bahasa. Lepas makan boleh posing selfie & snap moment update kat instagram masing-masing.

Percaya atau tidak 'Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch'🍽️ dari Hotel Flamingo By The Beach sangatlah murah dan berbaloi. Anda perlu membayar dengan harga RM 48.00 untuk Dewasa sempena Sunday Buffet Lunch setiap hari AHAD sahaja bermula Oktober hingga Disember 2018.

Menu Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffer Lunch dari Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang

Sunday Buffet Lunch 'Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch'🍽️ ini menyediakan hidangan makanan yang sangat banyak pilihan dan variasi bermula dari Appetizer hinggalah pencuci mulut. Buffet ini bertemakan Porridge dan terdapat 4 pilihan bubur berserta condiment yang disediakan. Tetapi anda jangan khuatir makanan di sini bukan hanya bubur semata-mata tetapi juga terdapat banyak hidangan lain yang menyelerakan.

Appetizer
Chinese Cold Cut Platter
Pasembur
Ulam-ulaman dan Sambal Belacan
 



Assorted Fish Crackers, Prawn Crackers & Papadom
 Aneka Jeruk

Aneka pilihan jeruk
Aneka pilihan jeruk

Porridge Corner

Plain Porridge, Century & Salred Egg, Sweet Potatoes & Fish Porridge

Plain Porridge, Century & Salred Egg, Sweet Potatoes & Fish Porridge
Hidangan porridge bersama Condiment
Condiment




Hot Dish (Hidangan Utama)






 Action Dish & Stall

Hidangan makanan bukan sahaja berhenti setakat di hidangan utama sahaja, pengunjung boleh melawati lebih kurang 10 gerai Action Dish & Stall di ruangan luar. Ada banyak lagi pilihan yang memukau selera anda.

Belacan Chicken
Belacan Chicken
BBQ Fish
BBQ Fish
Aiskrim Goyang
Roti Canai, Roti Bom & Roti Tisu
Roti Tisu
Cendol
Chicken Soup
Koay Teow Teng

 Dessert (Pencuci Mulut)

Kesudahan Sunday Buffet Lunch anda mestilah diakhiri dengan hidangan pencuci mulut. Terdapat pelbagai pilihan dan jenis pencuci mulut. Anda perlu pilih saja kuih, kek, bubur dan banyak lagi hidangan akhir sebelum anda pulang,

Aneka Pilihan Pencuci Mulut
Aneka Pilihan Pencuci Mulut
Aneka Pilihan Pencuci Mulut
Aneka Pilihan Pencuci Mulut
Aneka Pilihan Buah-buahan Segar
Coffea & Tea

Coffea & Tea
Pengenalan Ringkas Flamingo By The Beach, Pulau Pinang

Hotel Flamingo By The Beach terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang tidak jauh dari tengah-tengah Georgetown. Lokasinya bersebelahan pantai dan laut memang sesuai untuk aktiviti santai dan amat sesuai untuk keluarga, pasangan atau pun berseorangan untuk menginap di sini.

Swimming di bahagian luar bersebelahan dengan Flamingo Cafe
Ruangan luar Flamingo Hotel by The Beach
Ruangan luar Flamingo Hotel by The Beach
Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach ialah merupakan hotel yang ada swimming pool yang menarik bersebelahan dengan laut dan pantai. Pada siang hari, anda boleh pilih untuk duduk berteduh di kerusi berdekatan dengan swimming pool ataupun duduk di tepi pantai atas pasir sambil melihat laut. Anda juga boleh berenang dan mandi di laut ataupun membuat aktiviti laut dari pakej-pakej yang disediakan. 

Dekorasi dan bahagian ruangan dalam Flamingo Cafe
Sempena Sunday Buffet Lunch 'Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch'🍽️, pihak Hotel Flamingo By The Beach menyerikan lagi Flamingo Cafe dengan hiasan tersendiri mengikut tema yang ditetapkan.

Dekorasi dan bahagian ruangan dalam Flamingo Cafe
Dekorasi dan bahagian ruangan dalam Flamingo Cafe
Ruangan Flamingo Cafe ini sangat luas dan kedudukan perabut sangat teratur. Kebersihan juga penting dan semestinya makanan di sini HALAL.
Dekorasi dan bahagian ruangan dalam Flamingo Cafe
Dekorasi dan bahagian ruangan dalam Flamingo Cafe
Sempena Sunday Buffet Lunch  'Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch'🍽️ini telah menyediakan pelbagai ruangan kerana permintaan dan tempahan yang ramai. Pihak hotel bukan sahaja menggunakan Flamingo Cafe, tetapi juga tempat duduk di bahagian luar, ballroom yang lain untuk menampung jumlah pengunjung yang memberansangkan.

Harga Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffer Lunch di Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang

Harga untuk Sunday Buffet Lunch
RM28nett untuk orang dewasa. 
RM15nett untuk kanak-kanak. berumur 4 hingga 11 tahun.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan Sunday Buffet Lunch  'Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch'🍽️sementara masa masih ada. Tempah sekarang!


Flamingo Hotel by The Beach

Alamat : Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia

Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777

Email: generalenquiries@flamingo.com.my

Waktu Operasi : 7 pagi hingga 12 malam



Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community