Solaria Square Lokasi Menarik dan Tarikan Terbaru di Bayan Lepas Pulau Pinang

October 15, 2018

Salam dan Hai semua,

Lia memang anak jati Pulau Pinang. Lahir dan membesar di sini & sememangnya Penang My Hometown. Bila study dan bekerja sahaja dapat merasa negeri luar dari Pulau Pinang. Sekarang Lia sudah balik bekerja dan menetap di Pulau Pinang. Sekali sekala Lia akan travel ke Ipoh, Kuala Lumpur, Johor dan banyak tempat lagi. Di dalam area pulau sahaja, Lia sekeluarga dan berpindah randah banyak tempat sampailah ke lokasi yang terakhir bila ayah beli rumah di kawasan Bayan Lepas


Kawasan rumah Lia sekarang memang dekat sangat dengan Penang International Airport hanya 2.5 km sahaja. Kalau naik grab pun RM4 sahaja cas dikenakan. Jarak dari rumah ke Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan No 2) hanya 10 km sahaja.

Image result for airport bayan lepas
Penang International Airport - Gambar sumber dari Google

Kalau dahulu Lia sebut je Bayan Lepas mestilah akan pertikai kat mana tu, hujung dunia lah, tiada apalah kat sana. Yerlahkan orang datang Bayan Lepas semata-mata nak ke airport. Tapi sekarang semua jangkaan orang mengenai Bayan Lepas dah meleset. Banyak pembangunan dan perumahan dijalankan & dipenuhi dengan orang ramai. Begitu jugalah dengan kemudahan dobi, kedai makan, kedai runcit, kedai barangan elektrik dan banyak lagi sudah mula membanjiri kawasan Bayan Lepas.

Image result for flyover jalan bayan lepas teluk kumbar
Jejambat (Flyover) di Jalan Bayan Lepas - Gambar sumber dari Google

Di samping itu, pembinaan jejambat (flyover) dan juga pelebaran jalan sudah selesai. Dengan ini berkuranglah kesesakan lalu lintas di kawasan Bayan Lepas dan trafik mula lancar berbanding dahulu jalan yang agak sempit. Sekarang dari Bayan Lepas ke Teluk Kumbar, perjalanan lagi bertambah cepat dan mengambil masa singkat dengan menggunakan jejambat (flyover) baru.

Solaria Square Lokasi Menarik dan Terbaru di Bayan Lepas Pulau Pinang

Image result for solaria square bayan lepas
Solaria Square - Gambar sumber dari Google

Hari ini Lia nak berkongsi satu lokasi favorite baru Lia iaitu Solaria Square. Ianya terletak di kawasan perindustrian Bayan Lepas dan berdekatan dengan Penang International Airport & Straits International SchoolSolaria Square terletak di Jalan Tun Dr Awang merupakan kawasan shoplot di bawah kondominium Solaria Residences. ✨ Solaria Residences ialah bangunan 25 tingkat mixed development kondominium 🏢 dan shoplot. Shoplot disini terdapat lebih kurang 20 dan pelbagai jenis vendor sudah memenuhi ruangan.


Lia memang dari dulu berangan nak sangat ada ruangan kedai yang berdekatan dengan kawasan rumah Lia. Sebab dengan keadaan trafik di Pulau Pinang yang semakin sesak, Lia memang sangat berharap ada kedai berdekatan dengan kawasan rumah. Ia lagi menyenangkan dan tak memerlukan masa yang lama bersesak dengan trafik dan berpusing-pusing mencari parkir.

Jom scroll & baca sampai habis. Lia nak tunjukkan apa yang menarik yang ada di Solaria Square.

Restoran Makanan dan Minuman

1) Starbucks




2) Sushi Ya

3) Teszta Resto

4) Cycle Food Station

5)Village Kitchen

6) A Cup A Day



7) & Dolce

8) Projek Nasi Lemak




Pasaraya dan kedai barangan runcit

1) Happy Mart

2) Woori Korea Mart



Kedai Ubat dan Farmasi

Bliss Farmasi

Kedai Barangan Elektrik

LEL Group

Kedai Salun dan Gunting Rambut

Hair Story International

Pusat Kecantikan

Henry Image Design Academy

Pusat Optometri & Kedai Kaca Mata

Visio Kraft Opromerist

Kedai Dobi Layan Diri

Laundrybar Self Service Coin Laundry


Lia memang happy Solaria Square dekat sangat dengan rumah. Di samping itu banyak sangat pilihan restoran 🍽️ dan kemudahan yang ada kat sini. Kalau lapar taktahu nak makan kat mana, terus bawa kawan-kawan👫 takpun family👨‍👩‍👧 datang sini. Kedai paling favorite sekali semestinya Starbucks sebab senang drive thru lepas balik keja dan selalu banyak promosi. Hair Saloon pun ada lepas ni tak payah fikir panjang nak pergi jauh untuk dandan rambut. Restoran makanan pula kebanyakan semua pilihan Lia dan sangat suka dengan semua menu yang sedap.

Selepas ini akan banyak lagi vendor yang akan memenuhi shoplot di Solaria Square ini. Semakin banyak pilihan dan meriah di kawasan ini. Lia tak sabar nak tunggu.

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman media seperti berikut :

Solaria Square

📌Jalan Tun Dr Awang, Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
.
⏩Facebook : https://www.facebook.com/SolariaSquarePenang/


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community