Jom shopping di Lazasa sempena 11.11 Shopping Festival akan datang

November 08, 2018

Salam dan Hai semua,



Bulan November memang bulan yang paling best untuk anda shopping. Lia pun tak sabar nak tunggu 11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE akan datang beberapa hari lagi. Apa yang istimewanya dengan 11.11 ini dimana merupakan JUALAN SATU HARI yang terbesar.

Anda boleh dapatkan barangan dari pelbagai jenama dengan harga serendah RM1, Potongan Harga ataupun Diskaun sehingga 90% Off, Baucar Koleksi bernilai RM11,000,000 dengan SLASH IT dan SHAKE IT.



Berbaloi bukan? Lia memang peminat portal online Lazada Malaysia di mana Lia telah membeli lebih 10 item ataupun barangan daripada aplikasi ini. Servisnya memang terbaik dan penghantarannya yang cepat. Rasanya semua sudah mengetahui portal online Lazada Malaysia yang menjual pelbagai jenis barangan terhebat di Malaysia dan juga sekitar Asia Tenggara.

Lazada Malaysia adalah sebahagian daripada Lazada Group yang beroperasi nombor satu dalam talian membeli-belah dan jualan destinasi Asia Tenggara di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Merintis eCommerce di rantau ini, Lazada menyediakan pelanggan dengan pengalaman membeli-belah tanpa tenaga dan peruncit dengan akses mudah dan terus kepada pelanggan yang terbesar di Asia Tenggara.


Lazada Malaysia merupakan portal online terbaik di Malaysia. Lia sebagai Pengguna merupakan pelanggan setia hampir beberapa tahun dengan Lazada Malaysia kerana kemudahan membeli belah dengan menggunakan komputer atau pun telefon mudah alih. Salah satu sebab kenapa menyukai Lazada Malaysia, kerana mempunyai segala jenis barangan yang diingini dengan hanya perlu menaip dan mencari. Segalanya di hujung jari. Lia juga telah memuat turun aplikasi di telefon pintar Lia untuk memudahkan lagi Lia membeli belah tanpa perlu membawa komputer bimbit ke sana sini.

Dari segi cara pembayaran pula Lia telah mencuba membeli setiap produk pembelian Lazada Malaysia antaranya secara online banking dan Cash On Delivery. Penghantaran juga sampai tepat pada waktunya dan kadang-kadang sampai awal daripada tarikh yang ditetapkan. Itu sangat terbaik bagi Lia sebagai pelanggan di mana memang tak sabar dan excited menunggu barangan yang dibeli tiba ke alamat rumah.



Sempena Lia telah target beberapa item atau barangan yang patut Lia beli sempena sale 11.11 Shopping Festival ini. Bukan selalu nak dapat SALE macam ini bukan? Kalau ada memang Lia takkan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun untuk membeli barang yang dah lama Lia minat. Lia nak kongsi sikit apa yang Lia nak beli ni yer.

1. GoPro HERO 7 Black with FREE 32 GB microSD Card + Sleeve + Lanyard + Extra Battery



Pilihan pertama Lia ialah GoPro Hero 7 Black kerana merupakan wishlist dari dahulu lagi dan mudah dibawa ke sana sini terutamanya travel bersama kawan-kawan dan family. Kenapa Lia memilih GoPro Hero 7 Black kerana dapat menyelam bersama ketika snorkeling dan snap gambar-gambar memori di dalam air. Lia juga saiznya yang kecil dan paling penting ingin rekod setiap detik untuk diabadikan. Jika membeli secara online di Lazada Malaysia Lia akan dapat FREE 32 GB microSD Card + Sleeve + Lanyard + Extra Battery. Berbaloi bukan promosi sebegini dan tak perlu beli berasingan.

Anda mahu dapatkan GoPro Hero 7 Black, KLIK SINI

2. PHILIPS Collection Air Fryer + Free Cake Tray (HD9216/81)


Pilihan kedua Lia ialah PHILIPS Collection Air Fryer + Free Cake Tray (HD9216/81) kerana merupakan hobi sampingan Lia suka memasak jika ada waktu lapang. Lia memang nak sangat Air Fryer di mana cara masak yang mudah, dapat menyediakan makanan yang sihat dan tidak perlu menggunakan minyak masak. Memasak memang aktiviti yang menyeronokkan tetapi kadang-kala memakan masa yang lama dalam penyediaan sehinggalah mengemas. Memang sangat memerlukan alatan elektrik yang memudahkan urusan seharian. Kalau beli air fryer jenama PHILIPS ini akan dapat percuma Cake Tray. Boleh lah selepas ini membakar kek pula di rumah.


3. SellinCost Portable & Fordable Mini Manual Treadmill Gym Running Burn Fat Slimming MT-101 (Blue)


Pilihan ketiga Lia merupakan SellinCost Portable & Foldable Mini Manual Treadmill Gym Running Burn Fat Slimming MT-101 (Blue) & FREE PVC Skipping Rope. Sudah lama Lia mencari for Foldable Treadmill dimana kawasan dalam rumah Lia yang agak sempit dan memerlukan alat yang mudah untuk dilipat dan disimpan. Memangdang waktu kerja yang tidak menentu Lia jarang bersenam. Apabila bersenam waktu pula tidak menentu kadang kala hujan. Lia memilih untuk melakukan aktiviti berlari di rumah dan fleksibel dengan bila-bila masa. Dalam masa yang sama Lia juga dapat PVC Skipping Rope secara percuma.



Ini sahaja 3 item dan barangan yang Lia nak sangat beli sempena 11.11 Shopping Festival. Lia dah pilih apa yang nak beli dan tak sabar tunggu 11.11 akan datang beberapa hari. Korang pula apa yang korang nak beli? Rugi tau tak shopping masa 11.11 nanti. Share pula apa 3 item yang korang suka.


Kalau nak tahu mengenai maklumat lanjut mengenai 11.11 Shopping Festival boleh KLIK SINI

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi :


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community