Kata-kata semangat untuk diri sendiri.

January 22, 2013


Happy Tuesday all lovely people!


Sejak akhir-akhir ni banyak sangat benda yang tak di jangka terjadi.
Banyak sangat benda tak diduga tak jadi.
Kadang-kadang kita boleh terima kenyataan.
Kadang-kadang rasa perit tuhan sahaja yang tahu.


Mungkin ada hikmah kenapa Tuhan buat semua ini.
Aku tiada apa yang berharga dalam dunia ni.
Tapi aku hanya ada hati yang kuat dan semangat yang tinggi untuk teruskan hidup ini.
Orang selalu ingat aku insan yang paling bertuah dengan tengok muka yang penuh senyuman.
Dalam hati Tuhan jer yang tahu.
Aku menanggung beban yang lebih berat dari bangunan 10 tingkat.
Tapi seteruk mana pun kehidupan, tetap kehidupan.
Hidup kena diteruskan juga.


Aku bukan insan yang baik. Ya aku tahu.
Tapi aku berusaha jadi yang terbaik.
Aku tak suka hidup menipu orang & aku akan berusaha jujur dengan orang.
Itu yang terbaik aku rasa.


Kepercayaan?
Aku tak tahu siapa yang patut aku percaya.
Banyak orang banyak cerita.
Yang mana patut aku dengar?
Aku kalau orang tipu aku, aku rasa feeling yang kuat.
Memang aku dapat rasa.
Kadang-kadang sampai aku tertanya-tanya.
Tapi aku Tuhan tu Maha ADIL sebab bila aku rasa macam nak tahu sesuatu,
mesti aku dapat jawapan.


Kadang-kadang aku rasa aku banyak membazirkan masa aku.
MASA ITU EMAS.
Aku bazirkan masa dengan percaya dengan kepercayaan orang.
Orang macam aku berhati lembut.
Senang percaya walaupun hati kadang-kadang keras.
Aku juga keras kepala.
Tapi sayangnya aku buat baik dekat orang,
aku percayakan orang sepenuh hati aku,
Orang tu tak hargai aku.
Layan aku macam sampah.


Benda-benda sampah macam ni buat aku patah semangat.
Tapi aku tahu hari ini aku jatuh terduduk.
Hari ini aku duduk kesedihan.
Esok aku bangun aku tahu aku orang yang bersemangat.
Aku tahu aku ada hati yang kuat.


Biarlah apa orang nak bercakap pasal aku.
Orang nak bercerita pasal aku.
Satu hari nanti kebenaran akan muncul juga.
Perkara yang benar akan diketahui juga.
Walaupun berat, tak apa aku kuatkan semangat.
Aku tahu aku sabar sekarang balasan akhir nanti banyak.
Itu janji Tuhan. Aku tunggu janji Tuhan dari janji manusia.


Kata-kata semangat untuk diri aku selalu aku lihat kata-kata di bawah.





















You Might Also Like

5 inspiration

  1. Kuatkan semangat... Hidup mesti diteruskan... Itulah hakikat kehidupan di dunia ini... Insya Allah... :)

    ReplyDelete
  2. saya kan jadi orang yang kuat semangat sampai bila2.

    ReplyDelete
  3. Memang sekali sekala kena mengingatkan diri dan kuatkan semangat dengan benda yang positif. Memang saya pernah tempah lori besar untuk buang benda-benda yang menjadikan saya lemah semangat.

    ReplyDelete
  4. Aku merasa keadaan dmana ak sbg seorg lelaki x mampu untuk beri kebahagiaan yg di minta ...ak undurkan diri kerana keadaan yg memaksa utk berpisah...ak cekalkan hati skrg ..ak kuatkan diri skrg ak teruskan hidup skrg even hati berat melangkah...mgkin ini yg terbaik utk ku dan dia...slmt tggal

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community