Selera Lagenda Semi Buffet Dinner di The Prestige Hotel Penang

March 30, 2022

  Salam & Hai semua 🙋

Sempena bulan April tahun 2022 ataupun bulan Ramadan 1443 Hijrah akan datang, Lia akan berkongsikan mengenai bufet sekitar hotel di Pulau Pinang.

Selera Lagenda Semi Buffet Dinner di The Prestige Hotel Penang

Entry kali ini Lia nak berkongsikan lokasi makan malam untuk berbuka di salah sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang. Lokasi bufet ramadan tersebut di The Prestige Hotel Penang beralamat di 8 Gat Lebuh Gereja, 10300, Georgetown, Pulau Pinang. 

Selera Lagenda Semi Buffet Dinner di The Prestige Hotel Penang

SOP diamalkan seperti biasa jangan lupa untuk sentiasa memakai mask, scan apps MySejahtera, jaga jarak fizikal, aplikasi hand sanitizer setiap kali masuk ke hotel ini. Untuk beratur mengambil makanan pula, tetamu diwajibkan memakai sarung tangan plastik yang disediakan dan juga pakai mask. Hanya dibenarkan dibuka ketika menjamu selera di meja masing-masing sahaja.

The Prestige Hotel Penang membuat kelainan pada tahun ini dimana mereka mengadakan semi buffet dinner kali ini. Ini bermakna anda boleh pilih salah satu menu utama yang disediakan & menikmati bersama hidangan buffet yang lain seperti appetizer, pembuka selera, dessert, action stall, minuman & banyak lagi.


The Prestige Hotel Penang juga ada persembahan musik secara busker oleh dua orang pemuzik untuk menghiburkan anda sepanjang buffet.

Sajian dan Menu Selera Lagenda Semi Buffet Dinner di The Prestige Hotel Penang

Ini ada hidangan menu semi buffet dari The Prestige Hotel Penang, anda boleh lihat menu berikut di bawah :

SELERA LAGENDA SEMI BUFFET MENU MAKAN MALAM


📌Salad & Ulam-ulaman


📌Rojak Buah

📌Pasembor


📌Bar Salad

📌Bahan Perasa



📌Pembuka Selera

📌Keropok

📌Kurma

📌Sushi

📌Ketupat, lemang & serunding

📌Makanan Laut

📌Hidangan Keju

📌Bubur Lambuk



📌Sup

Stesen Panggang

📌Kaki Kambing Panggang
📌Ayam Panggang


📌Hidangan Panggang

📌Satay
📌Pizza
📌Mini Murtabak








📌Pemanis Mulut

Gerai Manisan
📌Cendol

Aiskrim
📌Aiskrim Potong

Minuman
📌Kopi/Teh

📌Minuman sejuk

HIDANGAN UTAMA


Hidangan Semi Buffet Dinner ini, anda boleh pilih salah satu menu utama yang disediakan sama ada Hidangan Utama Dewasa atau Kanak-kanak. Anda boleh menjamu selera menu utama anda bersama dengan menu semi buffet yang lain.







HIDANGAN UTAMA DEWASA

Set Ayam Percik
Set Salmon Atlantik
Set Rendang Daging
Set Ayam Goreng Tomyam
Set Ikan Bakar Sambal

HIDANGAN UTAMA KANAK-KANAK

Set Ikan & Kerepek Kentang
Set Burger Ayam Rangup
Set Spageti Tomato
Set Pizza Hawaian

Harga Selera Lagenda Semi Buffet Dinner di The Prestige Hotel Penang

Selera Lagenda Semi Buffet Dinner di The Prestige Hotel Penang

"Selera Lagenda Semi Buffet Dinner"

📆Date : 3 April 2022 to 28 April 2022
⌚Time : 7.00pm to 10.00pm
💸Price : 
RM 98.00 (Adult👨👩👴👵)
RM 58.00 ( 6 - 12 Years Old Child👦👱)
Dine for Free ( 1 - 5 Years Old Child 👶)


The Prestige Hotel Penang

📪 Alamat : 8 Gat Lebuh Gereja, 10300, Georgetown, Pulau Pinang

📞 Telefon: +604 217 5888

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

📎 Laman web : http://theprestige.my/


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community