Salam dan Hai semua, 

www.liahasty.com

Pada 21 September 2019, Lia sempat menghadiri Non-stop celebration untuk ‘Experience Penang 2020’ sempena pelancaran of The Top Penang Annual Pass di Atrium, Aras 5, The Top Komtar Penang. Tetamu yang hadir di kalangan media, editor, TV producer dan juga blogger.


Tinggal beberapa bulan lagi, kita akan melangkah masuk ke tahun 2020. Ia merupakan tahun melawat Malaysia dan juga tahun melawat Pulau Pinang. Sempena ‘Experience Penang 2020’, The Top Penang juga mengambil kesempatan untuk melancarkan pas tahunan untuk para pengunjung.

Mesti ada segelintir pihak yang sudah tahu dan ada masih belum mengetahui mengenai The Top Penang. Jom Lia terangkan terlebih dahulu.

The Top Penang

Menara Hiburan Ikon Tertinggi di Pulau Pinang.
The Largest Indoor Themepark in Penang.

The Top Penang merupakan adalah tarikan terbaru di bangunan tertinggi di Pulau Mutiara, KOMTAR, Pulau Pinang. Taman tema indoor terbesar di Pulai Pinang dengan daya tarikan yang menarik. Memang sesuai bersama keluarga, pasangan dan rakan serta untuk setiap umur. Banyak tempat menarik di dalam taman tema indoor The Top Penang seperti jambatan kaca, akuariam, taman dinasour, museum, kedai makanan, pusat sains dan banyak lagi.

Ini merupakan tempat menarik di The Top Penang :
Rainbow Skywalk, Jurassic Research Center, 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang. Ocean Explorer, Penang Boutique Aquarium, The Gravityz, Penang State Gallery, Durian The King Of Fruits, Tongkat Ali King, Dino Gym, Jelly Bump, Musical Carousel, Magic Mirror Maze, UFO-X, Zombie Outbreak, Dance Oki & ARV.

Pass Tahunan Akses Tanpa Had

Dalam meraikan ‘Experience Penang 2020’ yang akan datang, The Top Penang dengan sukacitanya melancarkan The Top Penang Annual Pass (Keahlian Pas Tahunan) yang pertama untuk rakyat Malaysia dan juga untuk ekspatriat yang tinggal di Malaysia.

Kerajaan negeri Pulau Pinang sangat mengalu-alukan lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa ke Pulau Pinang dalam menyokong industri pelancongan negeri. The Top Penang melancarkan pas musim yang sangat berpatutan termasuk melancarkan beberapa aktiviti lain dengan Guest of Honour, YB Yeoh Soon Hin, Exco Tourism Heritage, Culture and Art Committee.

Pelbagai program menarik bakal dianjutkan oleh The Top Penang dan pengunjung jangan lepaskan peluang dapatkan pas tahunan dengan harga istimewa. 

www.liahasty.com

Harga Pas tahunan adalah seperti berikut :
 RM180 bagi dewasa 
RM90 untuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berharga 
RM432 untuk Pakej keluarga (2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak)
RM324 untuk pakej pasangan

Lia sudah beberapa kali ke The Top Penang dan rasa pas tahunan kali sangat berpatutan. Anda hanya bayar dengan kadar satu harga tapi boleh akses di sini selama setahun. 

Sangat berbaloi bukan ❓

Majlis Pelancaran of The Top Penang Annual Pass 

Majlis bermula dengan kedatangan semua tetamu media dan juga ketibaan YB Yooh Soon Hin
Exco Tourism, Heritage, Culture and Art Committee.


Kemudian persembahan dimulakan dengan Welcome Performance oleh kakitangan The Top Penang.
www.liahasty.com


www.liahasty.com

www.liahasty.com
Persembahan mulanya hanya sekumpulan kecil menari kemudian makin lama makin bertambah ramai. Suasana di semakin meriah dengan lagu dan sorakan orang ramai.





Tak ketinggalan watak-watak dan ikon yang berkaitan dengan juga keluar satu persatu. Orang ramai mula mengelilingi untuk mengambil gambar terutamanya kanak-kanak.

www.liahasty.com
Ikon Utama The Top Komtar Penang
Kemudian ucapan kata alu-aluan dari YB Yeoh Soon Hin dan juga Mr Joel yang merupakan Pengarah Pemasaran Kumpulan Olny Group Holding Berhad.

www.liahasty.com
Ucapan dari YB Yeoh Soon Hin, Exco Tourism , Heritage, Culture and Art Committee.

www.liahasty.com
Ucapan dari Mr Joel, Pengarah Pemasaran Kumpulan Olny Group Holding Berhad.
www.liahasty.com
YB Yeoh Soon Hin, Mr Joel & Loke Kah Peng

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Perasmian The Top Penang Annual Pass telah dilancarkan & tanda berakhirnya majlis pelancaran sempena Non-stop celebration untuk ‘Experience Penang 2020’.

www.liahasty.com
Terima kasih atas kakitangan yang menjayakan majlis perasmian The Top Penang Annual Pass.


Sebelum pulang sempat menjamu selera dengan Refreshment bento set bertemakan Halloween.

www.liahasty.com
Lia juga tak lepaskan peluang & sudah dapatkan pas tahunan The Top Penang. Anda bila lagi❓

The Top Penang juga bakal jalankan Halloween Party Terbesar di Pulau Pinang pada 26 Oktober 2019.

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :

#thetoppenang